Nayeon dan A Yeon yang seronok bermain air, dihampiri oleh Eunjae. Eunjae hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Macam budak kecil baru pertama kali pergi pantai.
"Eunjae! "Nama Eunjae dipanggil oleh A Yeon. Tak semena-mena A Yeon menyimbah Eunjae dengan air laut. Habis basah pakaian Eunjae.
A Yeon tiba-tiba gentar apabila melihat wajah Eunjae berubah serius. Eunjae marah ke?
"Oh kenakan aku. "Eunjae membalas balik serangan A Yeon. Dia terus tergelak apabila A Yeon sudah basah kuyup.
Lama mereka bergurau, Eunjae , Nayeon dan A Yeon duduk di tepi pantai untuk merehatkan diri. Dengan suasana matahari yang mula terbenam. Sangat cantik.
"Awak dengan Taehyung couple ke? "Soal A Yeon tiba-tiba.
Eunjae terus memandang A Yeon. Macam mana gadis itu tahu? Dia hanya bagitahu The Prankster sahaja.
"Saya tanya sebab tu! Dari tadi asyik pandang awak je. Kami berdua nampak tadi awak pukul bola kena Taehyung dengan Jihyo. "Bibir A Yeon menjuih ke arah belakang Eunjae.
Eunjae menoleh. Dia nampak Taehyung tengah berdiri memandangnya dari jauh. Terus Eunjae pandang ke hadapan semula.
"Jangan bagitahu orang lain. "Kata Eunjae. Tangannya bermain dengan pasir pantai. Bila teringat Jihyo peluk Taehyung tadi terus hati kembali membara.
Mereka berdua mengangguk.
"Eunjae, Seonghwa dah ada yang punya ke? "Soal Nayeon tiba-tiba.
"Kenapa? Kau suka dia eh? "Eunjae tersenyum senget.
"Taklah. Saya tak suka dia. Tapi A Yeon suka Seonghwa. Dah berapa tahun dia minat Seonghwa. "Kata Nayeon.
A Yeon terus menolak bahu Nayeon dengan kuat. Baru Nayeon tersedar dia sudah terlepas cakap. Nayeon terus menutup mulut.
"Oh. Tak. Dia tak ada girlfriend. Kau pergilah mengorat dia. Dia tu lembap sikit dengan perempuan. "Kata Eunjae.
"Tak naklah. Lelaki kacak macam Seonghwa mana suka perempuan gemuk macam saya. Saya lagi selesa minat dia dalam diam. "A Yeon merendah diri. Bukan apa, ramai orang suka mengutuk tentang fizikalnya.
A Yeon gemuk. A Yeon hodoh. Dah terbiasa di body shaming.
Lagipun ramai lelaki yang suka pandang perempuan dari paras rupa kan?
"Eh kau tak gemuklah. Kau cuma overweight je. Belum cuba belum tahu. Lagipun Seonghwa tu susah dijangka. Ramai perempuan yang lawa-lawa dia tolak. Mana tahu taste dia lain. "Eunjae cuba memujuk.
A Yeon hanya tersenyum hambar. Kalau perempuan lawa dia tolak, apa tah lagi dirinya.
"Okaylah aku nak mandi. Jangan risau, aku simpan rahsia kau. "Eunjae terus bangun dan meninggalkan mereka berdua.
--
Makan malam, para pelajar diminta untuk beratur semasa mengambil makanan. Pelajar perempuan disebelah kanan dan pelajar lelaki disebelah kiri.
Eunjae mengambil daging yang baru sahaja dibakar. Baru sahaja dia mahu ambil sosej, tiba-tiba ada orang meletakkan ayam bakar diatas pinggannya. Eunjae terus mengangkat kepala.
Taehyung.
Dia langsung tak perasan lelaki itu berada di depannya. Eunjae mencebik sebelum dia berlalu untuk duduk dengan Chan dan Seonghwa.
"Seokjin hyung mana? "Soal Chan.
"Dia makan dengan cikgu. "Balas Eunjae.
Tiba-tiba Eunjae ternampak Nayeon dan A Yeon. Dia terus melambai tangan pada mereka. Dua orang gadis itu menghampiri Eunjae.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -