i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart•••
Mata aku memandang tajam pada si traffic light yang sedang menggedik pada Adrian. Entah apa yang dia bebelkan tidak faham, sampai berkerut dahi Adrian menerangkan. Oh, sampai Adrian sudah ambil gitar pula!
Ini melampau!
Dengan muka tak malu, aku bangun mencapai mikrofon. "Hello all of you. I would like to sing a song!"
Kesemua pelajar Adrian terlopong melihatku. Kelas muzik dah jadi konsert pulak dah ke? Entahlah. Ramai juga satu kelas ini. Satu kelas ada dua puluh orang. Setiap minggu Adrian hanya mengajar sebanyak dua sesi satu kelas. Bermakna seminggu dia hanya ada empat kelas. Tak banyak pun, kan?
Tapi yuran yang dikenakan pula boleh tahan juga. Mencecah dua ratus sebulan dan apabila kesemua pelajar satu kelas ada dua puluh orang, dan ada dua kelas yang diagihkan bermakna. Dua puluh darab dua sudah empat puluh. Seorang dua ratus, empat puluh orang... ini bermakna sebulan Adrian sudah dapat lapan ribu!Oh dah kaya hanya dengan jadi guru muzik!
Yang anehnya ramai pula nak belajar dengan mamat ni? Muzik je kot. Rajin betul mak bapak diorang bayarkan. Anak orang kayalah semua ni...
"Zahra, termenung apa? Dengar tak saya tanya ni?"
Mata yang dah bersinar terbayang duit lapan ribu Adrian lesap. Aku tersengih. "Awak tanya apa tadi?" Soalku semula. Tangan menggenggam mikrofon di tangan.
Adrian mengeluh berat. Matanya memandangku tajam. "Tak payah nak nyanyi bagai lah." marahnya separuh berbisik.
Aku mencebik. "Kenapa pulak tak boleh?" Tangan sudah berpeluk tubuh. Mata aku kalihkan pada kesemua pelajar Adrian yang memandang hairan adegan kami.
Dia merapatkan wajahnya ke telingaku. "Cause your voice are not for them." Keras suaranya memberi amaran.
Tanpa mempedulikan Adrian, aku berjalan setapak ke depan. Mata helangku memandang semua pelajarnya. "Dengar okay gaes! Jangan risau suara saya sedapnya kalah apek Adrian korang ni!"
Ya tu dia Zahra gojes dah tunjukkan belang. Kaki dihentak ke lantai, lalu mata aku memandang tajam sepasang mata dingin Adrian.
Entah apa yang ku rasa
Setelah datang dia
Waktu kau dan aku
Dia memandang manja
Tiada berkelip mata
Jadi panas hatikuSenyuman manis aku dilakar. Kaki menapak mendekati Adrian. Sempat aku perhatikan ke semua pelajar Adrian. Mereka seperti terlopong mendengar suaraku.
Benar
Aku selalu cemburu
Kerna dia selalu
Coba tuk mengodamu
Usah
Kau toleh dia kembali
Kerana aku
Di depan kamuTangan aku jatuh pada bahu Adrian. Dia seperti terpaku melihat aku. Zahra dan godaan dan suaranya merdunya= cair hati suami sendiri.
Jangan
Kau coba untuk dekati
Kerna duniamu
Kerana aku
CemburuMata aku dan Adrian bertaut di antara satu sama lain. Hanya satu pandangan sudah mampu membuatkan Adrian faham apa yang aku maksudkan.
YOU ARE READING
Kita Berdua✔️
Teen Fictionmempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. S...