Eunjae menongkat dagu melihat guru bahasa inggeris yang mengajar di hadapan. Terkedip-kedip matanya menahan ngantuk.
Chan pula sangat fokus. Maklumlah subjek kegemaran dia. Seonghwa, usah ditanya. Hilang entah ke mana. Kata nak pergi tandas je tapi sampai sekarang tak muncul.
"Baiklah, kamu semua boleh rehat. Jangan lupa hantar essay esok. "Kata guru bahasa inggeris.
Eunjae melepaskan nafas lega. Bukunya disimpan di bawah meja. Dia dan Chan keluar dari kelas menuju ke kantin.
"Eunjae, Chan! "Mereka menoleh apabila nama dipanggil. Dari jauh Seonghwa melambai tangan di sebuah meja.
"Tak guna. Dia dah jaga meja dulu. Patutlah hilang. "Kata Chan. Orang baru keluar, dia dah siap ambil makanan.
Selepas siap mengambil makanan mereka menghampiri Seonghwa.
"Yow! Long time no see. Seungmin in the building! "Eunjae dan Chan tersentak apabila ada orang menjerit di belakang mereka.
Eunjae terus menjeling Seungmin tajam. Buat tabiat betul budak ni, menjerit tengah-tengah kantin.
"Yow! "Lepas Seungmin, Changbin pula muncul. Mereka duduk bersama.
"Mana Wooyoung dengan Jongho? "Soal Seonghwa sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
"Itu. "Bibir Seungmin memuncung menunjuk pada Wooyoung dan Jongho yang berjalan menghampiri mereka.
Eunjae mengangkat kepala memandang mereka berdua tapi matanya tiba-tiba beralih pada seorang lelaki yang berjalan di belakang Wooyoung dan Jongho.
Lelaki tadi. Lelaki yang menghantar barang cikgu Lee ke kelas mereka.
Saat lelaki itu melintasi meja mereka, pandangan mereka bertemu untuk seketika sebelum lelaki itu duduk di meja yang berhampiran mereka.
Eunjae menoleh ke belakang. Dia memerhati lelaki itu bersama seorang perempuan berambut pendek paras bahu. Mereka nampak mesra.
"Hoi kau suka dia ke? "Soal Chan.
Eunjae terus memandang Chan. Dia pantas mengelengkan kepala. Dia menunduk, memandang makanannya semula.
"Yah! Kim Eunjae! "
Mereka semua serentak berpaling apabila nama Eunjae dipanggil. Bukan mereka sahaja tapi semua yang berada di kantin memandang.
Jeritan itu, satu petanda buruk.
Sekumpulan lelaki menghampiri Eunjae. Eunjae hanya menunduk. Malas mahu layan kehadiran sekumpulan lelaki itu.
"Kau memang tak gunalah! "Eunjae yang duduk di bahagian hujung, menyenangkan lelaki itu untuk mencengkam kolar bajunya sehingga Eunjae terbangun.
Tindakan lelaki itu membuatkan ahli kumpulan The Prankster bertindak mahu menghalang lelaki itu.
Tapi Eunjae segera mengangkat tangan kananya sebagai isyarat supaya mereka berhenti.
"Kau bagitahu cikgu Kang yang aku curi dana sekolah kan? Kau memang bodoh. Nasib baik kau perempuan kalau tak, aku belasah muka hodoh kau tu! "Tengking lelaki itu
Keadaan kantin jadi senyap. Mereka berdua menjadi perhatian.
Eunjae tersenyum sinis sebelum dia memandang lelaki dihadapannya itu dengan muka tiada perasaan.
Eunjae menepis tangan lelaki itu dengan kuat sehingga cengkaman di kolar baju Eunjae terlepas.
"Aku yang buat. Kenapa? Memang salah kau. Lagi satu tak payah berlagak macam gentleman. Dengan aku kau selalu kalah, ada hati nak ugut pukul aku. Kau fikir aku takut dengan kau? "Kata Eunjae perlahan.
Dada lelaki itu turun naik menahan marah. Tak semena-mena, pipi Eunjae ditumbuk kuat sehingga kepala Eunjae terteleng ke tepi.
Tindakan lelaki itu mengundang bisikan oleh pelajar lain. Eunjae mengesat darah yang keluar dari hujung bibirnya.
"Yah! "The Prankster mula mahu bergaduh tapi Eunjae segera menghalang mereka.
"Aku cakap jangan. "Eunjae melarang.
Lelaki itu rasa tercabar melihat muka selamba Eunjae yang langsung tidak terkesan.
"Choi Yojun! Kim Eunjae! "Teriakkan cikgu Kang menghentikan tindakan lelaki bernama Yojun itu untuk terus memukul Eunjae.
"Ops nasib kau tak baik. Kau bukan sahaja mengaku salah kau depan semua orang tapi kau juga pukul aku. Ramai saksi Yojun. So ini bukan salah aku. Kau kalah lagi. "Kata Eunjae dengan senyuman sinis.
Itu sebenarnya rancangan Eunjae. Kalau dia tak lawan dari segi fizikal. Dia akan psiko kau dari segi mental.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfic| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -