i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Tidur aku rasa terganggu apabila bahagian rahim aku terasa berdenyut - denyut. Dari mengiring ke kiri, aku baring menelintang pula.
Apabila sakit itu masih tidak hilang, aku pusing menghadap Adrian yang tidur nyenyak itu. Nafas aku turun naik kerana sakit ini.
Kenapa macam-
"Argh," aku menyeringai kesakitan apabila bawah perut aku terasa senak. Tangan menolak - nolak bahu Adrian supaya dia bangun.
Tapi hampa, Adrian tidur mati!
"Adrian bangunlah!" Pap!
Aku menampar pipinya. Sudahlah aku sakit ni, boleh pula dia tidur mati. Nanti kalau terberanak atas katil ni macam mana? Huisy minta simpang!
Mata Adrian terus terbeliak akibat tamparan pedih isterinya. Dia memandang aku bingung. "Apasal kejut orang tengah malam ni? Dah lah lempang sakit-"
"Saya lagi sakit lah!" Jerit aku sambil menahan kesakitan yang semakin menjadi - jadi. Tangan mencengkam bahu Adrian. Sakitnya tak terkata. Masa ni jugaklah anak nak berpusing - pusing dalam perut. Esok je kau gerak tak boleh ke? Ibu nak tidur ni anakku.
Adrian terlopong. Dia terus bangun menyarung tshirt. Nanti kalut sangat pergi hospital tak berbaju pula. Kemudian, tubuh aku terus dicepungnya.
"Ya Allah, beratnya awak ni!"
"Diamlah!"
Laju tangan aku menampar bahunya.
Sampai di kereta, Adrian terus meletakkan aku di seat sebelahnya. Sepanjang perjalanan, aku hanya beristighfar panjang dan Adrian pula dah bawa kereta macam nak lumba F1. Kang tak sempat beranak, dah mati dulu.
•••
Dahi yang berpeluh - peluh itu diseka. Hilang semua rasa kepenatan dan sakit melahirkan apabila melihat wajah si kecil di dalam dakapan ini.
Wajahnya tidak tumpah seperti wajah Adrian, malah matanya turut seperti bapanya. Biru gelap.
Ayden.
Anak ibu.
Teringatkan Adrian, air mata aku jatuh lagi. Dia tidak menemani aku melahirkan Ayden. Aku fikir dia tidak mahu teman, tapi rupanya...
... Adrian sudah tinggalkan aku bersama Ayden terkontang kanting di sini. Hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati aku apabila Adrian pergi tinggalkan aku.
Tiada kata - kata yang dapat aku zahirkan. Yang keluar hanyalah air mata sedih ditinggalkan suami. Setelah apa yang aku usahakan untuk menambat hatinya, ini yang aku dapat?
"Abang minta maaf, abang tak tahu dia pergi mana. Abang nak tanya tapi dia-"
"Tak apalah abang. Dia nak pergi, biarkan dia pergi." Bibir aku tersenyum kelat. Buat apa lagi aku pertahankan seseorang yang langsung tidak memikirkan perasaan aku?
Surat di tepi katil itu dijeling sekilas. Adrian fikir sekeping surat yang dia tulis itu dapat lenyapkan sakit hati yang aku rasakan?
Tak.
Hatinya sakit ditinggalkan, perit memikirkan masa depan Ayden yang bakal membesar tanpa bapa disisinya.
"Kalau Zahra nak abang carikan Adrian, abang boleh carikan." Zaid bersuara lagi. Sedih juga dia melihat adik perempuannya itu ditinggalkan oleh suami sendiri selepas melahirkan anak pertama mereka.
Sengaja Zaid tidak pulang bersama ummi dan walidnya kerana setakat ini hanya dia dan aku yang tahu Adrian pergi tinggalkan aku.
Aku tersenyum sinis. "Dia nak pergi, nak cari buat apa lagi?" Balas aku senada. Buat pertama kalinya, seorang Zahra sudah putus asa untuk mengejar cinta.
Biarlah ke mana sekalipun Adrian ingin pergi. Asalkan dia bahagia. Ayden yang sudah tidur lena di dalam dakapan itu diletakkan di dalam katil kecil di tepi.
Tangan aku mencapai surat yang diberi oleh Adrian.
buat permaisuri hati saya,
maaf sbb dah lukakan hati awak. tinggalkan awak tanpa khabar berita. zahra, jujurnya saya mmg dah cintakan awak. betul kata papa, saya mmg lupa siapa awak. tapi hati saya tak pernah luput mencintai seorang aminah zahra. awak anugerah terindah dalam hidup saya. keyakinan awak, kesungguhan awak. tak akan dapat diganti.
hari demi hari saya selesa dgn awak. awaklah permaisuri, teman bergaduh, kawan dan kekasih. layanan awak—
sentiasa menenangkan saya. tapi saya hanya seorang adrian yang lupa semuanya.
saya lupakan tuhan saya. saya tak ingat satu pun tntang tuhan saya dan awak. untuk terima agama awak bukan benda yg mudah. mcm mana awak tak dpt paksa semua bukan islam di luar— mcm tu juga saya.
berbulan dgn awak. mencintai dan dicintai. tapi apakan daya, saya tak nak awak terus dgn saya. saya tak layak jadi suami awak.
tak dapat imamkan solat awak. tak dapat ke syurga bersama awak. saya tak sanggup.
izinkan saya pergi. jagakan anak kita ya, sayang? saya syg awak. sangat2. awak didiklah dia seperti mana yg awak nak. saya percaya awak akan jadi ibu yg baik utk anak kita.
kalau awak nak kita berpisah, awak boleh whatsapp saya.yg mencinta,
your dark sky.Surat itu digenggam erat dan dibawa ke dalam pelukan. Esakan aku semakin menggila.
"Zahra..." Zaid mula menapak mendekati. Risau keadaan aku lebih teruk. Wanita yang baru bersalin tidak elok bersedih, kerana mereka akan cenderung ke kemurungan.
Air mata diseka. Aku menghulurkan surat itu pada Zaid. "Buangkan."
Zaid terkedu. Dia memandang surat yang aku hulurkan itu. "Tapi ini..."
"Buang!" Jerkah aku pula.
Akur dengan arahan adiknya, Zaid terpaksa menyambut huluran itu. Dia terus menapak keluar.
Aku tersenyum sinis. Untuk apa aku pertahankan sesuatu yang kian meruntuh? Dia nak pergi? Pergilah. Jangan bermimpi untuk kembali.
••••
kelas sis banyak nak mati jadi sis update sikit2 je dulu agaga.
doakan saya mmuaaaah
•••
:)
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...