22 | Miss Her

1.3K 205 80
                                    

Selepas mengambil makanan, Taehyung sengaja lalu di sebelah meja yang selalu di duduki oleh Eunjae dan kawan-kawannya. Dia kecewa apabila dia lalu, Eunjae langsung tak perasan dengan kehadirannya.

Taehyung duduk dihadapan Jihyo. Tempat mereka tidak jauh dari meja Eunjae.

"Could you please stop staring at her? Saya dekat depan awak tau. "Kata Jihyo. Taehyung terus memandang Jihyo sekilas.

"Awak kenapa? Tak habis-habis sibuk pasal Eunjae. Awak dah buang dia jauh dari hidup awak kan? Kenapa? Nak jilat balik ludah awak? "Kata Jihyo dengan berkias.

Taehyung mengetap bibir. Dia terus makan dan mengabaikan ayat Jihyo. Hatinya masih cuba bersabar. Sejak dua menjak ni, baru dia sedar perangai sebenar Jihyo. Semua baik yang dia nampak, tersembunyi keburukan yang dia tidak sedar.

"Awak kena ingat. Sekarang ni semua orang dah mula bergosip pasal awak. Ramai dah pandang buruk pada awak. Tapi saya ni, masih setia nak dengan awak tahu? Ingat sikit jasa saya. "

"Awak jangan curang dengan saya. Huh! Tak faham betul kenapa semua suka dekat Eunjae tu? Awak pun sama kan? Tak habis-habis pandang Eunjae. "Jihyo memeluk tubuh.

Taehyung terus meletak sudunya.

"Apa masalah kau ni? Kau nak sangat aku suka dia kan? Fine! Memang aku suka Eunjae. Puas hati kau? Lagi satu, aku curang? Excuse me, aku tak pernah ada hubungan dengan kau. Kau yang tak malu menempel dekat aku. "Kata Taehyung.

Suara Taehyung yang kuat tanpa sedar membuatkan yang lain mendengarnya.

Eunjae yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut tersedak apabila namanya disebut oleh Taehyung. Terus dia menoleh ke belakang. Ke arah dimana Taehyung berada.

"Wah dia gila agaknya. Lepas dia sakitkan hati Eunjae, dia boleh mengaku dia suka Eunjae. "Kata Seungmin.

Taehyung yang sedar dirinya menjadi perhatian terus beredar dari situ meninggalkan Jihyo yang menahan malu.

--

Taehyung menanti di perpustakaan. Jari-jemarinya mengetuk meja sehingga menghasilkan bunyi. Sekali-sekala jam ditangannya dilihat. Taehyung memerhati ke luar tingkap pula. Mana tahu, gerangan yang ditunggunya berada di luar.

Masuk hari ini, sudah seminggu Eunjae tak datang tutor. Hari pertama dan kedua, dia faham dengan situasi mereka berdua yang sedang bergaduh jadi dia biarkan sahaja. Masuk hari ke tiga sehingga hari ini, buatkan dia tertanya-tanya.

Di mana Eunjae? Kenapa gadis itu tidak datang?

Taehyung mengeluh. Rambut diraup ke belakang. Jujur, dia rindu Eunjae. Kalau dulu, ketika sesi tutor inilah dia boleh tenung Eunjae dalam jarak yang dekat. Tapi sekarang, dia hanya boleh perhati Eunjae dari jauh.

"Argh bodohnya aku! "Taehyung memarahi diri sendiri. Tipu kalau dia tak terasa dengan ayat yang Eunjae lontarkan ketika mereka bergaduh. Ayat itu betul-betul menyentap hatinya.

Betul lah kata orang. Jangan terlalu benci nanti jadi suka. Sama seperti situasinya sekarang. Kalau dulu dia benci Eunjae tanpa sebab tapi sekarang perkataan benci itu memakan diri sendiri apabila dia jatuh suka pada Eunjae.

Taehyung terus bangun. Dia ada idea. Hanya satu cara sahaja dia boleh tahu di mana Eunjae. Taehyung terus ke bilik guru. Dia mahu berjumpa dengan cikgu Lee untuk bertanyakan tentang Eunjae.

"Eh Taehyung, kamu buat apa dekat sini? Cari cikgu Kang ke? Dia dah balik. "Kata cikgu Lee sebaik sahaja Taehyung muncul di bilik guru.

"Bukan. Saya cari cikgu. "Kata Taehyung. Dia menghampiri cikgu Lee.

"Ada apa? "

"Tentang Eunjae. Dia dah lama tak datang tutor. Cikgu tahu kenapa? Mana tahu, dia ada cakap apa-apa dengan cikgu ke? "Soal Taehyung.

"Dia dah tukar tutor dengan kamu. Saya lantik Jungkook pula untuk jadi tutor dia. Prestasi Jungkook tak kurang hebat. Eh, kamu tak tahu ke? Dia kata ini atas persetujuan kamu berdua. "Kata cikgu Lee.

Taehyung terdiam sendiri. Nampaknya Eunjae betul-betul mahu jauhkan diri darinya.

"Eh aah lah. Saya lupa pula cikgu. Cikgu tahu dekat mana diorang jalankan sesi tutor? "Soal Taehyung. Dia pura-pura seperti tahu.

"Dekat kelas mereka. "Jawab cikgu Lee.

"Oh terima kasih cikgu. "Ucap Taehyung sebelum dia keluar dari bilik guru.

Taehyung kembali ke perpustakaan. Segala buku dan bag sekolahnya, diambil. Taehyung terus melangkah ke kelas Eunjae. Dia tak peduli, Eunjae nak marah ke apa ke, dia tetap nak jumpa gadis itu.

Taehyung terus menolak pintu kelas itu. Nampaklah dia dua orang manusia itu sedang bergelak tawa dengan lawak mereka. Bila sedar kehadiran dia, terus mereka menoleh.

"Eh Taehyung. Buat apa dekat sini? "Soal Jungkook.

"Aku nak jumpa Eunjae. "Kata Taehyung.

"Kau nak apa? Aku tak nak jumpa kau . "Kata Eunjae. Matanya mengelak dari memandang Taehyung.

"Sekejap je Eunjae. "Pujuk Taehyung.

Eunjae mengeluh kasar. Dia keluar dari kelas dan Taehyung mengikut dari belakang.

"Cakap apa kau nak cakap sekarang. "

"Kenapa kau tukar tutor tanpa persetujuan aku? Kau tak ada bincang apa-apa dengan aku. Aku punya tunggu kau dekat library, kau boleh lepak dekat sini dengan Jungkook. "Kata Taehyung.

"Excuse me, aku bukan melepak tau. Aku belajar dengan dia. Lagipun, aku cuba tunaikan hasrat kau. Kau benci aku kan? So aku pergi jauh dari hidup kau ni. "Balas Eunjae.

Taehyung mengeluh.

"Aku tak pernah minta kau jauh dari aku. Cuba jangan campurkan urusan peribadi dengan belajar. "Kata Taehyung.

Eunjae terus ketawa sinis.

"Wah kau lupa ke Taehyung? Kau buat benda yang sama sebelum ni. Kau sendiri cakap, kau tak suka dengan perempuan kurang cerdik macam aku. Buat apa buang masa kau lagi untuk ajar aku? Sudahlah aku dah jumpa orang yang ajar aku dengan ikhlas daripada kau yang ajar aku hanya sebab terpaksa. "Kata Eunjae.

"Yah Eunjae. "Taehyung memanggil apabila Eunjae mahu masuk ke dalam kelas.

Eunjae berhenti. Dia berdiri membelakangi Taehyung.

"Aku minta maaf dengan kau. Hina kau, permainkan perasaan kau dan aniaya kau. Aku minta maaf dengan semua salah aku pada kau. Tolong, jangan jauhkan diri kau dari aku, Eunjae. "Ujar Taehyung.

Eunjae hanya memasang telinga untuk dengar. Langsung tak ada niat mahu membalas. Eunjae terus masuk ke dalam kelas dan meninggalkan Taehyung disitu bersendirian.

Taehyung tertunduk. Dia menyesal dengan perbuatannya pada Eunjae. Bila Eunjae menjauhkan dirinya, Taehyung rasa kosong. Hatinya terasa sunyi tanpa gadis itu.

--
Tbc.
Percayakah anda ff ini akan menceritakan kisah mereka sehingga dewasa? Ahaksss tiberr

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now