48 | Dont Watch Me Cry

1.2K 182 171
                                    

P/s : Dengarlah lagu tu. Aku suka lirik dia.

"Eomma minta maaf Eunjae. Eomma langsung tak sedar bila Taehyung pergi. Maafkan eomma. Kenapa Tae buat kamu macam ni? "Daripada tadi Puan Miseon tak berhenti minta maaf. Dia malu dengan tindakan Taehyung. Dia malu nak hadap keluarga Eunjae.

Eunjae diam. Jujur dia terlalu terluka sampai penat untuk menangis. Hatinya hancur sehancurnya. Dia malu. Dia kecewa. Dia sedih dengan tindakan Taehyung.

Puan Miseon menunduk, pertama kali Eunjae tak mahu bercakap dengannya. Pertama kali Eunjae tak mahu memandangnya langsung. Dia faham perasaan Eunjae. Perempuan mana yang tak sedih ditinggalkan pada hari perkahwinan mereka?

"Tak apalah. Bukan salah eomma. Eomma baliklah. Dah tak ada apa nak buat dekat sini. "Kata Eunjae setelah lama berdiam diri.

Mereka masih dibilik yang sama. Semua cuba menenangkan Eunjae tapi Eunjae tak boleh kawal dirinya. Mula-mula dia diam lepastu dia menangis.

Dia malu, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan. Keluarganya terpaksa tebalkan muka memberitahu tetamu yang hadir.

"Eomma minta maaf sangat-sangat Eunjae. "Kata Puan Miseon lagi.

"Aku cakap balik! Baliklah! Tinggalkan aku seorang. Semua keluar! Tak payah pujuk aku. Hidup aku dah hancur! "Eunjae menjerit. Matanya sudah merah. Air matanya menangis sekali lagi.

"Pergi! "Eunjae terduduk.

Sakitnya hati itu hanya dia seorang yang rasa. Dia benci Taehyung. Dia benci lelaki itu kerana tinggalkan dia seorang diri dengan semua masalah ini. Dia benci Taehyung sebab tinggalkan dia dengan anak di dalam perut ini. Dia benci Taehyung kerana biarkan dia sendiri menanggung malu.

"Argh! "Eunjae menjerit geram. Dia mencampak barang-barang yang ada di atas meja pada sesiapa yang berada dekat dengannya.

Eunjae bertindak luar kawalan membuatkan sesiapa yang melihat rasa sangat sedih melihatkan perubahan Eunjae.

"Eunjae jangan macam ni. Aku sanggup kahwin dengan kau. Biar aku gantikan Taehyung. Biar aku rawat hati kau. "Jungkook bersuara.

Jiyoung yang mendengar ayat Jungkook merasa terluka. Kerana sedih, dia terus berlari keluar dari bilik itu dengan tangisan air mata.

Eunjae mengangkat kepala memandang Jungkook. Dia terus berdiri.

"Kau gila ke? Kau lupa tentang Jiyoung? Dia separuh mati sayang kau dan kau dengan mudah nak beri cinta kau pada orang lain. Kau memang lelaki tak guna. Sama macam Taehyung. "Kata Eunjae.

Eunjae tiba-tiba rasa marah. Dia faham apa yang Jiyoung rasa apabila Jungkook meluahkan apa yang dia rasa.

Jungkook terdiam mendengar ayat Eunjae. Baru dia sedar Jiyoung sudah tak ada.

"Keluarlah. Tinggalkan aku seorang diri. Jangan kacau aku! Pergi! "Eunjae menolak seorang demi seorang keluar dengan kasar. Eunjae terus mengunci bilik tidurnya.

Dia duduk lalu bersandar pada pintu. Memeluk lutut sendiri. Eunjae mengeluh. Rambutnya panjangnya digenggam kuat.

Sakit apabila dia ditinggalkan tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Pedih hatinya bila mengingatkan hari-hari mereka berdua bahagia bersama tapi dia ditinggalkan seorang diri secara tiba-tiba.

Pernahkan Taehyung terfikir bagaimana keadaanya ditinggalkan seorang diri dengan semua masalah yang dicetuskan oleh lelaki itu sendiri? Adakah lelaki itu tidak sedar dengan apa yang dia buat?

Taehyung tak pernah terfikir dirinya ketika membuat keputusan melulu ini. Mungkin nama Eunjae tak pernah terlintas difikirannya.

Bodohnya diri dia apabila percaya dengan kata-kata lelaki itu. Bodohnya dia bila fikir dia akan bersama Taehyung selama-lamanya. Bodohnya dia bila fikir hidupnya dipenuhi kebahagiaan. Bodohnya dia kerana masih menyukai lelaki itu setelah apa yang Taehyung buat. Bodohnya diri dia kerana merindui Taehyung.

Dia mengharap apa yang berlaku hari ini hanya mimpi semata. Dia harap Taehyung muncul dan mengatakan itu semua gurauan. Dia harap Taehyung muncul dan perbetulkan keadaan.

Tapi dia sedar ini realiti. Dia perlu tanggungnya seorang diri.

Paling benci Taehyung tinggalkan dia dengan sesuatu yang berkaitan dengan lelaki itu.

Eunjae mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan kerana kandungannya baru berusia seminggu.

"Aku benci anak ini. Tak guna aku hidup bila semua tinggalkan aku. "

--

Waktu sudah menginjak petang. Eunjae masih belum keluar dari bilik membuatkan Seokjin dan Namjoon risau. Berkali-kali mereka memujuk Eunjae tapi tetap sahaja adiknya itu bersuara tidak mahu keluar. Akhirnya mereka biarkan Eunjae menenangkan diri seorang diri.

"Namjoon panggil Eunjae makan. Dari pagi dia tak makan. "Kata Seokjin yang membantu Jieun menghidangkan makanan.

Hari mereka terasa suram tanpa Eunjae. Kebiasaanya Eunjae suka ketawa tapi bila melihat Eunjae sedih mereka turut rasa sedih.

Namjoon mengangguk.Dia memanjat tangga menuju ke bilik Eunjae. Bilik Eunjae diketuk beberapa kali.

"Eunjae buka pintu ni. Jom turun makan. "Kata Namjoon.

Tapi tiada sahutan. Namjoon mengetuk lagi. Hasilnya tetap sama. Tiba-tiba Namjoon berasa risau. Dengan keadaan emosi Eunjae yang tidak stabil, macam-macam boleh berlaku. Dia terus mengambil kunci pendua lalu membuka pintu bilik Eunjae.

"Kim Eunjae! "Namjoon terkejut apabila melihat Eunjae tergantung dengan tali yang terikat pada kipas siling. Eunjae mahu bunuh diri.

Dia terus memeluk kaki Eunjae dari bawah apabila melihat Eunjae masih bergerak-gerak mencari nafas. Dia membantu Eunjae agar tidak terus tergantung.

"Hyung! Seokjin hyung! "Namjoon menjerit kuat sambil menutup matanya erat. Melihat keadaan Eunjae buatkan dia teringat ibu mereka.

Dia tak nak nasib Eunjae sama seperti ibu mereka.

"Hyung! "Namjoon menjerit lagi kuat. Dia tak boleh turunkan Eunjae seorang diri. Dia perlu bantuan Seokjin.

Tak lama, Seokjin muncul. Dia juga terkejut. Terus Seokjin mengambil kerusi untuk menurunkan Eunjae.

"Tahan Eunjae. Jangan buat oppa macam ni. "

--
Tbc.
Tetibe aku sedih taip part Eunjae nk bunuh diri😭

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now