i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Mata aku menjeling jam di dinding. Sudah lewat malam, tiada lagi khabar dari Adrian. Janji nak call bila sampai, hampeh tak call. Adrian ni pelupa betullah. Kecik - kecik dulu daddy bagi makan semut ke apa?
Tengah aku sedang memikirkan Adrian pujaan hati, ummi masuk ke dalam bilik aku. "Ada Adrian call?" Soal ummi tiba - tiba.
Aku menggelengkan kepala. "Rasanya dia dah naik flight tu ummi. Nanti dah sampai dia call la Zahra." Jawab aku perlahan. Sengaja berkata begitu untuk sedapkan hati sendiri.
Ummi mengangguk faham. Dia mengambil tempat di sisiku. "Nak balik rumah Zahra dah ke?" Soalnya risau. Cuaca sepanjang hari ini mendung sahaja.
Mata aku turut memandang ke luar tingkap seperti ummi. Langit yang gelap itu mengingatkan aku pada seseorang.
"Tak kut ummi. Zahra tunggu Adrian balik dulu," putus aku. Hakikatnya aku memang tak berani nak duduk rumah tu seorang diri. Kalau tunggu Adrian dah sampai ke sini, baru lah aku pulang ke rumah dengannya.
Ummi mengangguk setuju dengan keputusan aku. "Dah lewat malam ni, Zahra tidurlah dulu." cadang ummi. Selimut ditarik sehingga ke paras pinggang aku.
Aku tersenyum segaris. "Nantilah, selagi Adrian tak call tak boleh tidur." mana lah tahu kapal terbang yang membawanya terpaksa delay ke. Harap - harap si Adrian nyanyuk makan semut tu akan telefon aku.
"Jangan tidur lewat sangat." Pesan ummi sebelum dia menapak keluar. Dari riak wajahnya, aku yakin ummi seperti memikirkan sesuatu yang berat.
Ya, kami tidaklah rapat mana tapi aku tetap kenal riak wajah ummi. Apabila senyumannya cukup hambar, aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.
"Ummi,"
ummi yang mahu menutup pintu bilik aku itu terhenti. Dia memandang aku. "Ya Zahra?"
Aku bangun mendekati ummi. Lalu tangan yang sudah kelihatan kedutnya itu dicapai. "Ummi okay?"
Seperti kebiasaannya, ummi terus tersenyum manis. Sebelah lagi tangannya mengusap lembut bahu aku. "Ummi cuma..." dia mengetap bibir. "Tak sedap hati,"
Tangan aku menggenggam erat tangan ummi. Mata hazel milik ummi direnung dalam. "Ummi penat kut, dah dua hari jagakan Zahra. Ummi rehatlah."
Seketika, pandangan ummi bertukar redup. Tubir matanya berair. "Ummi tak penat jagakan anak ummi," tangannya mengusap lembut pipi aku.
"Ummi nak tebus kesalahan ummi sebab terlalu yakin yang Zahra boleh harungi seorang diri. Ummi..."
Aku terus menarik ummi ke dalam pelukan. Tangan naik mengusap belakang badan wanita yang sudah melahirkan aku itu. Tanpa sedar, tubir mata aku juga bergenang.
"Zahra sayangkan ummi. Ummi tak salah, ummi tak perlu tebus apa - apa. Semuanya ada hikmah kan?" Aku mengucup lembut pipinya. "Sekarang Zahra bahagia."
ummi terdiam. Dia memandang mata aku. "Ummi bersyukur Zahra bahagia dengan Adrian." ucapnya perlahan.
Aku tersenyum manis dan membiarkan tangan ummi mengusap lembut wajah aku. Benar, aku telah jumpa cinta yang aku dambakan.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...