i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Seperti kebiasaannya, aku pasti akan bawa Ayden ke rumah keluarga Adrian pada hujung minggu. Meskipun anak angkat mereka yang hensem tu dah tinggalkan aku tergantung sepi, aku tidak akan putuskan hubungan dengan keluarganya.
"My grandson!"
Saat pintu terbuka, Ayden terus berlari mendapatkan grandpa nya. Sayang betul dengan grandpa dia. Mak dia, tinggal dekat luar ni seorang.
Aku menjenguk ke dalam rumah yang kian sunyi itu. Tiada hidangan istimewa di atas meja, hanya beberapa kotak KFC yang tersusun.
Punggung dilabuhkan di atas sofa. "Where's Crystal?" Soalku. Selalunya adik ipar aku itu yang paling teruja menyambut kedatangan Ayden. Katanya, Ayden seperti pengubat rindunya pada Adrian.
Semua orang kata begitu.
Normal.
Papa yang tersenyum. "Tusyen, result dia makin teruk."
Aku hanya angguk faham. Papa memang mementingkan akademi anak - anaknya. Bukan akademi sahaja, malah hampir semua benda dia mahukan kesempurnaan.
"Zahra boleh minta cerai." papa mengungkat kata. Tangannya membelai kepala Ayden.
Nafas dihela. "Ayden, pergi main mainan dulu okay?"
Seperti faham yang aku tidak mahu Ayden mendengar perbualan serius kami, papa turut mengangguk laju. "Grandpa ada beli mainan baru Ayden! Cuba tengok dekat dalam bilik Ayden."
Ayden apa lagi. Dia terus melompat teruja. "Thank you grandpa!" Tubuh grandpa dipeluknya sebelum dia berlari laju ke biliknya.
Aku dan papa berpandangan.
"Kenapa pula Zahra nak minta cerai?" Soal aku semula. Memang aku sakit hati dibiar tergantung sepi. Tapi sedih yang aku rasa tak akan mampu bahagiakan Ayden.
Dia perlukan seorang ayah. Bukan ayah tiri, tapi ayah kandungnya.
"Dah tujuh tahun, Zahra. He shouldn't left you and Ayden. You can find your happiness with another-"
"Pa." Aku memandang papa. Tubir mata sudah berair. "Zahra tak nak Ayden membesar dengan ibu tunggal. At least Zahra boleh cipta alasan yang ayah dia kerja keras di luar. Bukannya tinggalkan kami. Pasal kebahagiaan dengan lelaki lain tu..." aku menghembus nafas berat. Masihkah ada ruang di hati aku untuk mengejar cinta lelaki? "It's okay. Ayden is my happiness. Zahra nak tumpukan perhatian pada dia," tangan menyeka air mata yang jatuh di pipi.
Papa menggelengkan kepalanya lemah. "Degillah you ni Zahra. Sampai bila you nak tunjukkan yang you ni kuat depan Ayden?"
Bahu diangkat. Mata aku jatuh pada bingkai gambar yang tergantung di dinding hadapan aku.
Adrian.
"Ayden satu - satunya anak kami. Bukti cinta kami, anugerah terindah dalam hidup Zahra. Zahra cuma nak bagi yang terbaik untuk dia." Aku bersuara tegas. Kenapa semua orang asik paksa aku minta Adrian ceraikan aku? Sampai bapa Adrian sendiri mahu anaknya ceraikan aku. Nampak macam sedih sangat ke aku ni?
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...