[14]

1.2K 138 14
                                    

I knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart




•••

Telefon di dalam genggaman dipandang penuh mengharap. Sudah seminggu Adrian menghilang selepas dia pindah ke rumah yang baru. Sejak dia datang ke rumah aku hari itu, aku dah tak nak dengar suara dia.

Rindu.

Namun, sepatutnya rindu itu aku gantikan dengan rasa syukur kerana Allah dah mudahkan jalan aku. Allah dah tarik dia jauh dari aku. Hanya aku yang perlu lawan perasaan sendiri.

Buat seketika, mata aku dipejam dan nafas dihela perlahan. "Aku boleh, Zahra boleh." bisik aku pada diri sendiri.

Dan bunyi loceng rumah yang berbunyi betul - betul buat semangat aku jatuh merundum. Hampeh punya loceng. Aku tidak keluar dari bilik. Baik duduk dalam bilik je. Walid kan ada bukak pintu.

Lima minit berlalu, aku masih lagi bermain phone. Kejap scroll instagram lepastu reply chat kawan - kawan, tapi entah kenapa. Hati aku rasa tidak enak pula.

Langkah kaki diayun ke ruang tamu. "Walid, siapa datang?" Soal aku pada walid yang masih berdiri tegak di depan pintu utama rumah.

Aku pandang walid hairan. "Yang berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku ni kenapa?" Soal aku lagi. Aku pandang ummi pula, tapi ummi di sebelah walid hanya terdiam sambil menunduk menekur lantai.

Cara pandangan walid seperti- aku ada buat silap? Tapi silap apa?

"Walid, siapa datang-"

"Kekasih gelap kamu." jawab walid kasar. Matanya merenung aku tajam dan aku cukup kenal dengan pandangan ini. Cara pandangan yang sama dengan pandangan lima tahun lalu.

Bibir aku diketap. Pandangan aku dialih pada ummi, namun ummi hanya menggeleng tidak tahu.

"Apa walid ni?" Soal aku kasar. Aku tak faham kenapa walid perlu marahkan aku, jadi aku mahu walid-

Walid terus baling sesuatu tepat pada wajah aku. "Tadi anak lelaki uncle David datang, dia kata kamu tertinggal rantai tu kat bilik dia."

Tergamam. Seutas rantai yang di tangan itu aku genggam erat. Rantai yang berloket huruf AZ, hadiah hari lahir aku yang kesebelas, aku tidak pernah tanggalkan rantai ini dari leher aku.

Kecuali.

Malam yang aku menangis dan meminta kematian itu. Aku memang ada buka rantai ini dan menggenggam rantai itu di dalam rintihan aku. Mungkin, Adrian menyimpankan rantai ini untuk aku.

Tapi, walid sudah salah sangka! Aku pandang walid. "Walid, ini bukan apa yang walid sangka, Zahra tak-"

"Kau ni memang perempuan murah! Dulu kau nak goda abang sendiri! Lepas tu jiran yang cina tu pun kau nak! Kau nak jadi pelacur ke!" Jerkah walid sehingga bahu aku ternaik dengan jerkahannya. Dia mendekati aku. Hujung jari walid menarik dagu aku agar mata aku memandangnya.
"Perempuan sundal!"

Air mata aku jatuh mengalir. Tangan aku cuba menggapai tangan walid, namun hampa. Walid terus menarik tangannya pantas. "Walid, percayakanlah Ara tak buat semua tu, ini salah faham. Kalau nak bukti walid boleh call uncle David-"

"Jijik!"

Tanpa mendengar penjelasan aku, tubuh aku ditolak kasar ke lantai. Tidak cukup dengan itu, tangan walid mencengkam kasar rambut aku. "Kenapa betina macam kau lahir dalam keluarga aku!"

Penat. Aku sudah hadap situasi ini lima tahun lalu dan aku sudah tahu pengakhirannya. Aku hanya betina tidak bermaruah yang perlu mati sahaja.

"Ummi, percayalah Zahra tak buat semua tu."

Pang!

Tangan aku terus memegang pipi yang masih terasa pedih dengan tamparan walid. Bukan sahaja hati, malah fizikal aku juga sakit dikerjakan.

Aku hanya menangis semahu - mahunya apabila tangan walid tidak berhenti memukul badan aku sehingga aku sudah terbaring lemah di atas lantai.

Bibir aku cuba memanggil nama Zahirah saat mata aku bertembung dengan matanya yang berair, tapi aku sudah tak terdaya.

"Zahirah! Kau ambil tudung dia kau kemas barang dia! Betina ni kotor!"

Takut dengan jeritan walid, laju kaki Zahirah berlari ke dalam bilik. Saat itu, aku hanya mampu terbaring mengiring menahan kesakitan tubuh.

Seperti selalunya, ummi juga hanya memandang simpati tubuh aku tanpa menghalang walid. Kerana hakikatnya, dia juga tidak percaya aku tidak lakukan perkara terkutuk itu.

Baru aku mahu bernafas, tangan aku diseret kasar ke pintu oleh walid. Dengan kejamnya, walid hanya menolak jatuh tubuh aku ke luar. "Jangan kau jejakkan lagi kaki kau kat rumah aku!"

Tidak cukup dengan itu, sebuah beg dicampak kasar ke arah aku. "Jangan datang lagi!"

Aku hanya mampu memandang pintu rumah yang ditutup kasar itu. Kerana aku tahu, bagaimana sekalipun aku merayu, aku tetap salah. Kerana aku hanya perempuan jijik oleh walid.

Perempuan sundal.






•••



"Zahra!"

Aku hanya memandang kosong dia yang berlari mendapatkan aku. Keretanya dibiar di tengah jalan. Tubuh aku yang mulai longlai dicepung.

"Kenapa dengan awak ni, Zahra? Kenapa?"

Mata aku terpejam. Bahkan aku mengharap, mata aku terpejam buat selamanya sahaja.





•••


"Zahra, mari makan."

Mata aku jatuh pada Adrian di sisi. "Erm..."

"Jangan risau, uncle dah beli one set periuk kuali pinggan mangkuk cawan semua khas untuk Zahra and Adrian." Uncle David bersuara apabila aku masih serba salah mahu makan hasil air tangannya.

Aku pandang uncle David pelik. "Kenapa Adrian pun kena makan makanan halal?" Soal aku pada uncle David. Sejak bila pulak Adrian ni memilih makanan yang halal untuk masuk ke dalam perutnya? Sebab sebelum ni dia ada kata yang dia makan makanan yang- itu semua.

Uncle David berbalas pandang dengan Adrian sebelum dia tergelak kecil. "Adrian, why you didn't tell her the truth?"

Mata aku memandang Adrian di sebelah tajam. Tangan yang nak mencapai kuah spaghetty di dalam mangkuk terhenti. "Tell me what?"

Adrian terdiam. Mata biru gelapnya merenung aku lama, "actually-"

"Apa?!" Aku memang bukan seorang yang penyabar untuk tunggu dia cakap macam siput sedut terlepas dari hutan.

"Just tell her, Ad." seperti kebiasaannya, uncle David menyampuk lagi. Dari tadi uncle David asik tersenyum manis macam ada berita gembira, tapi Adrian pula muka mendung sahaja.

Adrian memandang aku. Bibirnya diketap. "Zahra, saya..."

Aku merenung lama sepasang langit gelap itu dengan dada yang menahan debaran hebat. "Apa isy?!"

Dia kenapa?

"Dah masuk islam dan berdaftar-"

Rahang aku jatuh.

"Dan-"

"Saya nak nikah dengan awak."

Kali ini tubuh aku sudah jatuh.






•••

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now