LEPAS satu-satu stesen radio ditukar. Semua lagu yang berkumandang tidak menepati seleranya. Sikit-sikit lagu cinta, lagu orang kecewa, kekasih lari, kekasih dirampas orang, kekasih curang, geram punya pasal dia tutup terus. Patutnya bila petang semua radio perlulah mainkan lagu yang membangkitkan mood. Ini ada ke patut main lagu jiwang. Kalau nak main pun tunggulah waktu malam.
Sudahlah dia stres menghadap jammed. Jarak butik ke rumahnya hanya 15 minit saja. Tapi disebabkan jammed 1 jam pun tak sampai lagi. Macam sekarang, keretanya sedari tadi langsung tidak bergerak. Kalau macam ni hari-hari, memang dia akan beli sebuah motor. Senang nak mencelah. Masa pun jimat tidak perlu menghadap jammed.
Rina memandu sebaik jalan kembali lancar. Sesekali matanya memandang cermin pandang belakang. Daripada tadi dia perasan ada sebuah kereta Wira mengikutnya. Mungkin lelaki itu mahu melalui jalan yang sama. Dia cuba menyedapkan hati. Sebaik membelok masuk ke kawasan taman perumahannya, kereta itu turut mengikut. Rina mula tidak sedap hati. Sebelum ni tidak pernah pula dia nampak kereta itu di sekitar rumahnya.
Matanya cuba melihat si pemandu. Seorang lelaki berkepala botak. Nampak bukan melayu. Apa lelaki itu sengaja mengikutnya? Honda Jazz miliknya berhenti sebaik sampai di hadapan pintu pagar. Kereta itu juga nampak berhenti selang beberapa puluh meter dengannya. Laju saja dia turun lalu membuka pagar. Baru saja mahu masuk kembali, kereta itu mula bergerak meninggalkannya. Mungkin lelaki itu perasan dia sudah kantoi.
Siapa lelaki tadi? Dia sudah penat dengan masalah di butik, jadi dia tidak mahu menambahkan lagi masalah yang ada. Beg tangan diletakkan atas sofa, lalu dia merebahkan diri.
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...