29 | Promise

1.1K 168 43
                                    

Tarikh peperiksaan yang semakin mendekat, semua pelajar senior mula bertungkus-lumus mengulang kaji apa yang mereka pelajari termasuklah Eunjae, Chan dan Seonghwa.

Makin hampir ke hari peperiksaan, barulah kesedaran nak belajar itu semakin tinggi.

"Betul tak aku buat? "Eunjae menolak bukunya ke arah Taehyung.

Taehyung memeriksa jalan kerja yang Eunjae buat. Dia mengangguk kepala. Tak sia-sia dia gigih mengajar Eunjae. Buku itu dikembalikan kepada Eunjae.

Eunjae terus menyambung latihannya. Taehyung pula merengangkan badannya. Terasa letih duduk lama-lama. Taehyung memerhati sekitar perpustakaan. Hari itu tak ramai orang.

Pandangan Taehyung beralih pada Eunjae yang tekun menghadap buku. Dia memeluk tubuh sambil memerhati Eunjae. Eunjae sudah mewarnakan rambutnya menjadi dark brown. Nampak lebih feminin.

Taehyung terus mengerakkan kerusinya ke hadapan.Dengan perlahan, kaki Taehyung sengaja digeselkan pada betis Eunjae.

Eunjae terkejut. Dia terus memandang Taehyung. Siapa lagi buat kalau bukan dia. Hanya ada mereka berdua di meja itu.

Taehyung terus menongkat dagu melihat Eunjae

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung terus menongkat dagu melihat Eunjae. Sebelah mata dikenyit pada Eunjae.

"Kau jangan nak miang sangat boleh tak? "Eunjae menjeling Taehyung. Walaupun sebenarnya dia hampir cair dengan Taehyung tapi kerana ego masih tinggi.

"Eunjae. "Panggil Taehyung.

Eunjae diam. Dia kembali menghadap buku.

"Eunjae. "

Diam.

"Ish. Baby, I panggil you ni. "Kata Taehyung.

Eunjae terus memandang Taehyung dengan kerutan. Kenapa gedik sangat hari ini?

"Kau pehal? "Soal Eunjae kasar.

"I love you. Muah. "Taehyung memuncungkan bibirnya seperti gaya mahu mencium Eunjae.

Eunjae terpaku. Tapi hanya seketika sebelum dia menunduk membaca buku. Malas mahu layan Taehyung yang dia anggap tak serius itu.

"Balaslah. "Taehyung merengek. Bahunya digoyang-goyang. Eunjae menjeling.

Annoying betul.

"I love me too! "Balas Eunjae.

Taehyung memuncung bila Eunjae malas mahu melayannya. Dia bersandar pada kerusi semula. Perhati Eunjae pun jadilah. Apa Eunjae buat semua dia suka tengok.

Eunjae selit rambut ditepi telinga. Dia rasa cantik. Eunjae menguap. Dia rasa comel. Inilah orang kata, kemaruk cinta. Gila bayang.

"Andai kata satu hari nanti, kita berkahwin. Kau masih benci aku tak? "Soal Taehyung tiba-tiba.

Eunjae berhenti menulis. Dia langsung tak jangka soalan itu.

"Aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan kau. Kita masih sekolah. Aku tak benci kau Taehyung tapi aku kecewa dengan kau. Dua benda yang berbeza. "Kata Eunjae.

"Kau masih tak maafkan aku? "

"Aku dah lama maafkan. Untuk lupakan, bukan mudah. Kenapa? Kau putus asa? "Soal Eunjae.

"Taklah. Cuma aku tengok, kau langsung tak nak bagi peluang dekat aku. Macam tak ada harapan je. "Kata Taehyung.

Eunjae tersenyum sinis.

"Bukan main hari tu kau kata nak jadikan aku milik kau. Lepastu kau dah down macam ni. Okaylah aku bagi peluang kedua dekat kau. "Ujar Eunjae.

"Serius? "

"Ya. Aku cuba lembutkan hati untuk terima kau. Tapi bagi aku masa. Kau tak boleh expect untuk aku terima kau secara mendadak. Buat apa-apa yang kau suka sebagai usaha kau untuk dapatkan aku. "Kata Eunjae.

"Betul ni? Kau jangan complain dan bagi kerjasama dengan aku. Janji? "Taehyung menghulur pinky promise.

"Janji. "Eunjae menyambut.

--
Tbc.
Entahlah hubungan mereka ini sungguh mengarut. Apatah lagi cite ni. HAHA

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now