i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
"Awak ni kalau tak pengsan tak boleh ke?"
Aku menjuih bibir. Apa ni tak sweet langsung. Isteri baru bangun pengsan, bukan nak tanya okay ke tak, kenapa pengsan, saya yang salah sebab buat awak cair sangat ke? Ya itu dia soalan yang sepatutnya!
Adrian berpeluk tubuh. "Asik nak pengsan je," kutuk Adrian tidak puas hati. Eleh, padahal dia sakit hati sebab rancangan nak porpose aku terhenti setengah jalan sebab aku pengsan macam nangka busuk.
"Awak tu suara sedap sangat apahal?" Giliran aku pula salahkan Adrian. Bibir mencebik geram. Walaupun sebenarnya aku tak faham apasal kitorang bergaduh tapi aku kena puji jugak ni. Aduh pening!
Membulat mata Adrian mendengar balasan isterinya. "Nama pun nyanyi!" balasnya geram. Nyanyi suara sedap pun jadi masalah besar, pengsan lah macam ni.
"Tapi janganlah sampai saya cair!" mata aku tajam memandang wajah tegang Adrian. Eh dia tak nak mengaku dia yang salah pulak!
"Eleh awak yang lemah-"
"Eh kamu berdua ni, macam budak tadika tahu tak? Hal kecil pun nak buat gaduh. Ni depan ummi tau kalau dekat rumah sana tu?" ummi yang di birai katil mula bersuara apabila suasana menjadi semakin kucar - kacir. Makin dibiar anak menantunya makin mengarut dua orang ni. Pasrah!
Aku pandang Adrian.
Adrian pandang aku.
Kemudian, kami sama - sama menjeling tajam. Geram dengan pasangan sendiri yang sentiasa mencairkan aku tapi tak mahu mengaku.
"Ad yang salah, kena la minta maaf dekat Zahra," aku pandang ummi dengan muncung sedepa. Kalau sesiapa rajin dah boleh ikat reben.
Makin pening kepala ummi jadinya. Dia menggelengkan kepalanya. "Dua dua salah ummi tengok."
Mata aku membulat dengan balasan ummi. "Adrian yang salah! Dia buat Zahra cair sampai pengsan!" Kataku lagi tidak mahu kalah.
Adrian mencebik. "Awak yang lemah iman."
"Dah awak buat lemah jantung!"
Tanpa menghiraukan kami berdua ummi terus keluar dari bilik aku. Lama - lama layan pasangan comel ni boleh pitam.
Sebaik sahaja ummi keluar dari bilik itu, aku terus menyuruh Adrian mendekat. "Ad, kenapa saya pengsan?" Soalku separuh berbisik takut didengari oleh sesiapa.
Adrian mengerutkan dahinya. "Sebab awak lembik lah takkan-"
"Hisy! Saya tanya sebab saya belum datang period lagi la!" Balas aku geram. Dia ni tak habis lagi topik aku-lembik-dia-cairkan. Tolonglah, aku nak pitam tengok muka dia.
Wajah Adrian berubah terkejut. Dia menggaru kepala. "Saya tak panggil doctor sebab rasa macam awak okay je," dia dah kalut.
"Tak payah panggil doctor. Beli pregnancy test je," arah ku padanya dengan tenang padahal dalam hati dah macam katak melompat - lompat.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...