[2]

2K 173 27
                                    

i know it from the start

that you are the breath

to my suffocating heart.








Keluhan berat dilepaskan. Cincin yang elok terletak di atas meja itu dipandang kosong. Memang aku nak sangat kahwin dan hidup macam puteri raja, disayangi dan dicintai oleh insan bergelar suami.

Tapi, entah kenapa aku sangat tak berminat untuk bernikah dengan lelaki itu. Aku mengetap bibir, lalu mata aku jatuh pada lelaki yang sedang duduk di sebelah ibunya.

Bukan tak kacak, adalah rupa. Tapi mestilah tak handsome macam semua crush aku. Dia manis, dia baik hati dan ada ilmu agama yang cukup untuk bimbing aku.

Tapi.

Hisy, Zahra! Boleh tak berhenti tapi tapi tapi.

Aku tersenyum manis lalu menolak kotak cincin itu ke tengah meja. "Maaf, makcik dan Ustaz Hadi." Nafas dihela perlahan. "Saya... m-masih belum bersedia." Jujur, ustaz Hadi bukanlah lelaki idaman yang aku mahukan.

Dia ustaz yang paling muda mengajar di maahad tahfiz walid aku. Kami hanya bersua muka beberapa kali sahaja tapi memang aku dah agak dia suka aku sebab dia selalu ambil berat hal aku. Tapi itulah... dia ustaz.

Aku pula selagi boleh, nak lari dari lelaki yang dipandang tinggi seperti dia. Ustaz Hadi dan walid, mereka dipandang tinggi. Silap sikit, mulalah banyak gossip sampai digelar penunggang agama.

Aku...

Tak suka dia.

"Zahra jangan risau, s-saya boleh tunggu sampai Zahra bersedia nak jadi isteri saya." Ustaz Hadi memandang aku sedalamnya.

Aku menoleh memandang ummi ke sisi. Membawa maksud yang aku benar - benar tidak mahu Ustaz Hadi sebagai imam hingga ke akhir hayat aku.

"Ustaz, saya yakin ramai lagi perempuan yang lebih baik dari saya. Maaf, saya... tak sukakan ustaz." Terpaksa aku kutip ayat klise nak reject orang disebabkan Ustaz Hadi yang lambat nak pick up yang aku memang tak nak akan dia!

Ustaz Hadi tersentak mendengar jawapan aku. Dia menunduk menekur lantai. "Bukan ke kita boleh bercinta selepas nikah?" Soalnya lagi dan kali ini aku terdiam.

Tangan aku menggenggam erat tangan ummi mencari kekuatan. Macam mana nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni?!

Aku mengeluh lagi. Pandangan aku dihala pada walid yang hanya mendiamkan diri dan memberi ruang untuk aku membuat keputusan. "Saya... minta maaf. Saya tolak lamaran ini."

Ibu Ustaz Hadi tersenyum pahit mendengar jawapan aku. Kotak cincin di atas meja dicapai. "Tak apa, Zahra. Makcik faham, Zahra masih perlukan ruang kan?" Bagus mak cik ni, bersangka baik HAHAHA.

Aku tersenyum manis. "Macam tu lah mak cik." Walaupun sebenarnya saya tak nak anak lelaki mak cik ni sebab nampak alim sangat.

"Atau." Ustaz Hadi mengangkat pandangannya pada aku. "Zahra ada suka lelaki lain?"

Damn.

Apa masalah ustaz Hadi ni sebenarnya? Nak makan penampar sulung aku nampaknya.

Aku memandangnya tajam. "Apa maksud ustaz ni?" Soal aku sedikit kasar. Pantang betul ada orang nak perlekehkan keputusan aku. Orang dah reject tu blah aje lah!

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now