i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Kata orang, anak itu anugerah dari Ilahi. Anak juga pengikat rumah tangga. Banyak juga rumah tangga yang dapat diselamatkan kerana adanya zuriat sebagai penyelamat. Tapi bagi aku yang masih bertatih di muka bumi ini, rasanya aku masih belum bersedia mahu hamilkan zuriat bersama Adrian.
Adrian yang sudah siap dengan hoodie itu dipandang lama. Kalau kami tunggu lambat sikit untuk dapatkan zuriat, Adrian akan lari kah?
"Berangan apa tu?" Tanpa aku sedar, dia sudah menarik kerusi di hadapanku. Sekeping roti bakar disuap ke dalam mulutnya. Di tangannya setia memegang telefon pintar.
Entah apa yang dia tengok, aku malas nak ambil peduli. Akuyakin yang Adrian akan setia terhadap aku. Cuma sekarang ini, isu zuriat benar - benar mengganggu fikiranku.
Tiada jawapan daripada isterinya, Adrian memandang aku hairan. Roti yang belum habis dimakan diletakkan kembali di atas pinggan. "Ni apahal muka tegang semacam ni? Saya nak pergi kerja pun takut,"
Takut apa? Bukannya ada lukisan hantu dekat muka aku. Hampeh punya jantan.
Aku duduk berpeluk tubuh. Wajah bersahaja Adrian dipandang. "Saya nak cakap dengan awak sikit boleh?"
Mata Adrian mengerling ke arah jam tangannya sekilas sebelum dia mengangguk laju. "Serius betul. Apa?" Sempat dia bergurau.
Gurauan Adrian tidak diendahkan. "Pasal anak,"
"Uhuk uhuk!" Adrian yang sedang meneguk air itu tersedak - sedak. Matanya yang sudah berair itu memandang aku hairan. "What?" Pelik dengan topik kali ini.
Aku tersengih. "Ya lah kita kan dah dua bulan nikah so-"
Tiba - tiba Adrian mengangkat tangan kanannya. Matanya merenungku tajam. "Are you pregnant?"
Sumpah aku rasa nak ketuk kepala Adrian sampai benjol! Suka potong percakapan aku. Lepastu main tibai teka benda yang salah!
Mata aku membulat. "Baru lagi kut agak - agaklah." Lagi pula aku memang ambil pil perancang, jadi kemungkinan besar tiada kehamilan yang akan muncul. Tapi jika dengan izin Allah mahukan zuriat untuk kami, aku tidak membantah.
Wajah Adrian mula kendur. Dia menarik nafas lega. "Baguslah, saya belum sedia nak jadi ayah." Jelasnya.
Aku tersenyum. "Itu yang saya fikirkan. Kita masih terlalu muda untuk ada anak di usia ini. Lepas tu, ekonomi kita masih belum stabil. Saya rasa masa yang lebih tepat adalah lepas awak habis belajar dan dah bekerja tetap. Lagipun, sekarang ni saya nak kerah tenaga bekerja untuk cari duit." Aku mula mengutarakan cadanganku terlebih dahulu.
Melihat Adrian yang masih diam dan tekun mendengar, aku mula menyambung penjelasan aku.
"Nanti bila kita dah stabil, barulah okay kan?" Soal aku meminta pendapat Adrian. Mana tahu sebenarnya dia mahukan zuriat.
Adrian memandang aku. "Awak ambil pil perancang ke?"
Aku mengangguk laju.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...