i know it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart.
Badan aku dibaringkan di atas katil yang empuk itu. Dah berbulan tak balik rumah, katil bilik ni rasa macam katil hotel pula dah.
Baru nak melelapkan mata, telinga aku menangkap satu bunyi yang sudah lama aku tidak dengar. Bunyi piano yang berdenting dari luar rumah.
Cepat - cepat aku mencapai tudung sarung di belakang pintu. Tak payah pakai stokin kut, nak mengintai dari depan je.
"Ara nak pergi mana?" Ummi di dapur menyoal aku hairan. Mana taknya, baru je balik beberapa minit yang lepas dah pakai tudung.
Bibir sendiri diketap. Nak kasi alasan apa nih. Nanti kalau aku jawab nak pergi usha anak cina depan rumah, mahu kena pelangkung.
"Ara, ummi tanya ni." Suara ummi mula kedengaran tegas. Matanya tajam memandang aku yang sudah memegang tombol pintu.
Aku menyengih. "Ara teringin nak makan chocolate. Nak beli dekat kedai bawah." Bijak, Zahra! Kau memang bagus sebab menipu mak sendiri. Humph!
Tapi betullah, sambil usha anak cina depan tu, sambil beli chocolate dekat kedai. Tak boleh ke?
Ummi mengangguk perlahan sebelum matanya jatuh pada kaki aku. "Ish! Aminah Zahra! Pakai stokin sebelum keluar!"
Nasih baik walid tak ada kalau tak lagi mampus aku. Dengan sepantas kilat aku sarung stokin di kaki. Bunyi piano masih lagi berbunyi memberi aku semangat untuk terus berlari keluar dari rumah.
Selipar disarung. Kapala mengintai rumah depan. Maklumlah, keluarga aku duduk dekat kondominium, jadi jarak dengan rumah depan dekat sahaja. Sebab tu kalau cina depan rumah ni main piano, dengar sampai bilik aku. Tambah lagi memang sejenis main piano buka pintu.
Eh, bae lah laki main piano ni!
Bibir aku mengukir senyuman apabila terpandang lelaki yang sedang menunduk sambil tangannya bermain di atas kekunci piano itu. Tak tahulah apa nama dia. Aku hanya mampu usha dari jauh. Nak datang dekat tak berkesempatan pula.
Perasan dengan renungan aku, lelaki itu memberhentikan tangannya. Dia mengangkat wajahnya dan berpaling ke kiri.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Walid, lutut Zahra nak longgar dah ni! Eye contact dengan crush pulak nih. Ya Allah! Erm hensemnya dia ni. Mana pakcik cina depan rumah ni kutip dia?
Hensem (muka nangis).
Kekok apabila berbalas pandang beberapa saat, lelaki itu bangun lalu menutup pintu. Wajahnya hanya menunduk saat menutup pintu.
Yang tak reti tunduk tu aku.
Mak aihhh. Sombong!
Bibir sendiri dicebik. Kau tunggu eh mamat cina. Ini Zahra tau! Semua yang Zahra nak mesti dapat punya!
"Kakak!"
Bahu aku ternaik akibat terkejut dengan sergahan adik tak guna sendiri. Aku memandangnya tajam. "Isy! Kau nak apa?!" Soal aku kasar.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...