IZZHAN memandang Rina yang hanya senyap di sebelah. Gadis itu leka memandang luar tingkap. Langsung tidak mempedulikannya. Tapi dia tidak kisah. Dapat tolong Rina yang dalam kesusahan pun sudah buatnya lega.
"Jom pergi makan."
"Lepas makan awak nak heret saya pergi mana pulak?" Soal Rina tidak puas hati. Sudahlah dia dipaksa ke balai polis. Entah macam mana dia boleh cair dengan pujukan Izzhan. Pandai lelaki itu ambil kesempatan saat dia sakit. "Cakap nak hantar balik rumah, kalau tak nak berhenti je tepi jalan. Saya boleh naik teksi."
"Awak suka buat sesuatu yang membahayakan diri awak. Biarkan awak tepi jalan ibarat menyerahkan awak pada penjahat. Ingat awak tu perempuan. Lainlah saya, duduk tepi jalan 10 jam pun tak ada orang nak culik."
"Habis awak baik sangat? Siapa tahu awak ada niat jahat." Dia menjeling Izzhan yang leka memandu. Langsung tidak terkesima dengan soalan pedasnya, malah macam biasa masih mampu mengukir senyuman lagi.
"Tapi saya tak buat apa-apa pun pada awak. Kalau saya ada niat tak baik mesti saya dah buat jahat pada awak. Tambah-tambah bila berdua-duaan dalam kereta. Apa pun boleh jadi." Balas Izzhan tenang.
"Mana tahu nak tunggu masa yang sesuai je."
Pecah juga ketawa Izzhan. Rina seorang yang sangat menjaga diri. Dia tidak salahkan gadis itu, andai berburuk sangka padanya. Kalau siapa-siapa yang menjaga diri pun akan terasa pelik jika melihat dia yang terlebih baik dan ramah. Mesti mereka ingat kebaikkannya ada udang di sebalik batu.
"Insya Allah, awak selamat bila dengan saya. Saya akan jaga awak seperti saya jaga diri saya sendiri. Awak boleh fikir apa saja tentang saya. Janji saya tahu niat saya yang sebenar."
Rina menelan air liur. Tekaknya terasa mual. Kalau terus bercakap boleh muntah hijau dia dalam kereta ni. Bukan takat muntah hijau, kuning, biru semua ada. Jalan selamat baik dia berdiam diri. Tak sabar mahu segera pulang. Kejap lagi sampailah. Sekarang pun sudah masuk kawasan perumahannya. Dia memandang Izzhan apabila lelaki itu tiba-tiba berhenti.
"Jom teman saya makan dulu." Ajaknya lalu mematikan enjin. Bila masa lagi dia mahu makan bersama Rina. Lagipun dia belum puas berkenalan. "Atau awak tak nak makan kat tempat macam ni? Kalau tak nak kita makan kat lain."
Rina memandang warung makan yang sangat terkenal di kawasan rumahnya. Selalu juga dia dan Qasya makan di sini. Tempat ini sajalah yang dia mampu. Nak makan kat tempat lain mahal. Dia menjeling Izzhan. "Saya tunggu dalam kereta. Malas nak keluar. Tak nampak ke ramai orang duk melepak tu. Semua lelaki. Takkan saya nak pergi menyelit sekali."
"Saya akan jaga awak." Izzhan tersenyum.
Malas melayan Rina terus keluar, lagi cepat dia teman lelaki itu makan, lagi cepat dia boleh balik. Berbulu sudah telinganya dengar kata-kata Izzhan. Ada saja yang mahu dijawab. Langkah kaki diatur menuju ke meja yang kosong."Nak makan apa?" Izzhan duduk depan Rina.
"Saya tak nak makan."
"Rina, mana Qasya?" Tegur wanita yang merupakan pelayan di warung makan itu.
"Kat rumah."
"Patutlah tak ajak dia, nak makan dengan pakwe rupanya. Kali pertama Kak Nanu nampak pakwe Rina. Handsome orangnya. Sesuai sangat dengan Rina. " Puji Kak Nanu sambil tersengih. Dikeluarkan buku kecil daripada dalam poket apron.
Rina memandang Izzhan yang tersenyum. Dalam keadaan seperti ini lelaki itu masih mampu senyum? Apa tidak penat asyik senyum? Atau Izzhan sengaja mahu goda Kak Nanu dengan senyumannya? Apasal teruk sangat taste lelaki ini? Kak Nanu janda anak seorang.
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romansa ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...