i knew if from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Bunyi riuh rendah di dalam rumah ini aku buat tidak peduli. Biasalah kalau hampir satu keluarga besar pulang ke kampung, mana tak riuhnya? Campur pula dengan jiran tetangga yang rajin nak menolong persiapan pernikahan Kak Ju, anak Mak Long nanti.
Campur semua orang duk gossip pasal suami aku yang tiba - tiba muncul. Memang riuh sekampung.
"Sayang, macam mana nak main ni?"
Aku tergelak kecil melihat muka blur Adrian apabila dia memandang congkak yang terletak elok di atas meja. "Lahir kat Malaysia, tak akan main congkak pun tak reti?"
Adrian buat muka bengang. "Saya nak main dengan siapa? Crystal?" Mana taknya adik dia baru enam tahun. Secara hakikatnya, Adrian kurang ilmu pengetahuan tentang dunia luar sebab dia tiada kawan selain Whilly dan Victor.
Tapi mereka semua lelaki. Dah kenapa Whilly dan Victor nak ajar dia main congkak pula kan?
"Nak main? Mari saya ajar." Aku meletakkan buah guli ke dalam setiap lubang. Kesemua lubang mempunyai tujuh biji guli.
"Semua kena letak tujuh guli je eh?" Dia menongkat dagu memandang congkak. Khusyuk melihat setiap biji guli yang aku masukkan ke dalam lubang congkak.
Aku mengangguk laju. "Haah, tujuh je."
Adrian pula angguk faham. "Tapi kenapa lubang besar ni-"
"Oh yang ini?" Jari aku menuding lubang besar di sebelah kanan dan kiri congkak. Aku memandang Adrian untuk mendapatkan kepastian lubang ini yang dia maksudkan.
Belum sempat Adrian menjawab, kerusi di sebelahnya sudah ditarik. "Hey Adrian! If you want to play this, just- erk... apa tu tanya dalam bahasa melayu?"
Pang!
Tangan aku sudah menghempas meja geram. Mata tajam memandang si gadis yang sibuk menyendeng dekat suami aku. "Rozi! Kau tak payah nak speaking sangatlah! Laki aku bukannya asal Australia!" Jerkah aku.
Rozi mencebik geram. Dia memeluk tubuh. "Eleh, kau bukannya lawa mana pun."
Ini yang buat aku berasap ni. Sebelum aku hempuk minah ni kang-
Ish!
"Kau jangan nak menggatal eh Rozi! Aku tahulah semua benda kau cemburu dengan aku, tapi tak akanlah suami aku pun nak rembat!" Sembur aku sinis. Mata tajam merenung Rozi tidak mahu lepas.
Kalau boleh aku nak siat - siat je muka dia tu. Dahlah make up tebal nak mampus!
Adrian yang perasan akan kedinginan hubungan aku dan Rozi, cepat - cepat bangun dari situ. Lengan aku ditarik. "Jangan macam ni, sayang." Bisiknya di telinga aku.
Aku mencebik. "Minah ni yang-"
Tanpa diduga, tubuh aku terus ditarik ke dalam dakapannya. Kepala aku yang berbalut tudung diusap lembut. "Boleh pun diam." usiknya. Sengaja dia buat macam itu sebab tahu, kalau macam ni jantung dah gugur. Mana nak cari gaduh dah!
Aku tersengih. "Sorry, Zahra tak behave."
Pelukan dilepaskan. Aku tersenyum sinis pada Rozi yang sudah berapi di sebelah sana. "You know it, Rozi. Aku akan menang."
Pantas tangan Adrian ditarik supaya beredar secepat mungkin dari situ. Lama - lama sedut udara bersama manusia bernama Rozi ni boleh pengsan aku.
Hati busuk!
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...