BAB 1 (a) : Gadis sombong...itu Marina Khadeeja

990 41 0
                                    

"PAPA nak patung Frozen tu. Nak yang tu."
"Tak payah. Kat rumah dah banyak. Main yang kat rumah je."

Rina yang melihat pantas menghentikan troli yang ditolaknya. Matanya tajam memandang seorang lelaki yang sedang menunggu giliran untuk membayar barang yang dibeli. Langsung tidak dipedulikan permintaan si anak.

"Nani bangun kan papa cubitkan." Marah lelaki itu apabila anak perempuannya mula duduk atas lantai sambil menangis kuat. Mukanya mula merah apabila jadi perhatian orang ramai. "Jangan nak degil. Kat rumah dah banyak. Nak beli buat apa lagi? Membazir."

"Tolong jangan berkira sangat. Beli jelah apa yang dia nak." Tanpa dapat ditahan Rina menyampuk. Selamba saja dia bagai hanya ada dia dan lelaki itu saja. Sungguh dia tidak sanggup melihat kanak-kanak itu menangis. Teringat dirinya sewaktu kecil.

"Tolong jangan masuk campur ya cik. Ni anak saya."

"Untuk anak sendiri, jangan kedekut sangat duit tu. Setakat patung yang berapa ringit tu, belilah satu." Cebik Rina sambil menjeling tajam lelaki itu. Langsung tiada perasaan malu apabila semua mata mula memandangnya. Mungkin orang awam tidak menyangka ada gadis yang berani menegur seorang ayah. Tapi itulah dirinya. Seorang yang berani bersuara.

"Tolong jaga sikit mulut. Saya ayah dia, saya tahu apa yang saya buat." Marah lelaki itu.

"Sebagai ayah saya tak nak manjakan anak. Ada hari saya perlu bertegas untuk mendidik anak supaya dia tahu tak semua yang dia nak dia akan dapat."

Rina hanya tersenyum sinis. "Anak encik tu kecil lagi. Yang dia tahu apa yang dia nak mesti dia dapat."

Dipandang kanak-kanak yang sudah berhenti menangis itu. Mungkin faham apa yang sedang berlaku. Memang tak patut seorang ayah buat begitu. Sampai menangis si anak apabila permintaannya tidak diendahkan.

"Cik tak boleh samakan cara saya didik anak saya dengan cara ayah cik didik cik. Mungkin ayah cik terlalu baik, sehingga apa yang cik nak cik akan dapat. Ayah yang terlalu ikut kepala anak sampai satu tahap anak yang dididik akan pijak kepala sendiri. Menjadi manusia yang tiada adap." Sindir lelaki itu pedas.

Berombak dada Rina melihat lelaki yang sudah melangkah pergi itu. Sesuka hati 'sound' tanpa tahu kisah hidupnya. Dia tidak mahu apa yang pernah dialami, turut dilalui oleh kanak-kanak itu. Masa kecillah anak-anak perlu dimanja, jika tidak anak-anak akan membesar menjadi pendendam seperti dia.

​Rina menjeling tajam pada orang awam yang masih ada di sekitarnya. Ada seorang dua berbisik sesama sendiri. Mungkin mengutuk sikapnya yang kelihatan kurang ajar. Tapi dia peduli apa? Dengan selamba trolinya ditolak masuk ke kaunter bayaran di Tecco Extra Cheras.

Kalau dapat 30 vote, Jie akan update next part so jangan lupa vote dan tambah cerita ni dalam reading list anda🌷 btw, jangan lupa follow acc wattpad ni untuk dapatkan update terbaru☺️ TQ😀

Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now