DUA hari tanpa kelibat Izzhan. Lepas kejadian dia melempar coklat di lantai, lelaki itu sudah tidak memunculkan diri. Mungkin sudah serik berkawan dengan perempuan panas baran sepertinya. Kalau tahu awal-awal cara membuatkan Izzhan pergi, sudah dia mengamuk hari-hari. Baling apa saja yang ada depan mata.
Rina melangkah ke sofa. Keadaan butik sunyi saja tengah hari ini. Kak Isma baru keluar lunch. Shifa pula cuti kerana neneknya di Kelantan baru meninggal. Hanya dia sendirian sambil menunggu pelanggan masuk. Majalah diambil, baru saja mahu membelek, pintu butik tiba-tiba berbunyi.
Pelanggan yang tidak diundang. Rina pantas berdiri. Hidupnya tidak pernah tenang. Ada saja gangguan. Yang tu hilang, yang ini pula muncul.
"Nak apa?" Soalnya kasar.
"Jom lunch..."
"Saya tak nak. Tolong keluar."
"Rina please, jangan macam ni. Abang datang baik-baik nak ajak Rina lunch."
"Dan saya cakap baik-baik yang saya tak nak keluar." Kali ni memang boleh bergaduh besar dia dan Redza. Tambah-tambah tiada orang lain di butik. Tak perlu dia nak cover line lagi.
"Kita tak pernah makan sekali. Abang sanggup cari masa semata-mata nak lunch dengan Rina."
"Saya boleh muntah kalau makan dengan awak."
"Abang..."
"Apa abang-abang?" Potong Rina sambil tayang wajah yang menjengkelkan. Bosan betul dia dengan Redza. "Tak perlu nak bahaskan diri abang. Nak mati saya dengar. Awak bukan abang saya. Sampai mati pun saya tak pernah ada abang."
Redza mendekati Rina. Dipandang gadis yang memalingkan wajah ke arah lain. Langsung tidak berubah perangai gadis ini. "Sejuta kali Rina menafikan pun, abang tetap abang Rina. Sampai bila-bila. Darah ayah mengalir dalam tubuh kita. Kita adik beradik."
"No, saya bukan adik awak. Saya anak tunggal." Balas Rina sambil memandang tajam Redza.
"Kenapa susah sangat Rina nak faham? Terimalah hakikat ni. Kalau abang boleh terima apa yang jadi, kenapa bukan Rina? Abang sayang Rina. Abang tak sanggup tengok Rina hidup macam ni. Sampai bila nak berdendam dengan keluarga sendiri?"
"Sebab awak datangnya daripada perempuan perampas. Sebab awak, kebahagiaan keluarga saya hancur."
Redza meraup rambutnya. "Abang tak pernah minta pun semua ni berlaku. Itu hal yang melibatkan keluarga kita. Kita tak perlu masuk campur."
"Tak perlu masuk campur?" Ulang Rina sambil tersenyum sinis. "Ibu saya, itu ibu saya. Hari-hari saya nampak dia sedih sebab keluarga awak, boleh awak cakap kita tak perlu masuk campur? Apa-apa yang melibatkan ibu, pasti akan melibatkan saya. Kalau mak awak tak terima papa, ibu saya tak akan sedih."
"Rina..." Panggil Redza lembut. "Apa yang mereka buat semua bukan sebab saja-saja. Papa pun tak minta nak kahwin dengan mak."
"Sebab apa? Sebab tak dapat anak? Orang lain sepuluh tahun kahwin pun boleh setia. Papa tu baru lima tahun kahwin dengan ibu, terus cari perempuan lain sebab ibu tak boleh mengandung." Jerit Rina kuat. Berair matanya apabila teringat apa yang terjadi. Dirinya boleh berubah dalam sekelip mata jika teringatkan apa yang berlaku. "Mak awak, perempuan yang sangat jahat. Kawan makan kawan."
"Rina..." Keras suara Redza menegur. Bukan Rina tidak tahu apa yang terjadi, tapi gadis itu yang tidak dapat menerima. Masih mahu menyalahkan maknya. "Jangan tuduh mak abang macam tu. Rina tahu ibu sendiri yang suruh papa kahwin dengan mak abang."
"Sebab ibu tahu mak awak memang suka kat papa saya." Bidas Rina pedas. "Kalau tak kenapa dia sanggup jadi isteri ke dua? Kawan yang baik tak akan rampas suami kawan sendiri. Mak awak memang ada hati dengan papa. Sebab mak awak dan papa, ibu saya yang jadi mangsa. Air mata teman hidupnya. Saya dilahirkan dalam suasana yang penuh air mata. Saya dibesarkan dengan air mata seorang ibu. Seorang wanita yang hidup dengan berkongsi kasih. Bukan seorang tapi dua madu."
Redza terdiam. Ini bukan niat utamanya datang ke sini. Dia tidak mahu mengungkit. "Benci macam mana pun, kenyataan tetap kenyataan. Sampai bila Rina nak benci abang?"
"Sampai mati..." Bergetar bibirnya. "Selama ni awak boleh hidup tanpa saya, kenapa tiba-tiba hari ini awak muncul? Nak balas dendam sebab saya selalu hina awak dan keluarga?"
"Tanggungjawab. Sebelum ni abang lupa pada Rina. Sekarang abang akan jaga Rina. Rina jauh daripada keluarga. Hanya abang yang dekat dengan Rina. Ibu dah amanahkan Rina pada abang. Abang tak nak langgar amanah yang diberi."
"Saya boleh jaga diri sendiri. Saya bukan budak kecil yang hatinya mudah lembut. Hati saya dah jadi batu. Dah tak rasa apa-apa. Kewujudan awak pun saya tak kisah." Usai berkata terus Rina menolak tubuh Redza keluar daripada butiknya. Sepantas kilat dia mengunci pintu daripada dalam. Dengan lemah dia menuju ke sofa. Sudah lama isu keluarga tidak berbangkit. Penatnya dia. Penat untuk melayan perasaan sedih yang tidak pernah berpenghujung.
Redza, anak isteri ke dua papa dan merupakan anak sulung kepada papa. Mak lelaki itu, merupakan kawan baik ibunya. Sungguh dia tidak boleh terima. Apa perasaan ibu apabila kawan baik sendiri berkahwin dengan suami. Papanya juga salah sebab tidak pernah setia dengan ibu. Dia dan ibu yang menjadi mangsa.
Dapat 15 vote⭐️ baru akan update neyt bab😁😃dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
Shopee : KarnaDya
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...