i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart.•••
Dua bulan.
Persahabatan yang kononnya aku mahu bina bersama prince of piano itu dibiar tergantung tidak bertali. Dua bulan, aku hanya biarkan bila Adrian cuba telefon. Dua bulan itu juga, aku langsung tak keluar rumah. Pergi kedai beli barang apatah lagi.
Kalau boleh, aku tak nak. Aku tak nak terserempak sekalipun dengan lelaki tu. Sebab setiap kali aku jumpa dia, mesti aku tak dapat kawal diri aku.
Hati aku betul - betul mahukan dia.
Jadi dua bulan ini, aku cuba. Cari sinar baru di dalam hidup aku. Aktiviti aku macam biasa, scroll ig usha mamat - mamat hensem yang dah sah jadi crush. Masalahnya, minda aku ni. Tak boleh ke berhenti fikirkan dia?
Yang mamat tu pun satu jugak! Masa aku nak lari dari dia juga lah dia kerap main piano! Hisy!!!!
"Ummi, Zahra nak pergi jogging ni. Ummi nak pesan apa - apa ke?"
Ummi yang tengah tengok drama memandang aku hairan, "eh tahu pulak kamu keluar. Ingatkan nak makan tidur makan tidur je." Sindir ummi. Memang dah berbuih mulut dia suruh aku keluar cari kerja ke, bersenam ataupun sedut udara sedar. Tapi disebabkan nak mengelak punya pasal, sanggup aku berkurung dalam rumah macam orang gila.
Aku menjuihkan bibir mendengar sindiran ummi. "Yelah esok kan nak ambik result, nanti kawan Ara ingat Ara beruk pulak." Berat pun dah naik berapa kg ni. Huhuhu.
Tiada balasan dari ummi, jadi aku terus keluar dari rumah. Earphone disumbat ke dalam telinga. Baru feeling masa jogging.
Mata aku jatuh pada pintu rumah depan yang tertutup rapat itu. Bibir mengukir senyuman pahit.
Insha Allah, perasaan ini dapat dibuang. Aku hanya perlu sabar sahaja.
Tanpa menunggu lagi, aku terus turun bawah pakai tangga je. Sebab nak kurus punya pasal turun tangga aje lah. Sampai ke tingat paling bawah, mata aku menangkap beberapa orang yang berjogging. Macam biasa, selalunya ramai cina yang jogging. Melayu beberapa ketul je. Maklumlah, orang Melayu memang pemalas tahap gaban!
Kaki mula menapak ke jalan tar. Aku duduk membetulkan tali kasut yang dah nak longgar.
"I thought we are friend."
Mak. Terkejut aku bila disergah begitu. Aku mendongakkan kepala.
Langit.
Bibir sendiri diketap. Dah kenapa aku terjumpa dia dekat sini ni? Kalau aku tahu memang aku tidur je dekat dalam bilik. Ini tak jogging lagi dah terserempak. Hampeh betul!
"Kenapa awak lari dari saya?" Wajahnya tegang. Tiada secalit senyuman yang muncul. Mata biru gelap itu memandang aku tajam.
Aku mengalihkan pandangan dari memandangnya. "Saya tak lari dari awak pun," nafi aku. Tangan disilangkan.
Dia tersenyum sinis. "Awak block saya, Zahra." Suaranya ditekan.
Kusutlah macam ni!
Bawah bibir digigit. Mata birunya aku renung tajam. "We are friend, tapi awak dan saya tak boleh contact sesuka hati!" Jelas aku dengan suara yang sudah meninggi. Kesabaran mula di hujung tanduk.
"Agama awak tak kasi?"
Agama awak.
Agama awak.
Ya Allah, sakitnya. Sakit sangat.
Wajah Adrian dipandang lagi. Aku menghela nafas perlahan, "Saya nak jaga diri untuk jodoh saya." Kata aku, perlahan.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...