[32]

971 100 6
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart


•••




Kepala yang terasa pening itu dipicit - picit perlahan. Entah kenapa aku rasa kurang sihat sejak dua menjak ini. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan kehilangan Adrian selama hampir sebulan ini, aku kerap jatuh sakit. Haid pun selalu tidak teratur.

Haid?

Minda aku terus memproses sesuatu. Tidak mungkinlah kan? Tapi hakikatnya, bulan ini aku tidak datang haid. Terlalu stress mungkin?

Atau.

Tangan aku jatuh pada perut aku yang masih rata itu. Jantung aku berdebar- debar. Ataupun ada anak mama di dalam rahim ini, sayang?

Aku terus bangun dari buaian. Sudah dua jam aku termenung sambil fikir ke mana suami aku. Sebulan ini, jasad Adrian langsung tidak diketemukan. Jadi, aku hanya berharap Adrian pulang sahaja. Kerana aku sudah tidak tahan menanggung rindu yang menggunung ini.

Jiwa aku seakan kosong sekosongnya. Aku tidak kerja, tidak ke mana - mana. Ada kalanya aku ke kelas piano Adrian dan meminta Whilly memainkan beberapa lagu, tapi malangnya rindu aku pada si dia masih tidak mampu hilang.

Apa yang lagi sakit dari kematian?

Apabila aku bangun dari tidur, namun dia masih tiada di sisiku dan saat aku rindu, aku tidak boleh lakukan apa - apa selain menangis sedih.

"Zahra nak pergi mana?" Soal ummi sebaik sahaja aku mencapai tudung sarung.

Aku terdiam. Sepasang mata redup aku memandang ummi dengan pandangan sayu. "Nak beli..." air liur ditelan. "Pregnancy test."

Ummi tersentak. Matanya jatuh pada kawasan perut aku. "Ummi suruh walid belikan nanti. Zahra rehat,"


•••




Tangan aku mengusap perlahan perut aku yang masih rata. Bibir mengukir senyuman pahit. Bukankah sepatutnya aku gembira bersama Adrian? Meraikan anugerah pertama bukti cinta kami?

Anak, kenapa kau hadir di saat begini?

Keluhan berat aku lepaskan. Air mata jatuh menyentuh pipi. "Adrian... saya mengandungkan anak kita.... saya... saya...."

Tidak mampu. Hanya esakan kecil yang keluar bagi meluahkan betapa rapuhnya hati aku. Tidak pernah sekalipun aku terlupa untuk berdoa pada Tuhan supaya kembalikan Adrian aku.

Tidak pernah.

"Zahra sayang," ummi menapak mendekati aku yang sedang duduk di atas buaian di balkoni. Dia duduk di sebelah aku.

Aku tersenyum segaris. "Ummi, mesti best kan kalau Adrian ada dekat sini? Mesti... dia happy sangat." sebagaimana bahagianya aku saat ini.

Seperti faham dengan perasaan aku, ummi mengusap lembut belakang badan aku. "Insha Allah, Adrian dapay lihat anaknya suatu hari nanti. Kita jangan putus doa ya?" Bisik ummi sayu.

"Kenapa anak ni hadir saat ini, ummi?" Saat aku terlalu berduka dan tidak pentingkan hidup aku, kenapa Tuhan kirimkan anak ini?

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now