41 | The Beginning

1K 160 62
                                    

Eunjae meletakkan majalah Vogue dihadapannya dengan kasar. Dia mula panas hati melihat gambar Taehyung dan Jihyo yang kelihatan intim dihadapan muka depan majalah itu.

"Hah! Kenapa dia tak cakap dengan aku? "Soal Eunjae sendiri. Bila tengok balik posisi mereka berdua buat hatinya sakit. Dia pun tak pernah macam tu dengan Taehyung.

"Bos minum ni dulu. Tenangkan hati tu. "Helena membawa air untuk Eunjae.

Hari ini memang Eunjae langsung tak ada mood. Pekerja yang lain turut takut bila melihat muka ketat Eunjae. Iyalah sebelum ini Eunjae ramah dengan mereka tapi hari ini terus mood swing.

Eunjae mengucapkan terima kasih sebelum dia menyedut air itu. Sedap tapi tetap tak boleh padamkan api kemarahan dia.

Ting!

Telefon dicapai. Ada mesej dari Jungkook. Dahi Eunjae berkerut. Dia hairan sebenarnya. Setiap hari Jungkook hantar mesej pada dia. Mula-mula tak kisahlah sebab sembang biasa-biasa macam dah lama tak jumpa.

Tapi makin hari asyik mesej sahaja. Jadi pelik pula. Tak ada kerja ke asyik mesej dia. Bila dia seen sahaja mesej Jungkook, nanti lelaki itu spam mesej banyak kali.

"Helena. Saya nak tanya awak boleh?"

"Tanya apa bos? "

"Kalau boyfriend awak asyik mesej kawan perempuan awak setiap hari, awak marah tak? "Soal Eunjae. Nak mengambarkan keadaan Jungkook sekarang.

"Mestilah. Saya mesti cemburu. Nak sangka baik pun susah kalau dah hari-hari asyik nak text dengan dia. Dengan kita tak nak pula. "Ujar Helena.

Eunjae mengangguk kepala. Betul juga. Kalau dia jadi Jiyoung mesti dia cemburu. Eunjae terus menutup telefonnya. Malas layan Jungkook.

Fikirannya terus berbalik pada Taehyung. Ish geramnya!

"Err bos. Cuba tengok ni. "Helena menghulurkan telefonnya. Eunjae membaca artikel yang terpapar di skrin telefon.

Model baru, Kim Taehyung menarik perhatian ramai dengan wajah tampannya sehingga ada syarikat yang ingin menandatangani kontrak bersamanya.

Eunjae membaca satu persatu. Dengan wajah Taehyung dan Jihyo yang terpampang disitu. Ruang komen membuatkan kemarahan Eunjae makin bertambah. Kalau setakat puji Taehyung dia boleh terima lagi tapi bila ada orang ship kan Taehyung dengan Jihyo, dia tak boleh terima.

+Mereka nampak sesuai bersama.

+ Argh tak sangka Jihyo dah berpunya.

+Sama cantik sama padan. Sesuai sangat!

+Saya ship mereka!

"Ship. Ship. Nak ship tu pergi naik kapal sana. "Kata Eunjae berang. Dia memulangkan telefon itu pada Helena.

Eunjae terus berdiri.

"Sayang! "Pintu kafe dibuka luas. Taehyung berdiri dengan tercungap-cungap.

Taehyung memandang Eunjae. Melihat muka garang Eunjae, habislah dia. Eunjae dah tahu. Mesti Eunjae dah jumpa majalah tu.

--

Eunjae dan Taehyung duduk berhadapan di dalam kafe itu. Taehyung gigit bibir apabila Eunjae tidak mahu memandangnya. Dari tadi Eunjae sibuk belai kucing yang dia letak atas meja.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now