BAB 11 (a) : Hati Yang Inginkan Dia

537 39 2
                                    

"RINA pandai menjahit, kenapa tak cuba jahit baju sendiri? Jimat sikit kos nak upah tukang jahit." Soal Kak Isma sambil memasukkan jubah yang baru sampai ke dalam plastik lut sinar.

"Saya pandai jahit baju kurung je. Tu pun jahit biasa-biasa. Belum sampai tahap nak buatkan baju untuk orang lain. Takut orang pakai tak selesa. Nilah padahnya belajar tak habis." Sambil bercakap tangannya ralit mengira jubah yang sampai. Satu kotak ada 50 helai. Sebaik sampai biasanya dia akan chek satu persatu. Takut-takut tidak cukup seperti yang ditempah. Rugi dia nanti.

"Mana Rina belajar menjahit?"

"Ibu ajar. Dari kecil sampai besar baju raya tak pernah beli. Semua ibu yang jahit. Bila tingkatan satu, saya ambil ekonomi rumah tangga. Masa tulah saya belajar dengan ibu cara menjahit. Tapi belajar atas moodlah. Sekali tak menjadi saya dah malas nak buat. Lepas habis PMR, saya dah jarang menjahit. Kalau ada masa je saya menjahit. Sekarang ni pun saya ingat-ingat lupa." Ringan saja mulutnya bercerita.

"Hah, Rina belajarlah semula cara menjahit. Kalau tak tahu boleh tanya ibu Rina. Kutip semua ilmu menjahit daripada dia. Untung orang perempuan pandai menjahit ni. Mesti ayah Rina sayang ibu Rina, kan?"

Rina tersenyum kelat. Dia tidak boleh marahkan Kak Isma kerana wanita itu tidak tahu apa-apa tentang keluarganya. "Orang lelaki tak pandang semua tu kalau mata dah berkenan dengan benda yang lebih baik."

Kak Isma menggantung jubah. "Maksudnya?"

"Kak Isma umur dah berapa?" Soal Rina lari daripada tajuk perbualan.

"Tahun depan dah masuk 32 tahun."

"Kenapa akak tak kahwin lagi?"

Kak Isma melabuhkan duduk di sofa sambil mengeluh perlahan. "Jawapan akak senang je, sebab jodoh tak sampai lagi. Dulu bila orang tanya soalan ni memang akak angin. Bagi akak orang yang tanya ni suka menyibuk. Lantak akaklah bila nak kahwin pun. Tapi bila umur makin meningkat, akak faham ni semua jodoh.

Kalau tak ada jodoh, bercintalah lama mana tetap seru untuk kahwin tu tak kan muncul. Sebelum ni akak pernah bertunang hampir empat tahun. Kemudian putus sebab dia ada orang lain. Kecewanya akak sampai akak dah malas nak fikir pasal ni. Sepupu akak kenal suaminya tak sampai tiga minggu. Suami dia ajak kahwin, dia setuju. Alhamdulilah bahagia sampai sekarang. Anak pun dah dua orang."

Rina memandang Kak Isma. Cantik dan nampak muda. Sekali tengok tak nampak akan masuk umur 32 tahun depan. Mungkin sebab Kak Isma belum kahwin, jadi banyak saja masa untuk diri sendiri. "Saya nampak akak happy je hidup macam ni."

"Memang akak suka bila hidup macam ni. Nak buat apa, nak balik pukul berapa tak ada orang marah, tak ada orang kisah. Akak cuma perlu fikirkan tentang diri akak." Kak Isma ketawa.

"Tapi lumrah manusia ingin disayangi, dicintai. Bila tengok orang ada pasangan akak pun teringin nak ada pasangan. Nak orang tanya akak makan apa, sihat ke tak, balik pukul berapa. Teringin rasa bagaimana bila ada orang yang ambil berat pasal kita. "

Itu pendapat Kak Isma. Wanita itu rasa hidupnya lebih baik jika ada pasangan. Bagi dia pula hidup berseorangan lebih baik. Tak perlu ada pasangan yang sudi ambil berat. Terasa macam dikongkong.

"Rina..." Panggil Kak Isma sambil mengusun kertas yang berteraburan atas meja. "Kalau Rina dah ada pilihan hati, cepat-cepat ajak kahwin. Jodoh kita berbeza. Akak ni umur dah 30 an tapi jodoh tak muncul-muncul. Bila dia nak muncul pun tak tahu. Akak harap jodoh Rina, masa usia macam ni. Usia yang sesuai sangat nak kahwin. Mungkin Rina rasa hidup sendiri seronok, tapi bila umur makin meningkat, tengok orang sekeliling sudah berkeluarga pasti niat nak hidup berpasangan akan ada.

Bila dah masuk 30-an baru nak kahwin, mulalah orang cakap pilihan main tangkap muat sebab tak nak orang gelar andartu. Tapi orang tak tahu, yang lambat kahwin tu sebab mereka nak cari yang terbaik. Kalau ada orang suka Rina, terima je. Jangan jual mahal."

"Mana ada orang suka saya..."

"Ye ke? Habis tu siapa?" Bisik Kak Isma sambil memuncungkan mulutnya ke pintu masuk butik.

Pantas Rina menghalakan pandangan ke tempat yang sama. Seorang lelaki berdiri sambil tersenyum manis. Mengganggu ketenteraman dia saja. "Kak Isma, pergi cakap kat dia saya sibuk."

"Akak sakit perut. Nak pergi toilet." Terus Kak Isma meninggalkan Rina. Sengaja bagi alasan seperti itu.

Salam diberi dijawab dalam hati. Tangannya sibuk memasukkan kembali jubah ke dalam kotak.

"Tak baik tau layan pelanggan yang masuk macam ni." Tegur Izzhan.

"Awak ada mata tak? Nampak tak saya tengah buat apa?" Rina mengangkat jubah ke wajah Izzhan. Mata tahu lelaki itu hanya nampak mukanya. "Kalau nak bergaduh, sila balik. Saya tak ada masa nak layan."

"Mana ada, saya datang sini nak beli jubah untuk umi. Awak tolong pilih, sebab saya memang tak pandai nak pilih yang mana satu. Jubah yang sesuai untuk dia pakai ke wedding anak saudara dia. "

Rina memandang Izzhan atas bawah. Ponteng kerja agaknya. Mentang-mentang bos. Ikut suka hati nak keluar masa kerja. "Warna apa?" Cepat dia pilih, cepat juga lelaki itu keluar daripada butiknya.

"Ikut pilihan awak."

Rina menuju ke bahagian jubah yang bergantungan. Sehelai jubah warna pastel diambil. "Yang ni okey tak? Warna yang sesuai untuk wanita macam umi awak. Saiz pun muat rasanya."

"Kalau awak rasa itu terbaik saya ikut je. Rina..." Panggil Izzhan apabila Rina mahu melangkah ke kaunter. "Saya nak cakap sikit."

"Apa dia?" Soalnya malas lalu duduk di sofa. Dipandang Kak Isma dan Shifa yang sudah terjenguk-jenguk memandangnya.

"Sorrylah saya tak jenguk awak beberapa hari. Saya nak marah awak reda dulu. Takut bila saya datang, awak makin marah. Sampai sekarang saya masih rasa bersalah. Awak dah maafkan saya?"

Buat apa nak minta maaf. Lelaki itu tak datang dia rasa mahu meloncat-loncat. Bahagianya hidup...

     "Kalau awak nak saya maafkan boleh. Tapi dengan satu syarat." Akan dia guna kesempatan yang ada.

"Kalau syarat dia saya tak boleh jumpa awak lagi lepas ni saya tak akan terima."

Rina mengetap bibir. Memang itu syarat yang dia fikir. Nampaknya Izzhan dah boleh baca apa yang ada dalam fikirannya.

"Saya rela pujuk awak, daripada terima syarat awak tu." Ujarnya apabila Rina hanya senyap.

"Cubalah kalau boleh cairkan hati saya."

"Awak cabar saya?" Kening kiri diangkat. Kalau tidak dicabar sekalipun dia tetap akan cairkan hati keras milik Rina. Dia sudah jatuh hati pada gadis yang dilabel limited edition itu.

"Saya tak suka cabar orang." Rina bangun lalu menuju ke kaunter. Jubah diletakkan atas meja. Biar Shifa yang terima urusan soal bayaran.

*Novel rm 10 sebuah sempena sales. Nak beli boleh pergi ke Shopee KarnaDya

*Nak 20 vote⭐️ baru akan update next teaser😁Dan jangan lupa tambah dalam playlist reading anda😁

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now