i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Tangannya menggenggam telefon bimbit itu erat. Entah kenapa, dia keresahan daripada tadi. Sangat resah, macam ada benda yang tak kena sahaja.
Whilly yang melihat kekusutan Adrian itu datang mendekat. "Bro, why?" Soalnya serius. Jujurnya, dia pun rasa tidak sedap hati.
Adrian mengeluh berat. Wajahnya diraup kasar. "Zahra."
"Itulah, lama betul Vic ambil dia." Dia pula mengeluarkan pendapat. Entah kenapa Whilly dapat rasakan ada benda yang tak kena. Tapi mungkin macam-
-kereta Victor rosak terpaksa berhenti tepi jalan ke, Zahra tiba - tiba pengsan ke, atau mungkin Victor nak membuang di saat akhir? Erk, okay Whilly. Serius!
Adrian mengangguk setuju. Nasib baik Whilly juga fikirkan apa yang dia rasa. Tiba - tiba telefon di tangannya berdering minta diangkat. Bibir Adrian menarik senyuman lega.
"Zahra call." katanya pada Whilly lalu jari laju menjawab.
Tapi suara di hujung sana tidak kedengaran langsung. "Zahra!" Jeritnya. Adrian bangun dari duduknya. Dia bangun ke balkoni restoran yang mereka tempah untuk meraikan Zahra itu. Telefonnya diketuk berkali - kali.
Pelik ni, Zahra call. Tapi Zahra tak dengar?
Volume telefon dikuatkan semaksima mungkin. Telefon dilekapkan di telinga.
"Let me go! You bastard!"
Itu dia yang dia dengar daripada hujung talian sana. Adrian menelan air liurnya berat. Okay sekarang ni nak buat apa? Dia tarik nafas panjang. Yang dia pasti, Zahra dalam kesusahan meskipun dia langsung tak tahu apa yang terjadi.
Langkah dibawa keluar restoran. Panggilan Whilly diabaikan. Masuk dalam kereta, dia terus memasang loud speaker, lalu laju tangannya mencari location terkini Zahra.
Mula - mula location Zahra satu tempat tidak bergerak, namun perlahan - lahan lokasi perempuan itu bergerak. Di-
-jalan lama?
Apa dia buat dekat situ?
Nombor Victor didail berkali - kali, tapi tiada satu pun yang terjawab. Sampai di lokasi yang ditunjukkan, Adrian sudah mengerutkan dahi. Dekat tempat gelap dalam hujan macam ni, Zahra buat apa dekat sini?
Tak sampai satu meter, dia dah nampak kereta Victor yang berhenti di tepi. Tapi bila keretanya diparking belakang kereta Victor, lelaki itu terus memandu meninggalkannya.
Shit.
Adrian tahu ada kena mengena dengan Victor. Payung dikeluarkan. Di dalam hujan yang kian melebat, dia berjalan tanpa arah mencari seorang gadis.
"Zahra, mana awak?!"
"Zahra!"
"Aku... nak mati,"
jantung terhenti melihat tubuh seorang perempuan terbaring di tengah - tengah jalan sambil merintih. Tapi perempuan itu tidak bertudung?
"Zahra," tubuh perempuan itu dipalingkan dan sekali lagi, Adrian terkedu. "What are you doing?"
Dan malam itu, langit gelap ini yang melihat betapa lemahnya seorang Aminah Zahra. Malam itu, seorang Aminah Zahra tidak berhenti meminta kematian untuknya.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...