i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
"Kejapnya Zahra duduk sini, Mak Tok ingatkan nak duk la seminggu ka?" Mak Tok menyoal sebaik sahaja melihat aku membawa turun bagasi. Dah mula dah Mak Tok nak buat drama sedih dia ni!
Aku tersengih. Kaki melangkah merapati Mak Tok. "Alah, Adrian ada class nanti. Lagipun, kitorang kena kerja ni," kalau aku dan Adrian tidak kerja, mana nak cekau duit? Bukannya duit datang bergolek. Bukan juga kisah hidup seperti novel yang kahwin dengan CEO syarikat, nak apa semua dapat. Tapi inilah realiti kehidupan berumah tangga. Bukannya hidup bersenang lenang sangat. Kena fikir juga pasal bil elektrik bil air dan banyak lagi bil yang perlu aku lunaskan.
Mak Tok terus memeluk aku erat. Kedua belah pipi aku diciumnya. "Dah jadi bini orang jangan nak buat perangai tak semenggah kamu tu ya! Jangan nak bermalas - malasan sangat!" Bebel mak tok panjang lebar. Macamlah dia tak kenal perangai cucunya itu.
Seperti biasa, aku hanya tayang muka tak bersalah. "Iya, tahulah Zahra! Zahra dah besar tau mak tok," balasku selamba. Tangan menggenggam tangan Adrian di sebelah.
Makin berkerut dahi mak tok mendengar balasan cucunya. "Aku pesan, kamu tak mahu dengar ya! Ni, bagi cicit kat mak tok cepat sikit!"
Amboi mak tok ini, dia cakap macam anak tu aku minta terus dapat pulak. Apa ingat anak boleh beli dekat pasar tani ke? Ish ish ish.
Malas nak terus bertengkar dengan mak tok, aku salam ummi di sebelahnya. Pipi ummi dikucup seperti biasa.
"Nanti kalau free jenguklah ummi." Ummi berpesan perlahan. Bibirnya mengukir senyuman manis.
Serta merta senyuman aku mulai pudar. Adakah itu hanya skrip ummi di hadapan mak tok supaya mak tok tidak menghidu keretakan hubungan kami anak beranak? Ataupun ummi benar - benar maksudkannya? Tapi lupakah ummi yang walid sudah menghalau aku dari rumah itu.
"Kakak! Doakan peperiksaan Zahirah tau!" Zahirah pula meluru memelukku erat. Kedua belah pipiku dikucupnya. "Irah sayang akak." ucapnya tiba - tiba.
Dada aku dihimpit perasaan sebak. Tidak sangka aku sudah menjadi isteri orang dan terpisah begini dengan adik kesayanganku. "Ya, kau tu belajar elok - elok." Tangan aku menepuk lembut pipinya. "Jangan jadi macam aku," aku tersenyum.
Sampai di giliran walid, aku hanya salam seperti biasa dan terus beralih pada-
Air liur ditelan. Tak mahu Mak tok menghidu sebarang kelakuan aneh, aku terus salam Zaid seperti biasa. Namun, Zaid bertindak ingin memeluk aku. Tapi tangan aku lebih pantas menolak dadanya. "Janganlah, Zahra tak selesa."
"Eleh, dulu bukan main kamu berdua! Nak kahwin sombong kamu ya Ara!" Mak tok menegur. Mana taknya kalau dulu aku dan Zaid macam isi dan kuku. Kalau sesiapa menyakiti Zaid, mulalah aku buka seni mempertahankan diri! Aku ganyang manusia tak bertauliah tu sebab sakitkan abang aku! Begitu juga dengan sebaliknya.
Aku tersenyum sinis. "Zahra dah besar, tak elok rapat sangat."
Perasan wajah Zaid juga berubah mendung saat aku mengungkapkan kata itu. Tapi peduli apa aku?
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...