17 | The person

1.1K 177 42
                                    

Meja batu yang berada di bawah pokok berhampiran stadium sekolah dipenuhi dengan ahli kumpulan The Prankster dan Jungkook. Habis sekolah, semua pakat melepak di situ. Keadaan gamat dengan gelak tawa mereka kecuali Eunjae dan Seungmin.

"Pft bukan main lagi sebelum ni. Aku tak suka dia lah. "Chan mengajuk cara Eunjae marah.

"Bodohlah Eunjae. Lain kali kau tengoklah dulu betul ke tak, itu Taehyung. Sakit perut aku gelak. " Seonghwa ketawa kuat.

"Tahu tak, ada orang siap rakam lagi kau confess dekat orang yang kononnya Taehyung tu. "Kata Jongho.

"Tak pasal-pasal video kau jadi viral dekat sekolah. "Tambah Wooyoung.

Eunjae menyembam muka diatas meja. Dah kata, kalau yang lain tahu mesti dia kena gelak punya. Eunjae menghentak kaki diatas tanah. Kenapa dia boleh tersalah orang? Dari belakang serupa macam Taehyung. Rupa-rupanya Taehyung kelas sebelah.

"Aku dah cakap. Kalau nak luah, pergilah luah antara korang je. Kau buat gila lagi. "Kata Jungkook.

"Diamlah. "Marah Eunjae. Mereka hanya mencebik sebelum sambung gelak lagi.

"Kau kenapa diam je Seungmin? "Soal Changbin.

Seungmin memandang Changbin sekilas sebelum dia melihat Eunjae.

"Aku dah pesan, jangan percaya dengan Taehyung. Kenapa kau degil Eunjae? Dia bukan baik macam yang kau sangka kan. "Kata Seungmin dengan tegas.

Mereka semua terdiam. Yang gelak, cepat-cepat tutup mulut. Muka Seungmin nampak tegas. Menunjukkan yang dia tak main-main dengan apa yang dia katakan.

"Yang kau nak marah aku kenapa? Kau bukan rapat dengan dia pun. Abang aku cakap, tak baik menilai orang dari luaran. "Balas Eunjae.

"Memang aku tak rapat tapi aku kenal dia lebih dari kau. Dia ada niat tak baik pada kau. Dia permainkan perasaan kau je. Dia tak suka kau Eunjae. Dia benci kau. "Kata Seungmin.

"Dahlah. Malas aku layan korang ni. Aku nak balik. "Eunjae mencapai bag sekolahnya dan beredar.

Seungmin memandang Eunjae dari jauh. Inilah masalah Eunjae. Degil dan tak nak dengar kata.

--

Eunjae menyepak batu yang berada di atas jalan ke tepi. Fikirannya serabut dengan masalah. Dia asyik terfikir apa yang Seungmin katakan. Kalau betul, maknanya Taehyung permainkan perasaannya.

"Serabutlah. "Eunjae mengeluh kasar.

Dia terus mengangkat kepala memandang ke hadapan. Mata Eunjae mengecil apabila melihat Jihyo dan Nayeon lagi.

"Apa lagi dia buat tu? "Soal Eunjae sendirian.

Eunjae melihat sebuah kereta mewah berhenti dihadapan Jihyo dan Nayeon. Dia menghampiri mereka. Risau kalau Nayeon dibuli lagi.

"Bawa bag aku. Hari ni kau balik jalan kaki. Orang miskin macam kau tak layak naik kereta mahal macam ni. "Kata Jihyo. Bag sekolahnya dibaling pada Nayeon.

Dahi Eunjae berkerut melihat tingkah laku Jihyo.

"Kau tak boleh bagi elok-elok ke? Tak ada adab? "Eunjae menyampuk membuatkan Jihyo dan Nayeon menoleh memandangnya.

"Kau jangan menyibuk hal aku. Pergi. Semak. "Kata Jihyo. Dia menjeling Eunjae.

"Kenapa kau pemalas sangat? Kau naik kereta lepastu kau suruh dia angkat bag kau. Tangan kau tak ada ke sampai nak suruh orang? "Balas Eunjae.

"Kau diam. Sekejap, kau kan yang nak luah perasaan dekat Taehyung? Oh my god. Tak malunya. "Jihyo tergelak sinis.

Eunjae diam. Malas nak bertekak. Dia hanya merenung Jihyo tajam.

"Sedar diri kau sikit. Taehyung tak akan suka dengan perempuan macam kau. Kasar. Nakal. Pembawa masalah. Dia anti dengan perempuan macam kau ni. Tak setaraf dengan dia. For your information, aku dengan Taehyung dah couple lama. Jangan mimpi nak dekat dengan dia. "Ujar Jihyo.

Sebaik berkata begitu, Jihyo terus masuk ke dalam kereta. Kereta itu bergerak meninggalkan Eunjae dan Nayeon.

Eunjae terpaku. Hatinya tiba-tiba terasa bagai dirobek mendengar pengakuan Jihyo. Jadi sebelum ini, Taehyung ciumnya sekadar suka-suka. Tak maksud apa-apa pun.

"Awak okay? Sorry Jihyo memang jenis cakap kasar sikit. Saya minta maaf bagi pihak dia. "Kata Nayeon. Menyedarkan Eunjae dari lamunan.

Eunjae memandang Nayeon.

"Kenapa kau pula kena minta maaf? Kau tak salah. Dia buli kau. Kau sepatutnya lawan. "Kata Eunjae.

"Saya tahu tapi keluarga dia banyak berjasa pada saya. "Kata Nayeon.

"Biar aku bawakan. Kau tunjuklah arah. "Eunjae mengambil bag Jihyo dari tangan Nayeon. Boleh tahan berat. Bawa batu ke buku ni?

Nayeon terpingga-pingga bila Eunjae sudah berjalan dahulu. Segera dia mengejar langkah Eunjae.

"Terima kasih Eunjae. "Ucap Nayeon. Eunjae hanya angguk.

"Kau rapat ke dengan Jihyo? "Soal Eunjae.

"Tak tahulah rapat ke tak. Sebenarnya ibu saya bekerja sebagai pembantu rumah dekat rumah keluarga Jihyo. Parents Jihyo sediakan bilik untuk kami berdua tinggal dekat situ. Ayah Jihyo baik. Dia yang tolong bayarkan yuran sekolah saya. Dia juga yang kasi saya tumpang Jihyo pergi sekolah. Saya terhutang budi dengan keluarga dia. "Kata Nayeon.

"Tapi tak bermakna kau boleh biarkan diri kau dibuli oleh dia. Kau kena lawan. "Kata Eunjae.

Nayeon hanya menunduk. Tak tahu mahu membalas apa. Eunjae hanya mengeluh dengan reaksi Nayeon.

"Aku nak tanya. Kau kan yang create group chat sekolah? "Soal Eunjae.

Nayeon tersentak dengan soalan Eunjae. Terkejut. Macam mana Eunjae tahu? Dia seorang sahaja yang tahu rahsia itu. Dalam diam, dialah yang mencipta tempat yang boleh mencetuskan pelbagai fitnah itu.

"Jangan risaulah. Aku tak akan bagitahu orang. Aku cuma nak minta tolong kau. Boleh? "

Nayeon mengangguk laju. Asalkan Eunjae tak bagitahu sesiapa.

"Aku nak tahu siapa yang mula sebarkan berita aku ni lesbian?  Kau admin mesti kau tahu pemilik username tu. "Kata Eunjae.

"Sekejap. "

Nayeon mengeluarkan telefonnya. Eunjae nampak, Nayeon memeriksa bahagian yang dia tak pernah nampak dan tak tahu benda itu wujud.

"Username dia @95kim kan? "Soal Nayeon. Eunjae mengangguk.

Nayeon terus memandang Eunjae. Mukanya kelihatan serba salah.

"Cepatlah siapa? "

"Emm Kim Taehyung. "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now