Perkarangan sekolah penuh dengan kereta dan van yang menghantar peserta-peserta kejohanan taekwondo. Sekolah tinggi itu kini meriah dengan kehadiran dari pelajar sekolah lain. Stadium yang dijadikan gelanggang taekwondo turut dipenuhi dengan para penyokong.
Eunjae dan Jungkook memerhati atlet dari pasukan mereka sedang berlawan di tengah gelanggang. Sekejap sahaja perhatian Eunjae beralih pada bahagian penonton. Matanya ligat mencari kelibat The Prankster. Tapi salah seorang pun dia tak nampak.
"Betullah dia pergi cari jodoh. "Eunjae mencebik. Ingatkan Seonghwa bergurau bila dia cakap dia nak cari jodoh.
"Cari apa? "Soal Jungkook.
"Member. "Balas Eunjae sepatah.
"Oh. Kau sedih ke diaorang tak datang support? "Tanya Jungkook lagi.
"Sedih sikitlah. Walaupun perangai diaorang macam minta kaki, tapi diaorang still sahabat aku sampai mati. Nak juga dengar diorang sokong aku. "Jawab Eunjae.
Mata Eunjae kembali terarah pada perlawanan. Sudahlah lepas ni giliran dia. Dia berjaya mara ke pusingan akhir.
Semua pesaing yang dia lawan sebelum ini sangat hebat. Dia tak nafikan kekuatan mereka dan kebijaksanaan mereka dalam merancang strategi. Tapi rezeki menyebelahinya, dia berjaya menentang mereka.
--
Seonghwa dan Chan membawa tote bag bersama mereka. Ketika dalam perjalan ke kelas mereka terserempak dengan beberapa orang pelajar perempuan dari sekolah lain. Terus mereka berlagak macho. Acah-acah betulkan rambut.
Ini kalau Eunjae nampak, mesti dia dah kutuk mereka berdua.
"Uish cantik. Ada iras-iras bakal kekasih aku. "Puji Chan ketika mereka melepasi beberapa orang pelajar perempuan itu.
"Alamak, tak menepati ciri-ciri yang aku suka pula. "Kata Seonghwa.
Mereka tergelak. Perasan betul.
Mereka berdua masuk ke dalam kelas yang hanya terdapat beberapa orang sahaja. Ada yang rajin pergi stadium. Yang mana malas, membuta dalam kelas.
Chan dan Seonghwa meletakkan tote bag ke atas meja. Kebetulan, empat orang lagi ahli The Prankster tiba tepat pada masanya.
"Okay-okay apa plan kita? "Soal Jongho.
"Kita nak buat kejutan untuk Eunjae. Nampak ni, aku dah minta barang dekat bilik seni. "Kata Chan.
Semua barang yang dimaksudkan, dikeluarkan dari tote bag. Kadbod, kertas warna dan beberap pen marker bewarna, diletakkan dihadapan mereka.
"Nak buat apa semua benda ni? Aku tak baca mesej lah semalam. "Soal Changbin.
"Kita nak sorak untuk Eunjae lah. Tadi aku dengar dia berjaya ke pusingan akhir. "Kata Chan.
"Aah. Tadi Jungkook mesej aku. Dia kata Eunjae sedih kita tak tengok dia berlawan. "Ujar Seonghwa.
Mendengar ayat itu terus buatkan mereka berenam tersenyum sumbing. Tak sangka Eunjae sedih. Lepas ni ada lah topik nak dijadikan gurauan untuk mengusik Eunjae.
"Tapi aku mana reti nak hias-hias cardboard ni. Tangan aku tak berseni tahu tak? "Seungmin merungut.
"Buat je lah. "Marah Wooyoung. Banyak bunyi pula dia. Seungmin mencebik.
Hasil tangan lelaki, mereka terus menghias kadbod itu dengan nama Eunjae dan beberapa ayat.
"Seungmin! Asal kau tulis dekat situ? Comot habis. "Kata Wooyoung.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -