9. LILIANA

15 3 0
                                    

~Lily~

Saya balik rumah macam hari-hari biasa. Mandi, rehat dan buat assignment. Tiada juga perubahan walaupun ada housemate baru.

Berfikir saya kalau keluarga saya tau pasal ni. Abang saya tu kalau tau saya ada boyfriend ka setakat kawan ja ka, asal lelaki mesti over protective. Kana marah semua yang pigi dakat-dakat saya. Tu saya malas ada boyfriend, mesti bergaduh sama abang saya 4 orang. Bagus kalau mau hadap satu, ni empat mulut sekaligus, bikin pening betul. Tu hari pun ada yang suka saya, saya pun kira suka dia. Kami keluar pigi date dan lepas beberapa bulan kami couple. Bila kedapatan, hancur terus hubungan kami. Pandai betul tu 4 orang gurongit kasi putus kami. Ada ja taktik dorang, selain kasi gertak.

Sampai sekarang hubungan kami terputus, kawan pun bukan, semes kol pun teda sudah.

Bikin gerigitan sampai sekarang saya solo. Sunyi betul hidup saya.

Kehadiran Daniel sedikit sebanyak mengancam saya. Kadang-kadang saya tengok dia kan, saya teringat first kiss saya. Silaka betul. Bagus kalau Daniel buruk, boleh saya berkawan baik sama dia. Ni hensom betul menggugat perasaan saya. Muka nerd tapi jan main-main suara dia. Sampai saya terdengar-dengar suara dia. Tidak tau la kalau saya dapat bertahan satu rumah sama dia. Saya pindah ni kalau suatu hari nanti saya suka dia ka apa.

Fikir-fikir pasal lelaki, gete betul, muncul tu lelaki depan mata. Termerah muka saya bila tengok mata dia. Saya terus pusing muka saya pura-pura pigi ambil air. Adaka mengelamun tidak ingat dunia, dia balik tadi pintu berbunyi pun saya langsung tidak sedar.

Nasib baik dia pigi bilik dia terus. Ndada betegur kami pasal akward. Malu saya dengan reaksi saya tadi. Napa bah saya fikir pasal dia ni. Jaga.. saya pindah bisuk kalau tidak tahan.

Dia keluar bilik sudah siap mandi pakai baju. Bagus dia ni pandai fikir juga, bertutup juga badan, nasip tidak bogel macam saya dulu. Nasip juga, dia pun tidak cakap apa-apa pasal tu.

"Have you eaten dinner?"

Dia pigi meja, saya sebenarnya sudah makan. Awal saya makan abis lapar lepas perah otak buat kerja tadi.

"I Have.. you might be eating alone tonight. I already cook for two. Do you need help with the food?"

"Thank you Lily, I can manage"

Dia ambil tu makanan di periuk, masi panas juga tu. Dia duduk situ meja macam lonely pula tapi saya berat hati mau kasi kawan, takut pula. Macam berdebar-debar bila dia panggil nama saya tadi. Sit betul ni perasaan, saya gila ka ni..

Lepas makan dia kasi bersih dapur, atukoi lelaki mithali. Susah mau cari zaman sekarang. Rajin betul dia ni. Sudah la pandai beli barang dapur, pandai mengemas lagi. Saya pula sejuk mata memandang kerajinan dia, bersih lagi tu dia kasi, pandai negi cuci piring sendiri sama tu periuk.

Saya pura-pura tingu tu TV, siap pasang berita lagi. Haha.

Bosan saya dingar pasal polotik la apa la, benda yang saya tidak suka.

Dia datang pigi ruang tamu duduk situ hujung sofa. Panjang tu sofa boleh muat lima orang.

Kami diam-diam ja tingu berita.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now