[26]

1K 101 24
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart

•••


"Awak tu tak handsome pakai baju kuning!"

"Why?"

"Kemeja hitam dengan jeans! Titik!" Aku berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Kalau Adrian bantah keputusan aku lagi, sumpah aku peluk dia sampai esok pagi! Biar patah riuk pinggang dia!

Adrian menjeling aku tajam. Kemeja kuning yang dia pegang diletakkan kembali ke dalam almari. Pening dengan bini sendiri. Hari itu jangan hensem sangat, hari ni kena hensem pulak.

Kemeja hitam yang di tangan aku dicapainya. "Nak pergi reunion sekolah awak macam nak pergi party!" Selorohnya geram.

Aku tergelak kecil lalu hanya memandang kosong Adrian yang sudah masuk ke dalam bilik air itu.

"Saya tunggu dekat living room okay!" Jeritku seraya tangan mencapai beg tangan.

"Okay!"

Aku keluar dari bilik tidurku. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Malam ini maahad tahfiz tempat aku belajar ada mengadakan makan malam buat kesemua alumni batch aku. Itu cadangan walid, pengasas maahad itu.

Jadi, aku mahu Adrian nampak serba serbi lengkap. Kenapa?

Aku nak tunjuk yang aku mampu dapatkan lelaki yang aku idamkan, lelaki yang boleh menjaga aku seadanya. Dulu, semua kawan sekolah aku akan pandang rendah pada aku kerana bagi mereka, aku hanya tahu berangan dan akhirnya membujang sampai ke tua sebab terlalu berangan.

Tapi sekarang, aku sudah ada Adrian yang sangat lengkap di dalam hidupku.




•••



Tangan Adrian digenggam erat. Rasa takut dan gementar bercampur baur. Tahu aje lah mulut diorang yang macam longkang tak tertutup tu. Ergh.

Kamk berjalan beriringan masuk ke dalam dewan hotel. Masuk sahaja, aku sudah mendapat perhatian hampir seluruh dewan.

"Wah, budak hot dah sampai!"

"Tu mamat mana tu?"

"Tak adalah labuh mana pun tudung dia, kan?"

Makin erat aku menggenggam tangan Adrian. Hati aku bagai dikoyak - koyakkan kerana pandangan aneh mereka.

Sedar dengan keadaan sekeliling yang agak tegang itu, Adrian meleraikan genggaman tangannya. Lalu tangannya naik merangkul pinggang aku. "You are a queen, Zahra. I'll make sure they will bow to you," bisik Adrian di telingaku. Bibirnya mengukir senyuman manis.

Kata - kata Adrian berjaya membuatku badan aku tegak berjalan. Wajah aku memandang ke hadapan dengan pandangan tajam. Aku ratu, aku tidak akan pedulikan mereka. Mereka yang pedulikan aku.

Kami berhenti pada sebuah meja bulat yang sudah diduduki beberapa orang rakan perempuanku. Mereka seperti terkejut apabila aku dan Adrian mengambil tempat di meja ini. Mana tak terkejut kalau aku nak duduk meja biasa dengan diorang. Maklumlah, aku boleh duduk meja VVIP kalau aku nak. Tapi aku tidak mahu sebab aku nak mereka lihat apa yang akan aku persembahkan.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now