Saya bangun lambat dari kebiasaan. Macam siok bermimpi sampai saya tidur nyenyak . Apa lagi kalau bukan mimpi pasal Lily. Adaka mimpi cium dia, sit betul.
Saya keluar dari bilik sana dia balkoni siram bunga dia lagi. Rajin dia jaga tu bunga sampai berbunga sudah. Bila dia nampak saya, dia senyum. Saya balas senyuman dia. Kali baik sudah angin dia ni pagi.
Saya tengok dia sudah masak sarapan.
"Good morning Daniel"
"Good morning Lily"
"Wanna eat breakfast together?"
Uish... ni yang saya mau ni berhadapan sama dia di meja makan. Saya iya saja.
Tapi sayang jauh juga dia duduk situ hujung, napa ba dia pigi pilih ni meja panjang ni, bagus-bagus saya nampak muka dia dekat-dekat sebelum ni. Tapi tu ruang makan pun terang juga dia pigi pasang lampu baru. Kami makan diam-diam, dua-dua menikmati tu makanan. Sedap dia masak, macam selalu.
Memang dia nampak happy berbanding semalam. Risau saya kalau dia tidak mau bercakap sama saya.
Nasip dia tegur juga tadi. Muka dia berseri-seri lepas kami siap makan. Pasal makanan ja pun dia happy begitu.
Dia pigi ruang tamu pasang movie. Macam siok ja saya tengok. Saya pigi join dia. Apa salah tengok movie sekali sekala. Rupanya movie pasal assasin, kalau cinta-cinta sudah saya lari awal-awal.
Siap ada popcorn lagi sama soda, bukan alang-alang dia prepare ni.
Lucu juga gaya dia ni tingu movie, dia terbawa-bawa tu watak sampai dia geram, terkeluar tu bahasa dia sendiri. Comel betul.. haha..
Belum habis tu movie, bunyi handphone saya, si Lily tanya napa saya tidak angkat.
Saya tengok daddy saya yang call. Saya minta diri pigi bilik. Mesti ada hal mustahak ni, jarang dia call saya.
"Hello?"
"Hello Dan, I wanted to tell you something in person but I don't have time to meet you"
"What is it dad?"
"About Mr. Malcom proposal. He wants to meet you in person and discuss this matter, I hope you can make it"
"Dad... I am not sure about this"
"Meet first and tell him about your opinion, I can't force you into this one."
Saya cakap saya akan jumpa Mr. Malcom. Daddy saya gembira dengan keputusan saya tapi bukan dia tau apa yang saya mau cakap sama Mr. Malcom nanti. Saya pigi ruang tamu, tu movie sudah habis.
"What is the ending?"
"They kissed, the end"
Nasip juga kami tidak sama-sama tingu tu scene, entah apa la suasana tu nanti kalau kami dua situ tingu tu kiss. Dia macam menangis pula saya tingu tapi saya tidak cakap apa-apa. Perempuan ni kan, menghayati betul sampai keluar air mata kalau tingu drama ka movie.
Dia lap-lap mata dia sampai kering tu air mata baru dia kasi bersih tu meja.
"What do you want for lunch?" Lily tanya saya, dia sedang tengok apa dalam tu aisbuk.
"I'm not sure, but I want to go downtown to see this restaurant if there is anything good on the menu. Do you want to go with me?"
"Sure, I'll go with you"
YOU ARE READING
HOUSEMATE
AléatoireLILIANA & DANIEL Dua-dua orang kaya tapi memilih untuk hidup sederhana dan jadi housemate