9 | Insomnia

1.2K 178 13
                                    

"Eomma. Appa. Jangan tinggalkan Eunjae! "

"Sepatutnya dari lahir aku dah suruh kakak aku gugurkan kau! "

"Menyusahkan hidup aku betul! "

"Anak sial. "

Eunjae terjaga dari tidurnya. Dadanya turun naik mencari nafas. Peluh membasahi wajahnya. Eunjae melihat jam ditangannya. Jam dua pagi.

Eunjae mengeluh. Rambutnya diraup ke belakang. Penat. Insomnia. Sudah bertahun-tahun dia alami penyakit itu. Setiap hari dia sukar untuk tidur. Kalau dapat tidur pun tak lama, hanya dua atau satu jam.

Dia turun dari katil untuk ke dapur. Tekaknya terasa haus. Turun dari tangga, Eunjae ternampak Namjoon duduk di dalam gelap dengan laptop terpasang.

"Oppa tak tidur lagi? "Soal Eunjae. Dia menghampiri Namjoon.

"Belum. Tengah siapkan thesis. "Balas Namjoon.

Eunjae mengangguk. Dia ke dapur untuk minum air. Setelah selesai dia ke ruang tamu semula. Lampu dibuka membuatkan ruang tamu menjadi terang.

"Tak elok buat kerja dalam gelap. Rosak mata. "Kata Eunjae. Dia mengambil tempat di sebelah Namjoon.

"Mimpi buruk lagi? "Soal Namjoon. Matanya dialih memandang adiknya.

Eunjae mengangguk. Namjoon dan Seokjin sudah maklum dengan sakit yang dialami Eunjae. Hanya keluarga dan rakan-rakan rapat Eunjae sahaja yang tahu.

"Makan ubat ke tak? "Soal Namjoon lagi. Eunjae mengeleng kepala.

"Sampai bila Eunjae nak bergantung dengan ubat? Tak sukalah. "Balas Eunjae.

"Habis tu, sanggup tahan mengantuk setiap hari? Tak elok tau untuk kesihatan Eunjae. "Kata Namjoon.

"Eleh oppa pun sama. Asyik tidur lambat siapkan kerja. "Eunjae menjawab.

"Oppa lain. Kadang-kadang je oppa tidur lambat. "

Eunjae mencebik mendengar jawapan Namjoon. Dia bersandar pada kerusi.

"Kalau Eunjae tak degil masa tu, eomma dan appa mesti tak mati. Keluarga eomma pun mesti tak buang kita. "Eunjae bermain dengan jarinya. Bibirnya dicebik, rasa nak menangis.

Namjoon memandang Eunjae. Dia menarik Eunjae ke dalam pelukannya.

"Jangan cakap macam tu. Ini bukan salah Eunjae. Takdir dah tentukan eomma dan appa pergi dulu. Oppa dengan Seokjin hyung kan ada. Kami tak pernah salahkan Eunjae. "Pujuk Namjoon. Belakang badan Eunjae diusap perlahan.

--

Seonghwa berjalan menuju ke kelas. Sambil itu matanya fokus melihat telefon. Setiap mesej yang dihantar dibaca dengan tekun.

Tiba-tiba dia tersenyum sinis.

"Bodohnya percaya benda macam ni. Benda buruk laju je percaya. "Kata Seonghwa perlahan.

Tanpa sedar dia terlanggar seseorang sehingga mereka berdua jatuh.

"Aduh! Sorry. Sorry. "Ucap Seonghwa.

Seonghwa memandang pelajar perempuan itu. Tak silap dia, ini tutor Chan. Park Jihyo.

"Buta ke? Lain kali jalan tengok depan! Bukan tengok telefon. Menyusahkan betul lah. "Marah Jihyo. Dia membelek lengannya yang terasa sakit.

Seonghwa mengerutkan dahi.

"Wah kurang budi bahasa rupanya perempuan ni. "Kata Seonghwa.

Dia menjeling Jihyo sebelum meninggalkan gadis itu yang terkebil dengan ayatnya.

Seonghwa masuk ke dalam kelas. Dia melihat Eunjae dan Chan yang lena tidur di tempat mereka. Timbul rasa kasihan. Seorang insomnia. Seorang lagi balik sekolah terus kerja sampai lewat malam.

"Hoi bangun. "Seonghwa mengetuk meja mereka berdua dengan kuat.

Tersentak Eunjae dan Chan.

"Apa kau? Kacaulah. "Marah Eunjae. Berkerut dia memandang Seonghwa. Sudahlah dia mengantuk yang amat.

Baru sahaja Eunjae mahu meletak kepala diatas meja, Seonghwa menghulur telefonnya pada Eunjae.

"Apa ni? "

"Bacalah. "

Eunjae memandang ruangan mesej yang terpapar di skrin telefon Seonghwa. Setiap mesej dibaca sebelum dia memberi telefon itu pada Seonghwa semula.

"Sejak bila kau masuk group chat sekolah ni? Haha. "Eunjae ketawa. Tak ada pun ahli kumpulan mereka yang masuk group chat sekolah sebelum ini kerana pelajar-pelajar sekolah itu lagi suka gosip dari sampaikan maklumat.

"Bongok. Bukan itu yang aku suruh faham. Kau baca ke tak diaorang sembang apa? "Seonghwa mengetuk kepala Eunjae.

Eunjae mencebik.

"Biarlah diaorang nak cakap aku lesbian. Mulut orang, aku tak boleh tutup. "Kata Eunjae.

Chan terus memandang Eunjae.

"Jangan cakap kau reject orang semalam lepastu kau cakap kau lesbian. "Kata Chan.

"Aku tak nak cakap tapi kau dah tahu. Macam mana kau boleh tahu? "

Pap!

Kepala Eunjae diketuk oleh Chan pula kali ini.

"Sakitlah gila! "Marah Eunjae. Chan ketuk lagi kuat dari Seonghwa.

"Padan muka kau. Lain kali nak bagi alasan biarlah logik sikit. Kenapa kau cakap kau lesbian? "Marah Chan. Dia pula yang emosi.

"Aku tercakaplah. "Balas Eunjae.

"Tipu. Sebelum ni kau reject orang pun kau cakap kau suka perempuan. Nasib baik diaorang diam. Siapa lelaki semalam? Bagitahu aku, biar aku jumpa dia. Suka hati dia je canang benda tak betul dekat orang lain. "Kata Seonghwa.

"Entah. Aku tak kenal. Dia junior kita. Tapi semalam Jungkook ada juga tau. Dia dengar apa yang aku cakap. "Ujar Eunjae

"Tak mungkinlah Jungkook. "

"Apa sebut nama aku ni? "

Tiba-tiba Jungkook muncul dengan muka blur.

"Semalam kau ingat tak siapa yang confess dekat Eunjae. Muka dia ke? Nama dia ke? "Soal Seonghwa.

Jungkook terdiam. Memikirkan wajah lelaki itu.

"Tak silap aku nama dia Choi Soobin. Orangnya tinggi. Kenapa? "Jungkook memandang mereka hairan.

"Jom Chan. Aku kenal budak tu. "Kata Seonghwa.

"Yah! Korang nak pergi mana?! "

Tak sempat, Seonghwa dan Chan sudah keluar dari kelas. Eunjae menepuk dahi.

"Kenapalah diaorang ni over protective sangat. Salah kau lah ni Jungkook. Pergi bagitahu diaorang buat apa? "Eunjae memandang Jungkook tajam.

Jungkook mencebik. Dia baru je muncul, tiba-tiba dipersalahkan.

Hmm perempuan.

--
Tbc.
:)

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now