16 | Confession

1.2K 181 73
                                    

Eunjae membuka pintu biliknya. Serentak itu, Ddalbong yang berada di luar bilik Eunjae terus mengesel pada kakinya. Eunjae tersengih, dia terus mendukung Ddalbong. Kalau dah mengedik dekat orang ni, maksudnya nak makanlah tu.

"Mana Namjoon oppa? Dia tak bagi kau makan ke? "Soal Eunjae pada Ddalbong. Kucing itu hanya mengiau.

Eunjae membawa Ddalbong ke dapur. Makanan Ddalbong yang berada di dalam tong kecil, dituang ke dalam bekas. Terus kucing itu melompat turun dari pegangan Eunjae.

"Eunjae. "

Eunjae terus menoleh apabila melihat Namjoon datang dengan plastik di tangan.

"Oppa pergi mana? "Soal Eunjae.

"Oppa keluar sekejap beli makanan. Seokjin malas masak. "Kata Namjoon. Plastik berisi makanan itu diletakkan diatas meja. Eunjae menarik kerusi dihadapan Namjoon.

"Kenapa tak cakap? Eunjae boleh masakkan. "Ujar Eunjae.

"Tak apalah. Oppa dah beli. Nanti kalau oppa lapar lagi, oppa suruh Eunjae masak okay? "Eunjae hanya mengangguk.

Mereka makan bersama. Tiba-tiba Eunjae terfikir mahu bertanyakan sesuatu pada Namjoon.

"Oppa, Eunjae nak tanya sesuatu boleh tak? "Soal Eunjae.

Namjoon mengangkat kening.

"Kalau kita suka seseorang, perlu ke kita luahkan pada dia? "Tanya Eunjae.

"Emm pada pendapat oppa, perlu. Kalau lambat nanti melepas. Macam oppa dulu. Oppa ada minat dekat seorang perempuan ni tapi oppa malu nak bagitahu. Tak lama lepastu, oppa dapat tahu dia dah berkahwin. Kan melepas tu. "Kata Namjoon.

"Kenapa Eunjae tanya? Eunjae ada suka seseorang ke? "Soal Namjoon.

Eunjae diam. Perlu tak dia mengaku dengan Namjoon?

"Sebenarnya ada. Tapi oppa jangan bagitahu Chan dengan Seonghwa atau lain-lain tau. Nanti dia orang asyik gelakkan Eunjae je. "Ujar Eunjae.

"Wuu dah pandai Eunjae sekarang ni. Siapa lelaki tu? Oppa kenal tak? "

Eunjae mengeleng kepala. Tak naklah dia tunjuk muka Taehyung. Malu. Ceh!

--

Taehyung menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu. Tapi fokusnya terganggu apabila fikirannya sering diganggu tentang Eunjae. Dia tak tahu kenapa dengan dirinya. Dia benci Eunjae tapi dia jadi cemburu melihat Eunjae dengan Jungkook bersama.

Taehyung mengeluh kasar. Dia bersandar pada kerusi. Rambutnya diraup ke belakang. Fikirannya terasa serabut.

"Awak okay? "Soal Jihyo yang duduk di sebelah Taehyung.

"Okay. "Taehyung mengangguk.

"Are you sure? Dari tadi saya nampak awak asyik termenung je. Ada masalah ke? Ceritalah. Mana tahu saya boleh tolong. "Kata Jihyo.

"Ya. Tak ada apa. "Balas Taehyung.

"Ke awak tengah fikir pasal Eunjae? Saya perasan sejak awak jadi tutor Eunjae ni, awak dah berubah. Asyik termenung. Lepas tu awak dah jarang luangkan masa dengan saya. Awak dengan dia makin rapat. Awak jangan lupa yang awak benci dengan Eunjae. Jangan sampai sebab Eunjae, awak pula jadi teruk macam dia. "Ujar Jihyo.

Taehyung memandang Jihyo dengan kerutan di dahi. Pertama kali Jihyo berperangai seperti ini. Taehyung kembali menyiapkan kerjanya. Malas mahu melayan gadis itu.

"Apa lebihnya Eunjae tu? Berbanding saya dengan dia, saya lebih bagus. Dia tu teruk. Suka buat masalah dekat sekolah ni. Dahlah bodoh. Tak fahamlah kenapa semua lelaki tergila-gilakan dia. Awak pun mesti termasuk dengan lelaki-lelaki yang suka Eunjae tu kan? "Jihyo mula naik bengang.

Taehyung mengetap bibir. Dia terus memandang Jihyo tajam.

"Awak ni kenapa? Tiba-tiba nak marah saya. Saya tak ada mention pasal Eunjae kan? Nak sangat ke saya suka dekat dia? "Marah Taehyung. Dia bangun dengan kasar sebelum berlalu keluar dari kelas.

Taehyung masuk ke dalam tandas. Dia membasuh muka berkali-kali. Taehyung merenung wajahnya di cermin. Tak mungkin dia suka Eunjae.

"Argh serabutlah. "Taehyung menumbuk sinki.

"Yah Kim Taehyung. "

Taehyung tersentak apabila ada beberapa orang lelaki masuk ke dalam tandas. Taehyung terundur ke belakang. Mereka ini pengikut Yojun. Sejak Yojun di buang sekolah, lelaki bernama Hangyul pula yang menjadi ketua.

"Kau dah fikirkan tentang tawaran Yojun tu? "Soal Hangyul.

"Bagilah aku masa. "Kata Taehyung. Dia tersandar pada dinding apabila mereka mengepungnya.

"Dah seminggu Yojun bagi kau masa. Kau fikirlah seribu kali pun. Kau tetap kena buat apa yang Yojun suruh. Kalau tak, nasiblah kau. "Kata Hangyul.

Taehyung memaki di dalam hati. Dia tak ada pilihan lain.

Hangyul mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya. Kotak rokok itu dimasukkan ke dalam poket baju kemeja Taehyung.

"Yojun pesan, sorokkan rokok ni dalam bag Eunjae. Lepastu report dekat cikgu Kang. "Kata Hangyul.

Taehyung mengangguk kepala. Hangyul menepuk bahu Taehyung sebelum berpusing mahu keluar dari tandas.

"Sekejap. Kalau aku buat benda ni, korang janji tak akan kacau aku lagi? "Soal Taehyung.

Hangyul berhenti berjalan. Dia memandang Taehyung. Kepalanya diangguk.

"Tak payah berat hati sangatlah nak buat. Aku tahu kau benci Eunjae kan? Apa salahnya sekali-sekala kau aniaya dia. "Kata Hangyul dengan senyuman sinis sebelum dia pergi dari situ.

Taehyung menunduk. Dia mengepal penumbuk.

--

"Yah Eunjae, kau biar betul? Fikir masak-masak dulu. "Jungkook mengejar langkah Eunjae.

"Ya aku dah nekad Jungkook. Aku nak bagitahu dia juga. Bak kata oppa aku, nanti melepas. "Kata Eunjae.

Jungkook garu kepala. Buat gila Eunjae ni. Waktu rehat macam ni, dia nak luahkan perasaan dia dekat Taehyung. Tahu tak ramai orang? Sejak Eunjae ceritakan kisah hidup dia pada Jungkook, mereka jadi rapat. 

Memandangkan Jungkook tahu dia suka pada Taehyung, Eunjae tak nak berselindung dengan lelaki itu lagi.

"Tapi.. "

Tak sempat Jungkook mahu habiskan ayatnya, Eunjae sudah menolak pintu kelas Taehyung. Walaupun rehat, masih ada beberapa orang dalam kelas. Matanya mencari susuk tubuh lelaki itu. Dari situ dia nampak Taehyung duduk membelakanginya.

"Hoi kau Kim Taehyung kan? Aku suka kau. "Eunjae menepuk bahu Taehyung.

"Oh. "Taehyung menjawab.

"What the hell. Dia balas tu je? "

Jungkook yang berada di belakang Eunjae mencebik. Kalau dia jadi Taehyung, dah lama dia cakap ya.

Lelaki yang disangka Taehyung itu menoleh memandang Eunjae. Terus mata Eunjae dan Jungkook membulat. Terkejut.

"Sorry tapi saya bukan Kim Taehyung. Awak salah orang ni. "Kata lelaki itu.

Jungkook menepuk dahi. Alamak dah luah perasaan tapi salah orang pula.

--
Tbc.
Mengarut do chap ni. Haha

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now