13 | Shy

1.2K 183 22
                                    

Seokjin meletakkan semangkuk sup dihadapan Eunjae. Kemudian dia duduk dihadapan adiknya. Namjoon yang baru turun, mengambil tempat disebelah Seokjin. Mereka berdua memandang Eunjae yang dari tadi menunduk.

"So nak terangkan apa-apa dekat oppa? "Soal Seokjin.

Terkejut dia dan Namjoon apabila balik sahaja mereka lihat muka Eunjae sudah luka dan lebam. Bila ditanya, Eunjae lari masuk bilik.

"Eunjae,oppa tanya ni. "Seokjin bersuara lagi apabila Eunjae tidak menjawab.

Eunjae pula dari tadi termenung. Berkerut dahi Seokjin dan Namjoon bila nampak Eunjae mengerdip mata beberapa kali dan pipi Eunjae tiba-tiba jadi merah.

"Yah Kim Eunjae! "Namjoon menepuk meja makan.

Tersentak Eunjae. Dia yang dari tadi memikirkan tentang tindakan berani Taehyung yang menciumnya terus memandang Seokjin dan Namjoon.

"Apa? Oppa cakap apa? "Soal Eunjae.

Seokjin dan Namjoon ketawa yang dibuat-buat. Mereka memandang Eunjae tidak percaya. Punyalah dia nak marah tadi, boleh Eunjae berangan lagi.

"Fikir apa sampai oppa tanya boleh termenung macam tu? "Soal Seokjin.

"Tak ada apa. "Eunjae mengeleng kepala laju.

"Macam mana Eunjae boleh bergaduh lagi? Berapa kali oppa pesan, jangan bergaduh. Awak tu perempuan. Cuba jadi sopan sikit. Muka dah lebam-lebam macam ni, nanti tak ada orang nak baru tahu. Bagitahu oppa, siapa yang pukul Eunjae? "Seokjin mula membebel.

Eunjae mengeluh.

"Tak ada siapa. "Balas Eunjae.

"Heh habis tu, sajalah pukul diri sendiri sampai lebam. Macam tu? Cakap sekarang sebelum oppa yang pergi tanya cikgu Lee. "Ugut Seokjin.

"Ah oppa. Sudahlah. Malaslah nak cakap pasal ni. Janganlah libatkan diri oppa dengan hal sekolah. Eunjae tak suka. "Kata Eunjae.

"Oppa hairanlah. Eunjae patut bersyukur tau walaupun Seokjin hyung selalu busy, dia tak pernah lupa untuk ambil tahu tentang hal Eunjae dekat rumah dan sekolah. Bayangkan kalau kena parents yang langsung tak peduli. Nak macam tu? "Kali ini Namjoon pula berleter.

Eunjae mengeluh. Dia setuju dengan apa yang Namjoon katakan tapi hal itu tak berpihak padanya.

"Memanglah tapi oppa tahu tak, mereka selalu kaitkan Eunjae dengan title oppa sebagai penyumbang utama sekolah. Kononnya sebab oppa, cikgu-cikgu pilih kasih dengan Eunjae. Layan Eunjae macam anak raja. Bila Eunjae salah, jangan di denda. Sebab apa? Takut oppa, tarik diri. "Kata Eunjae.

Mula-mula dia tak kisah tapi lama-lama dia jadi rimas. Serabut.

--

Chan, Seonghwa dan Jungkook berjalan bersama masuk ke kelas. Entah bila mereka jadi rapat, tak tahulah. Tiba-tiba mereka berhenti apabila ternampak susuk tubuh Eunjae yang duduk di tempatnya.

"Hoi kau kenapa pakai baju macam ni Eunjae. Jap, kau tak tidur pula. Ajaib betul. "Tegur Seonghwa.

Mana tidaknya, Eunjae macam biasalah pakai seluar dalam skirt sekolah. Pula tu dia pakai hoodie hitam dalam blazer, face mask yang jenis kain dengan topi dekat kepala. Kepala hoodie ditarik menutupi kepala. Sekali imbas nampak mata sahaja.

"Kau ingat kau artis, nak tutup muka macam ni? "Kutuk Chan. Dia duduk sebelah Eunjae.

"Diamlah. "Kata Eunjae. Alasan sebenar dia supaya nanti jumpa Taehyung, lelaki itu tak nampak muka merahnya. Ingat dia boleh control muka selepas apa yang Taehyung buat.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now