35 | School Trip

1.1K 168 57
                                    

Eunjae melihat luggage bersaiz kecil yang penuh dengan baju dan kelengkapan diri untuk dibawa bersama. Hari ini sudah tiba masa untuk pergi mengikuti lawatan sekolah yang mereka nantikan.

"Turunlah. Kita pergi asing. "Kata Seokjin apabila kereta audinya berhenti berdekatan dengan para pelajar yang menunggu bas tiba.

Eunjae memandang Seokjin yang segak berpakaian kasual. Terus dia mengeluh kuat.

"Kenapa oppa tak bagitahu Eunjae yang oppa join lawatan ni? "Soal Eunjae.

Terkejut dia apabila pagi tadi Seokjin sudah lengkap dengan bag baju. Siap tunggu dia dekat kereta lagi. Tiba-tiba Seokjin bagitahu dia akan sertai Eunjae ke lawatan itu atas jemputan para guru pengiring.

Kebetulan dia cuti. Apa salahnya kalau terima.

"Suprise? "Seokjin tersengih.

Eunjae menepuk dahi. Tak tahulah nak gembira ke nak sedih dengan 'kejutan' itu.

Sama seperti sebelum ini, dia tak suka Seokjin hantar ke sekolah kerana dia tak nak orang tahu. Walaupun ramai tahu abang Eunjae penyumbang utama sekolah tapi tak ramai tahu bagaimana rupa Seokjin kerana lelaki itu jarang muncul di sekolah ketika ada majlis kerana terlalu sibuk bekerja.

Tuk! Tuk!

Tingkap kereta Seokjin diketuk. Terlihat cikgu Lee diluar. Seokjin segera menurunkan tingkap.

"Encik Seokjin, jomlah turun sekejap. Saya kenalkan encik dengan pelajar yang lain. "Kata cikgu Lee tersenyum pada Seokjin.

"Baik cikgu. Sekejap lagi saya turun. Nak tolong Eunjae angkat bag dia sekejap. "Kata Seokjin.

Cikgu Lee mengangguk sebelum dia berdiri tegak menunggu Seokjin. Seokjin menutup tingkap. Enjin kereta dimatikan.

"Tak payahlah oppa. "Eunjae menghalang.

"Eh biarlah. Nak sorok apa lagi? Nanti diaorang tahu juga. Alah Eunjae dah nak habis sekolah dah. "Ujar Seokjin.

Tanpa mempedulikan Eunjae, Seokjin terus turun dari kereta. Eunjae berdecit sebelum dia turun dan mengambil luggagenya di kerusi belakang. Eunjae terus berlari anak menghampiri Chan dan Seonghwa.

"Lambatnya kau. Nasib baik bas tak sampai lagi. "Tegur Chan.

Eunjae diam. Dia duduk diantara Seonghwa dan Chan. Mana dia nak sorok muka bila Seokjin perkenalkan diri nanti?

"Eh apa Seokjin hyung buat dekat sini Eunjae? "Tanya Seonghwa. Mereka terkejut.

"Minta perhatian! "Cikgu Lee memanggil membuatkan semua pelajar yang bersembang kembali diam.

Ketika itu Eunjae mula mendengar suara-suara yang bertanya tentang gerangan disebelah cikgu Lee. Mulalah memuji kekacakkan Seokjin.

Ceh!

"Perkenalkan. Encik Kim Seokjin seperti yang kamu semua tahu, dialah yang sentiasa memberi sumbang dekat sekolah kita dan dia yang sponsor trip kita kali ini. "Kata cikgu Lee.

Automatik banyak mata memandang Seokjin dan Eunjae silih berganti. Pertama kali mereka nampak rupa abang Eunjae.

"Selamat pagi semua. Saya Seokjin. Mungkin ada yang tahu, saya abang kepada Eunjae. Nak panggil hyung boleh, nak panggil oppa pun boleh. Dekat sana nanti jangan malu-malu, jangan segan-segan. "Seokjin bergurau.

"Aku tak tahu pun abang Eunjae handsome. "

"Kacak, tinggi, bekerjaya, kelakar pula tu. "

"Kalau aku tahu abang dia serba sempurna, dah lama aku berbaik dengan Eunjae. "

Eunjae hanya tersenyum sinis mendengar bisikan yang tak berapa nak bisik sangat sebab dia cakap kuat.

Dasar manusia.

Manakala Taehyung pula tercengang apabila mengetahui Seokjin menyertai mereka. Aduh tak boleh nak bersweet dengan Eunjae lah sepanjang lawatan ini.

"Bas dah sampai. "Kata cikgu Lee. Mereka semua bangun.

Seorang demi seorang mula masuk ke dalam bas. Seokjin pula pergi dengan keretanya. Eunjae, Chan dan Seonghwa duduk ditempat paling belakang dimana terdapat lima kerusi. Eunjae terus memejam mata. Dia rasa sangat mengantuk kerana tak dapat tidur semalam.

Jungkook dan Taehyung cepat-cepat naik ke dalam bas dan mencari Eunjae. Apabila Eunjae berada di belakang, mereka berdua segera berlari mendapatkan Eunjae.

"Aku sampai dulu. So aku duduk sebelah Eunjae. "Kata Jungkook.

"Eh aku boyfriend dia. Aku yang patut duduk sebelah dia. "Ujar Taehyung pula.

"Aku kawan dia. Ah tak kira. "

"Ah mana aci kau tolak aku tadi. "

"Aci dekat India. Nampak aku kisah? "

"Yah! Dua-dua diam. "Chan bersuara. Dari tadi dia perhati mereka berdua bergaduh hanya kerana nak duduk sebelah Eunjae. Tak rasa buang masa ke bergaduh sedangkan Eunjae enak beradu disitu. Langsung tak heran siapa nak duduk sebelah dia.

Chan yang berada dihujung tingkap terus bangun dan duduk disebelah Eunjae membuatkan gadis itu berada diantara Seonghwa dan Chan.

"Adil bukan? Kau Taehyung pergi duduk sebelah Chan. Jungkook duduk sebelah aku. Senang. "Kata Seonghwa.

Mereka berdua berdecit.

Teman lelaki atau kawan, Chan dan Seonghwa lebih utama. Heh.

--
Tbc
Btw x lama lagi zaman sekolah dorg dh tamat so kita tgk zaman dewasa pula.

Buat masa ni hadaplh geli-geli eunjae dgn tae .. tak lama lagi konflik muncul haha ha

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now