i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Kaki aku berhenti di depan wad yang tertulis namanya itu. Nafas dihela perlahan. Ya Allah, terima kasih kerana pulangkan Adrianku.
Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk ke dalam wad ini. Dari sini aku sudah dapat melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu. Tangan dan kepalanya berbalut, di bibirnya terguris luka.
Semakin hampir aku dengan katil itu, semakin lebat air mata aku mengalir. "Ad... Adrian saya," dan aku sudah berdiri bersebelahan dengan katil itu.
Papa dan daddy berbalas pandang. Kasihan melihat menantu mereka yang sudah melarat rindunya.
"Mereka kata Adrian koma. Entah bila dia akan sedar." papa memulakan bicara.Aku sekadar mengangguk perlahan. Biarlah hakikat itu seperti susah mahu ditelan, namun setidak - tidaknya Adrian sudah di depan mata aku.
"Papa keluar. Bagi ruang pada Zahra okay?" Lelaki cina itu tersenyum nipis ke arah aku. Lalu dia dan pasangannya beredar dari bilik itu.
Kini, hanya tinggal aku dan Adrian sahaja di dalam bilik ini. Tangan aku menyentuh perlahan tangannya. "Awak tahu tak saya tunggu awak lama? Saya rindu sangat tau. Sebulan lebih awak tinggalkan saya..." mata dipejam.
Sukar menerima ujian yang membelenggu ketika ini. Saat cinta hendak digapai, menanti pengakhiran yang bahagia. Begini pula di pertengahannya.
"Saya rindukan awak."
Sakitnya apabila kita bercakap seorang diri tanpa balasan.
"Saya rindu nak bergaduh dengan awak,"
Sungguh, wajah tidak puas hati Adrian bermain - main di minda aku.
"Saya rindu nak cair dengan awak, Adrian."
Kalau masa boleh diputar, aku mahu hargai setiap detik bersama dirinya. Setiap detik, untuk aku bersama dengan lelaki cina ini.
"Darling, even the stars need a dark sky to shine." Ungkap aku sayu.
Rasa macam nak buka je mata yang tertutup rapat itu supaya aku dapat melihat mata biru gelapnya, langit gelap kegemaran aku.
"Saya perlukan awak di sisi saya, Ad." Tangannya aku genggam erat. Bibir aku mengucup lama belakang tapak tangannya. "Saya doa awak pulang. Akhirnya... Allah makbulkan doa saya, Adrian."
Air mata yang jatuh pada tangan itu aku biarkan. Manalah tahu macam cerita malleficent ke, jatuh air mata terus hidup balik sedar dari pengsan. Gitchuwww.
Apa ni Zahra? Time sedih pun nak merapu, macam mana readers author nak nangis niiiii....
Memori beberapa bulan lepas tiba - tiba menjengah minda aku.
Hujung jarinya mengangkat dagu aku agar memandang wajahnya. Seculas bibir merah itu membentuk senyuman manis. "Don't you know, my little angel?"
Aku mengangkat kening padanya. Tangan aku jatuhkan pada bahunya. "Tell me cause I only know if my dear king tell me,"
Dia tergelak kecil mendengar jawapan aku. Sebelah tangannya menarik tangan aku dan diletakkan pada dadanya, "out hearts are meant to beat together." bisiknya di telinga aku dengan senyuman semanis gula.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...