i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart.•••
"Zahra, hantarkan kek ni ke rumah Uncle David."
Bibir aku mula mengukir senyuman lebar. Kek batik yang sudah ummi masukkan ke dalam bekas dipandang. "Zahra bersiap sekejap ya ummi?"
Ummi mengangguk sahaja. Bukan tak perasan mata ummi memandang aku hairan sampai aku menghilang ke dalam bilik. Mana tak pelik, selama ni sampai bergaduh bila ummi minta beli barang ke hantarkan makanan kat jiran ke. Aku bukan apa, malas je. Dengan nak kena sarung stokin lagi, handsock lagi.
Walid tu bukannya boleh nampak aku pakai sebarangan. Mulalah dia buka kuliah Maghrib.
Selesai bersiap, aku kembali ke dapur. Bekas berisi kek batik dicapai. "Zahra pergi dulu ummi." ujar aku dengan senyuman yang melebar.
Ummi yang tengah memasak hanya mengangguk laju. "Elok - elok!" Pesanan mak - mak walaupun aku cuma nak pergi rumah jiran depan aje pun.
Selipar disarung dan aku terus ke rumah depan. Tangan sibuk membetulkan tudung. Walaupun pakai tudung sarung macam makcik jual kuih, tetap kena nampak lawa! Okay, Zahra go!
Pintu diketuk dengan dua ketukan. Nak bagi salam bukan rumah islam hurm.
Baru nak ketuk buat kali kedua, pintu sudah dibuka dari dalam. Mata aku bertembung dengan wajah cina Uncle David. Iya, uncle David je buka pintu. Bukannya prince of piano aku.
"Eh, Zahra!"
Kalau korang nak tahu, aku memang popular dekat blok ni. Sebabnya, setiap kali aku mandi mesti aku buat konsert. Sampai pernah sekali tu, uncle David tanya siapa yang selalu nyanyi dekat walid sebab dia kata suara tu sedap sangat.
Bangga tahu tak?
Aku tersengih. Bekas berisi kek batik dihulur. "Hye uncle! Ni haa, mak Zahra ada buat kek batik."
Unlce David tersenyum menampakkan giginya. Tangan dia mencapai bekas di tangan aku. "Wah, mesti sedap ni,"
"Of course, Zahra pun ada tolong tau?" Selamba aku masuk bakul angkat sendiri. Maklumlah, aku bukannya reti malu. Dengan uncle David ni aku buat macam member je.
Tergelak uncle David mendengar kata aku. Dia mengangguk setuju. "Boleh la uncle minta resipi dekat Zahra maaa." usiknya.
Aku tersengih. "Boleh, mesti Uncle Tiao meleleh air liur kesedapan punya!" Uncle Tiao tu pula partner Uncle David. Senang cerita, mereka ni pasangan gay. Mula - mula aku rasa awkward juga dengan diorang, tapi bila fikir balik tak baik pandang serong dekat orang.
Lagipun mereka berdua jiran yang sangat baik. Termasuklah anak lelaki angkat diorang yang sangat aku gilakan itu.
Mata aku mengintai ke dalam rumah, "Uncle, Adrian tak ada ke?" Soal aku selamba. Alahai, walaupun uncle David ni strict tapi tak akan dia larang Adrian dan aku berkawan rapat, kan?
Uncle David mengerutkan dahinya. "Kamu berkawan ke?"
"Eh iyalah!" Selamba badak aku aje. Sejak bila entah Adrian ada cakap dia nak kawan dengan aku. Tak ada kan?
"Adrian keluar dengan Uncle Tiao. Lambat lagi nak balik."
Aku mengangguk faham. Tetiba sel otak aku mula berhubung. Senyuman melebar pada Uncle David.
"Uncle, nak number Adrian!"Eh, selamba badak kau je Zahra!
Nasib baik uncle David tak tanya lebih. Dia terus ambil kertas dan pen. Nombor Adrian ditulis.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...