i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart.•••
Elok tersarung tudung, aku mencapai telefon di sisi katil. Jari laju menaip sesuatu dan dihantar ke seseorang.
"Kau jangan macam - macam kak," suara Zahirah yang baru selesai mandi mengejutkan aku.
Aku memandangnya bingung. "Apa?" Soal aku buat buat tidak faham. Padahal, aku faham sangat apa yang dia cuba maksudkan. Tangan selamba menyembur minyak wangi ke badan.
"Akak, aku tak bodoh lagi tau? Adik tahulah akak sebenarnya betul - betul sukakan Adrian tu kan?" Sembur Zahirah tidak puas hati. Dia terus duduk di birai katil. Matanya memandang aku tajam.
Bibir aku mengukir senyuman nipis. "Aku sukakan dia sebagai crush je, Irah. Tak lebih." Jawab aku tenang. Tapi entah kenapa, kali ini aku tak yakin dengan diri sendiri.
Zahirah tersenyum sinis. "Kalau dia masuk islam kau nak kahwin tak dengan dia?"
Aku terdiam. Soalan Zahirah dibiar berlalu dibawa pergi. Hati aku pula meronta memberi jawapan. Ya ya dan ya! Itulah jawapan yang hati aku jeritkan dari tadi.
"Akak memang sukakan dia." Bisik Zahirah perlahan. Dia risau, aku tahu. Dia risau bila aku dah mula jatuh hati pada Adrian. Sebab secara jujurnya, aku pun risau kalau aku dah jatuh pada lelaki itu.
Keluhan berat dilepaskan. "Tak, Zahirah." Aku bersuara tegas.
"Tapi yang menghalang hati akak sekarang ni cuma kepercayaan agama korang. Kan?" Zahirah menembak lagi. Bukan dia tak kenal kakak dia sendiri. Jarak kitorang beza dua tahun sahaja. Semua masalah aku kongsi bersama. Tambahan pula isu hati dan perasaan. Yang menjadi pendengad setia mestilah Zahirah sendiri.
Aku menggeleng laju. "Aku akan cuba elakkan jatuh cinta dekat dia." Kata aku cuba menenangkan hati sendiri yang sudah jauh dari dakapan sendiri.
Tangan Zahirah mencapai tangan aku. Dia mengukir segaris senyuman. "Akak sanggup lalui semuanya demi dia?"
Aku tersenyum. Nafas dihela perlahan. "Only if I got the love I've searching for."
Senyuman kami bersatu. Zahirah faham apa yang aku rasa. Aku juga faham apa yang aku sering rasakan. Dibesarkan di dalam keluarga ini, cinta itu jauh sekali dari dakapan.
Walid sibuk dengan madrasah, jauh sekali perhatian diberi. Masa kami dididik dan diisi dengan benda yang berfaedah. Nak bercuti , bergelak tawa sambil tengok drama?
Alamatnya kena penampar walid dulu lagaknya. Kami hanya dua orang gadis. Saling memahami betapa kami mendambakan cinta lelaki yang jauh dari igauan.
Zahirah menepuk perlahan bahu aku. "Don't ever fall too deep, kakak."
Aku menunduk sambil menggigit bibir. Aku tahu sambungannya.
"Or you might hurt too deep." Bisiknya perlahan di telinga aku sebelum bibirnya mengukir senyuman manis. "Enjoy your time with him."
Aku senyum.
Terima kasih, Ya Allah. Kurniakan adik sebaik dia untuk aku.
•••
Air yang dihulur Adrian disambut aku. Bibir dari tadi tidak berhenti mengukir senyuman. Adrian lah ni, handsome sangat sampai bibir aku tak boleh berhenti senyum.
"Kita kena balik sebelum enam petang, nanti daddy saya marah." Adrian bersuara. Dia mengambil tempat di sisi aku. Tapi dia tetap ciptakan jarak di antara kami berdua. Tak jauh, yang pasti tak dekat jugak.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...