49 | You Have Us

1.1K 189 79
                                    

Selepas sahaja berjaya menurunkan Eunjae, wanita itu dikejarkan ke hospital. Seokjin dan Namjoon menunggu di luar bilik sementara menanti doktor selesai merawat Eunjae.

Seokjin memandang Namjoon yang menyandarkan kepala pada dinding. Dia perasan tangan Namjoon sedang mengigil. Muka Namjoon berkerut seperti menahan sesuatu.

"Kau okay tak? "Seokjin menepuk peha Namjoon. Namjoon membuka mata. Pelik Seokjin melihat mata Namjoon berair.

"Aku takut hyung. Aku nampak macam mana keadaan eomma masa pergi tinggalkan kita. Aku tak nak Eunjae pergi dalam keadaan yang sama macam eomma. "Ujar Namjoon.

Sewaktu ibu mereka mati bunuh diri, Eunjae ialah orang pertama yang nampak. Ketika itulah makciknya menghalang Namjoon dan Seokjin daripada melihat. Tapi entah macam mana Namjoon boleh terlepas, dia sempat melihat mayat ibunya tergantung.

Dia faham perasaan Eunjae. Dia yang hanya dapat melihat samar-samar pun takut apatah lagi Eunjae yang melihat dengan jelas depan mata. Ketika Eunjae menceritakan yang dia selalu bermimpi mayat ibunya buatkan Namjoon sangat kesian.

"Aku tak boleh bayang Eunjae tinggalkan kita dalam keadaan mengejut macam tu. "Sambung Namjoon lagi.

Seokjin diam. Dia tak pernah nampak bagaimana cara ibunya mati. Tapi bila melihat Eunjae, hatinya dihimpit dengan perasaan sedih.

Eunjae satu-satunya adik perempuan mereka berdua. Apa yang berlaku pada Eunjae hari ini buatkan mereka sedar, Eunjae perlukan sokongan mereka untuk terus kuat.

"Encik Seokjin. "Doktor menghampiri Seokjin.

"Doktor macam mana dengan adik saya? "Seokjin dan Namjoon berdiri.

"Dia okay. Keadaan dia tak serius. Kami dah bagi bantuan pernafasan kepada dia. Cuma encik, saya cadangkan encik bawa Eunjae berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan khas. Tak mustahil dia akan membuat cubaan bunuh diri lagi kalau tak dirawat. "Kata doktor itu.

"Baiklah doktor terima kasih. "Seokjin menunduk.

"Sama-sama. "Doktor itu tersenyum sebelum beredar.

Namjoon dan Seokjin masuk ke dalam wad persendirian Eunjae. Kelihatan Eunjae terbaring dengan kepala memaling ke arah mereka. Eunjae masih sedar. Melihatkan mereka berdua masuk, Eunjae terus melihat ke arah lain.

"Dah rasa lega sikit? "Namjoon mengusap rambut Eunjae.

Eunjae diam tak menjawab.

"Jangan buat macam tu lagi Eunjae. Rasa nak tercabut jantung oppa tengok Eunjae tergantung. "Kata Namjoon.

"Kenapa oppa selamatkan Eunjae? Biar je Eunjae mati. Agaknya betul lah apa makcik pernah cakap. Eunjae ni anak sial. Eomma dan appa tinggalkan Eunjae. Taehyung tinggalkan Eunjae dan sekarang Eunjae mengandung anak dia. "Kata Eunjae. Matanya sudah merah.

"Kim Eunjae! Tak baik cakap macam tu. Semua yang berlaku dekat Eunjae ada sebab. "Marah Seokjin.

"Apa sebabnya? Untuk menyusahkan Eunjae? Oppa bawa Eunjae jumpa doktor. Eunjae nak gugurkan anak ni. Eunjae benci anak ni! Eunjae benci dia sebab Taehyung! Eunjae nak keluar dari sini! "Eunjae meronta. Dia mencabut jarum yang dipasang belakang tapak tangannya.

Seokjin terus menarik Eunjae ke dalam pelukannya dengan erat supaya dapat menenangkan Eunjae.

"Jangan gugurkan anak tu. Anak itu tak bersalah Eunjae. Ramai orang nakkan anak tapi tuhan bagi rezeki itu dekat Eunjae. Eunjae sepatutnya jaga dengan baik. "Seokjin mengusap belakang Eunjae.

Eunjae sudah menangis. Tangannya mencengkam baju Seokjin dengan kuat.

"Tapi nanti Eunjae dengan anak ni menyusahkan oppa. "Kata Eunjae perlahan.

"Tak! Eunjae tak pernah susahkan oppa. Kalau Taehyung tinggalkan Eunjae, biar oppa dengan Namjoon jaga Eunjae dan anak ini. "Pujuk Seokjin.

Semakin lama tangisan Eunjae semakin reda. Namjoon mengesat air mata Eunjae.

"Eunjae jangan takut. Eunjae ada kami berdua. "Kata Namjoon.

Eunjae memandang Seokjin dan Namjoon. Dia gembira dikurniakan abang seperti mereka.

--
Tbc.
Apa pendapat korg utk cerita ni?

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now