52.DANIEL

4 0 0
                                    

~Dan~

Saya sedang check kertas kerja bila Dave serbu masuk dalam office tanpa ketuk pintu.
Dengan mata tajam saya tengok dia, sedia mau terkam tapi Dave tau diri dia tu kebal dengan ancaman sebegitu.

"Do I really have to accept this?"
Dia hempas tu dokumen atas meja macam dia ja boss sana.

"You have to"

Maknanya tiada hak dia untuk lawan arahan pihak atasan.

Saya ada kuasa dalam company tapi masih tertakhluk dengan daddy saya. Tu la pentingnya arrangement dorang tu. Kalau saya kahwin dengan Liliana, saya akan diberi kuasa penuh tapi saya masih under daddy saya buat masa ni.

"This is ridiculous" Dave mengeluh.

Dia tidak stay lama, terus dia keluar urus masalah dia. Dia tu jenis yang tidak suka masalah tapi kalau berlaku sesuatu,  dia akan urus sebaik mungkin.

Tidak lama datang tu kembar Lily.

Makin lama dia kerja, saya biasa dengan kehadiran dia. Sekurang-kurangnya bila nampak dia, saya tidak rasa lain. Dulu bila nampak dia ja terus down ingat Lily.

Kembar si Lily hari-hari sebut nama dia. 
Saya lupa ba nama dia sebab selalu fikir Lily saja.

Si Janice, tapi saya sebut Laila, murung dia bila jumpa saya. Ambil hati kali, saya langsung ndak ingat nama dia walaupun agak lama sudah dia kerja.

"Give this to Mr. Desmond"
Malas saya menghadap dia, minta perhatian betul.

Janice ndak juga tunjuk perangai setan dia depan-depan saya, tapi Mrs. Alicia kasi tau yang dia selalu mengadu saya tidak layan dia. Paduli la dia kan.
Ada si Dave, bukan dia mengurat tu lelaki.
Dave pun satu, jual mahal..

Time melamun tu juga Mrs. Alicia masuk sambil ketuk pintu. Dia sama Dave hampir sama gaya. Bikin malas tingu dorang. Selalu kasi tau masalah saja, tiada benda lain.

"You're not forgetting the meeting, right?"

Dia tengok jam dinding.
Saya pula tengok jam tangan, automatik terus berdiri ambil kot dan jalan keluar. Mrs. Alicia geleng kepala.

Driver hantar kami pigi tempat meeting. Sampai di Japanese Restaurant, kami nampak anak pertama Mr. Malcom, dia pun baru sampai. Ni pertama kali saya join meeting berkaitan company dia. Terpaksa juga ikut ni kali. 

Bila masuk dalam, yang lain sedang tunggu kami dua. Ni kali la, semua mata tengok saya. Meeting start serta merta lepas kami ambil tempat duduk. Anak Mr. Malcom yang kasi bentang semua. Saya sedaya upaya fokus, ambil perhatian benda penting. 

Lepas dia kasi terang, Dave pula bercakap. Dia yang handle semua urusan sebelum ni, jadi lebih baik kalau dia teruskan usaha supaya kami dapat bekerjasama dengan company anak Mr. Malcom. Dari dulu kami berurusan melalui hasil kebolehan Dave handle semuanya. 

Habis ja sesi soal jawab, anak Mr. malcom bercakap sama saya. Dia jenis yang cakap benda penting saja, tiada bunga-bunga lagi. Saya boleh nampak kesungguhan dia untuk capai kata sepakat. Saya tidak sangka begini senang berurusan sama dia. Mana tau dia cerewet ka apa kan. Ndak hairan la dia boleh urus company sendiri. 

Meeting berakhir lepas 3 jam. Saya akan bekerjasama dengan company anak Mr. Malcom dalam bulan depan. Harap semua berjalan dengan lancar nanti. 

Selepas makan, kami bersurai. Saya sama Dave balik awal. Rasa mau tidur pula kalau sudah kenyang. Dalam perjalanan balik office, kami betul-betul tertidur.

Rasa penat sangat walaupun sudah makan. Kami sampai office, Dave terus naik atas. Saya masih lagi di bawah bercakap sama tu receptionist. 

Bila saya jalan pigi lif, saya nampak Lily. Ka itu si Laila?

Aih? biar betul. Mata saya ni kenapa sudah boleh terbayang Lily? 

"Good afternoon Mr. Davinson"

Terkedu saya tengok dia depan mata. Bukan apa, pertama kali dia greet saya begitu.

"Good afternoon Lily" peduli la.. dia tengok ja saya.

Awal juga dia datang sini?

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now