i knew it from the start
you are the breath
to my suffocating heart•••
"Lama ke awak pergi?"
Adrian yang baru keluar dari bilik air memandang aku. Dia tersenyum segaris. "Kan dah cakap, 3 hari je." Jawabnya lembut. Tahu sangat yang bini dia berat hati nak lepaskan dia pergi.
Keluhan berat aku lepaskan. Mata memandang lama Adrian yang sudah keluarkan baju - bajunya dari almari. "Habis tu tinggal saya seorang je dekat rumah?"
Mana pernah aku kena tinggal seorang diri. Pernah pun masa ummi dan walid ke Jordan. Tapi itu sebelum aku kahwin, kini aku tidur berteman. Semua benda buat dengan Adrian. Kalau dia tiada, sunyi lah hidup aku.
Tangan yang sedang mengeluarkan hanger dari baju itu terhenti. Pandangannya bertukar redup apabila melihat wajah sayuku. "Sayang,"
Bibir aku sudah tercebik - cebik menahan tangisan aku terhambur. Tak kuat betullah aku ni!
"Awak nak tinggal sayaaa...." tangan menyeka air mata yang dah turun mengalir. Sejak kahwin ni manja dia lain macam betul. Hesyteg menyampah dengan diri sendiri.
Baju - baju itu dibiarkan. Adrian menapak mendekati isterinya. Lengan aku digenggam erat. "Apa ni sedih - sedih? Saya pergi kejap je, Zahra." dia tersenyum manis pada aku.
Bibir aku makin tersebik mahu menangis. Sampai terketar bibir aku apabila esakan kecil mula keluar. "Saya t-tak nak... jauh..."
Pantas tubuh aku ditarik ke dalam dakapan Adrian. Tangannya membelai lembut kepala aku. "Tak jauh pun, dekat je. Saya call awak setiap hari okay?" Dia memujuk lembut. Tabah aje.
Aku menggeleng di dalam pelukannya. Tangan aku mencengkam belakang bajunya. "Nanti a...wak l-lupaa... isk isk." huwaaa kenapa aku buat drama air mata ni. Menyampahnya.
"Mana boleh saya lupa isteri manja saya ni?" Adrian tersenyum senget. Sudah lah manja, menguji kesabaran pulak tu. Syukur dia tak hantuk je kepala aku dan otak aku kembali normal semula.
"Hey!" Tangan aku menampar lengan Adrian geram. Bibir memuncung. "Saya tak manjalah!"
Tergelak Adrian melihat telatah isterinya. Dia menggelengkan kepala. Tangannya menarik kepala aku supaya bersandar di dadanya. "Awak manja, awak ganas, awak kasar..."
Dahi aku berkerut. "Apa ni kutuk saya?"
"Syyy, diamlah." Marah Adrian. Lalu tangannya kembali membelai rambut aku. "Awak masak tak sedap mana. Awak ni cengeng nak mampus."
Sumpah aku rasa nak lempang je Adrian ni. Apa ni kutuk - kutuk aku? Nak kena sepak pulak ke? Geram ni sis geram.
"Awak ni pengotor, suka buang sampah merata. Bila menangis comot nak mampus. Lepastu cepat cair sampai pengsan." Di hujung ayatnya, Adrian tersenyum bangga. Bangga sebab dialah asbab aku cair sampai pengsan tu.
Bibirnya mengucup lama dahi aku. "But you are Aminah Zahra. Wanita yang Allah takdirkan sebagai permaisuri hati saya,"
Air mata aku makin lebat mengalir. Aku mendongak memandang sepasang dark sky itu. "Awak ni..."
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...