[31]

995 100 13
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart

•••


Dari jauh aku sudah nampak ada ramai manusia berebut - rebut melihat senarai nama penumpang di dalam pesawat yang terhempas itu. Di bahagian itu, aku dapat lihat ramai yang meronta - ronta, ada juga yang terduduk meratap.

Saat ini, jiwa aku bagai direntap kasar. Aku cuba melebarkan lagi senyuman supaya ummi dan walid tidak risau akan keadaan aku. Meskipun hakikatnya, aku seakan hilang diri aku sendiri.

Ya, seketul Aminah Zahra yang yakin takdir akan menyebelahi dirinya itu terbang bersama Adrian yang hilang tanpa khabar.

Macam mana kalau betullah Adrian ada di dalam pesawat itu?

Allahu.

Semakin dekat kaki aku dengan tempat yang sesak itu, semakin laju jantung aku mengepam. Aku pandang walid. "Ramainya."

Walid mengangguk setuju. Matanya memandang jengkel mereka yang bergelut mahu melihat senarai nama itu. "Sekejap."

"Walid!"

Aku berlari mendapatkan seorang staff lapangan terbang yang memegang senarai nama. Belum sempat dia menghampiri tempat yang berkumpul tadi, aku sudah berdiri tegak di hadapannya.

"Sorry, boleh saya check nama penumpang?"

Staff perempuan yang lengkap berkemeja itu mengangguk laju. Mungkin dia faham betapa kalutnya keadaan sekarang. "Apa nama penumpang ya?"

"Muhammad Adrian Chong," hati aku sebak apabila nama itu meluncur di bibirku.

Bahu aku dipeluk walid, menyalurkan kekuatan buat puterinya.

"Errr." Mata gadis itu meliar di atas kertas, mencari nama yang aku maksudkan tadi. Tidak jumpa di helaian pertama, dia menyelak helaian seterusnya dan serentak itu aku mengeluh lega. Tiada, Adrian bukan penumpang pesawat ini...

"Muhammad Adrian Chong Bin..." matanya terhenti pada wajahku. Pandangan penuh serba salah. Bibirnya diketap.

Aku tahu.

Aku tahu maksud pandangan itu. Tapi hati aku masih tidak dapat menerima hakikat itu. "Salah orang kut dik," fail di tangannya aku rampas kasar.

Mata mencari nama yang aku sudah mencuri hati aku.

Muhammad Adam.

Munirah Adlin.

...

"Ya Allah!" Fail itu jatuh menyentuh lantai. Lutut aku terus longgar. Mujur walid sempat menahan belakang tubuh aku. Tapi aku... lebih rela mati dari menerima kenyataan yang menyakitkan ini.

Air mata yang aku tahan dari aku celikkan mata pagi tadi akhirnya jatuh menyentuh pipi. Di tengah - tengah lapangan ini, aku sedang melutut memikirkan ke mana Adrian aku.

Adrian sayang.

"Sabar nak, sabar...." entah apa yang walid bisikkan pada telinga aku, satu pun tidak dapat aku hadam.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now