[34]

1K 97 20
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart




•••




"Zahra, Adrian dah sedar!"

Laungan kuat dari Zaid itu benar - benar menyentakkan aku. Televisyen yang terpasang dipandang kosong.

Adrian.

Sudah.

Sedar!

"Ya Allah! Alhamdulillah!" Ummi menadah tangan penuh syukur manakala walid di sisinya sudah tersenyum manis.

Adrian, lelaki yang melamar bapa mertua sebelum lamar anaknya. Siapa je tak sayang menantu macam tu? Tapi kalau dia tak hensem, tak hairan lah!

Aku terus berlari anak ke dalam bilik. Tudung bawal bulat yang tersangkut di belakang pintu dicapai. Lalu aku hanya colet sedikit lipstik bewarna merah jambu pada bibir aku.

Adrian cakap, "you look sexy with pink."

Dia cakap, bukannya aku yang puji diri sendiri. Meskipun aku tahu, aku memang cantik dengan semua warna! Kerana aku memang cantik.

Aku mengenakan seluar palazo bewarna merah terang dan blaus merah. Dan ya, aku nampak terlalu menawan dengan tudung bawal merah jambu ini.

Oh, mungkin aku patut berhenti puji diri sendiri kerana nanti-

-Adrian akan cairkan aku!

Yakin yang aku memang benar - benar cantik dan menakjubkan bagi tatapan pertama Adrian setelah dia sedar, aku terus melangkah keluar dari bilik.

"So, siapa yang nak hantar Zahra?" Soal aku pada ummi, walid, Zaid dan Zahirah.

Mereka saling berbalas pandang.

"Abang temankan Zahra okay?" walid pula mencadangkan. Dia memandang aku, penuh mengharap.

Disebabkan hubungan aku dan Zaid sudah kembali seperti adik dan abang, meskipun kami agak kekok. Tapi aku langsung tidak peduli. "Boleh, abang nak temankan Zahra tak?" Pandangan aku halakan pada Zaid yang tengah pandang walid tidak puas hati.

Tak habis - habis buruk sangka dengan aku. Memanglah aku tak cakap yang aku dah maafkan dia, tapi ya.

Aku dah maafkan dia.

"Hurm, okay." Zaid yang terpaku beberapa saat kembali menumpukan perhatian pada aku. Dia mengangguk kecil.

"Jom."




•••



Nafas ditarik sedalaam - dalamnya. Alahai, macam baru bercinta pula. Nak jumpa pun berdebar bagai.

Aku genggam tangan di sisi mencari kekuatan. Mata memandang lama pintu wad yang tertutup di hadapan aku.

"Masuklah, mesti Adrian asik tanya pasal Zahra." Zaid bersuara apabila terlalu lama melihat aku berdiri di depan pintu wad itu.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now