42 | Fake News

995 169 35
                                    

Jiyoung keluar dari bilik air dengan tuala kecil diatas kepala. Dia menuju ke meja solek. Rutin hariannya selepas mandi, dia mengeringkan rambut dengan pengering rambut. Jiyoung menilik wajahnya di cermin. Tiba-tiba pelbagai persoalan muncul dimindanya.

Apa lebihnya Eunjae berbanding dia? Kerana rupa paras Eunjae yang cantik atau kerana kekayaan Eunjae yang membuatkan Jungkook begitu susah untuk lupakan Eunjae atau personaliti Eunjae yang dia tak pernah tahu.

"Ah tak baik kau fikir jahat pada Eunjae. "Jiyoung memarahi diri sendiri.

Jiyoung membuka laci meja. Sebuah kotak baldu bewarna biru diambil. Jiyoung membuka kotak itu. Sebentuk cincin bertakhtakan permata disentuh dengan hujung jari.

Cincin ini pemberian Jungkook ketika awal-awal mereka bercinta. Sudah lama dia tidak pakai cincin itu kerana perasaan marah dengan Jungkook masih bersisa.

Melihatkan hubungan mereka yang semakin keruh, Jiyoung terasa putus asa untuk meneruskan hubungan itu. Tipu kalau dia tak sayangkan Jungkook. Dia sayangkan lelaki itu tapi dia sudah usaha, Jungkook yang tak mahu beri kerjasama.

Jiyoung mengeluh cincin itu disimpan semula. Dia terus bangun dan meninggalkan bilik.

--

Jungkook merebahkan badannya diatas katil. Penat baru pulang dari kerja, dia meletakkan lengan di atas dahi. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Jungkook terus menyeluk poketnya. Panggilan dari Jiyoung.

Dia mengeluh. Dia menjawab panggilan itu.

"Jungkook saya nak jumpa... "Tak sempat Jiyoung menghabiskan ayatnya, Jungkook terlebih dahulu memotong.

"Saya penat. Nanti-nanti lah kita jumpa. "Jungkook terus menamatkan panggilan.

Tak ada mood. Dia membuka media sosial. Lama menatap skrin, Jungkook bangun mendadak. Matanya membulat membaca berita dan gambar yang terpampang di skrin.

"Eunjae. "Jungkook menyebut perlahan. Jungkook tersenyum. Dia terus bangun, mencapai kunci kereta lalu keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.

Jungkook memandu ke kafe tempat Eunjae bekerja. Selepas mematikan enjin, dia berjalan masuk ke dalam kafe. Dia lihat Eunjae berada di kaunter sedang mengambil pesanan dari pelanggan.

"Eunjae. "Panggil Jungkook.

"Eh Jungkook, kau buat apa datang sini? "Eunjae tersenyum. Pertama kali Jungkook melawat kafe dia.

Jungkook terus berjalan ke kaunter.

"Kau dah tahu tentang Taehyung? "Soal Jungkook.

Dahi Eunjae berkerut.

"Tahu apa? "Tanya Eunjae semula.

Jungkook menghulurkan telefonnya. Eunjae memandang Jungkook sekejap sebelum dia melihat skrin telefon. Sekali matanya terpandang gambar itu, terus hatinya retak. Membaca setiap patah perkataan itu terus buatkan dia hampir menangis.

Foto 'tidur' berdua, model terkenal Taehyung dan Jihyo menjadi bualan ramai.

Gambar Taehyung dan Jihyo tidur bersama dalam keadaan separuh bogel. Air mata Eunjae jatuh. Hatinya terasa sangat sakit.

"Mana kau dapat ni? "Soal Eunjae. Dia menatap Jungkook dengan mata bergelinangan.

"Dah viral Eunjae. Aku tak sangka Taehyung curang dengan kau. "Kata Jungkook.

Eunjae terus menolak telefon itu kembali pada Jungkook. Air matanya dilap dengan kasar.

"Balik. Aku tak nak tengok muka kau. "Kata Eunjae dengan kasar.

"Eunjae? Aku tahu kau tak okay. Aku... "

"Balik Jungkook! Kalau kau datang sini semata-mata nak tunjuk benda ni. Baik kau pergi. "Suara Eunjae meninggi.

"Kalau kau perlukan seseorang. Cari aku. Aku sentiasa ada untuk kau. "Kata Jungkook. Dia memandang Eunjae seketika sebelum keluar dari kafe.

Eunjae menunduk. Tangannya mencengkam kaunter. Bibir digigit kuat. Air matanya jatuh lagi. Hatinya kecewa. Perasaanya bercampur aduk sekarang.

Dia percayakan Taehyung selama ini. Dia tak sangka Jihyo dan Taehyung.. Eunjae mengeluh kuat.

"Helena, tolong jaga kedai.  Saya nak keluar. "Kata Eunjae. Apronnya dibuka. Dia mengambil bagnya lalu keluar dari kafe.

--

Puan Miseon mendaki tangga. Bilik tidur Taehyung dihampiri, dia terus membuka pintu dengan kuat. Taehyung yang sedang tidur, dikejut dengan kasar.

"Bangun Taehyung.  Bangun! "Puan Miseon memukul bahu Taehyung.

"Kenapa ni eomma? "Taehyung terpisat-pisat. Terkejut dia apabila Puan Miseon menghulurkan telefon padanya.

Taehyung melihat telefon itu. Matanya terus membulat. Gambar itu.

"Apa ni Taehyung? Apa yang Tae dah buat? Tak kesian ke dekat Eunjae? "Soal Puan Miseon.

"Tak eomma! Ini bukan Tae! Tae tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. "Taehyung bangun.  Dia berdiri tegak ditepi katil.

Perasaan marah menyelubungi hatinya. Dia sudah agak, tak sepatutnya dia bertemu dengan Jihyo.

"Habis tu? Sah-sah ini muka kamu. "

Taehyung geleng kepala dengan laju.

"Ini bukan Tae eomma! Tae kena fitnah. Eunjae. Mesti Eunjae salah faham. "Taehyung keluar dari bilik.

Dia perlu cari Eunjae sekarang.

Argh tak guna kau Jihyo!

--
Tbc.
Maaf ya ayat saya sgtlah tidak kemas dlm chap ini.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now