SEBAIK kereta yang dipandu Izzhan berhenti di hadapan rumah, terus Rina menarik selt belt. Tak sabar-sabar mahu keluar. Malam inilah yang paling membosankan apabila dia perlu menghadap wajah tenang lelaki itu.
"Awak duduk seorang saja ke?" Sengaja Izzhan bertanya supaya Rina berada lebih lama dalam keretanya. Sedih pula mahu melepaskan gadis itu pergi. Sungguh dia suka keluar dengan Rina.
"Dengan Qasya."
"Esok saya ambil awak ya. Kereta awakkan kat butik."
Terus Rina memandang Izzhan. "Jadilah tunjuk baik depan saya. Cukup sampai sini saja apa yang awak tolong. Saya dah tak nak terima apa-apa lagi. Ini ialah pertemuan kita yang terakhir. Lepas ni saya tak nak tengok awak lagi."
"Esok awak nak pergi butik macam mana?"
"Itu bukan masalah awak, kalau saya tak boleh pergi butik pun saya boleh duduk rumah. Jangan nak menyibuk hal saya."
"Bagus juga duduk rumah, nanti boleh berehat. Biar lengan awak baik, baru boleh kerja semula. Ubat tu jangan lupa makan habis."
Pintu dibuka tetapi terkunci. "Buka kunci, saya nak keluar ni."
Izzhan hanya diam. Sengaja dia tidak mahu buka.
"Okey, macam ni." Rina cuba menenangkan dirinya. Tiba-tiba nak diam kenapa? Nak suruh dia pujuk? Sama sekali tidak. "Saya takkan sesekali ucap terima kasih. Awak lupa apa yang saya cakap masa kereta saya pancit? Saya tak perlu pertolongan yang awak beri malam ni. Lagipun kalau ikhlas, awak tak akan hadap ucapan terima kasih saya."
"Saya tahu awak tak akan ucap terima kasih. Saya pun tak kisah, tapi saya sedih bila terpaksa berpisah dengan awak. Saya tak nak ini pertemuan terakhir kita."
Rina ketawa sinis. "Apa awak melalut malam-malam? Sedih berpisah? Eh, saya nak tanya awak. Siapa saya pada awak sampai awak nak sedih bagai? Saya kekasih awak ke? Tunang? Isteri? Jangan nak buat drama sangatlah. Kenal pun baru berapa hari."
"Itu yang saya rasa. Tempoh berkenalan tak penting. Yang pasti saya dah rasa dekat dengan awak. Bila awak sakit saya pun rasa sakit. Saya anggap kita dah lama kenal."
"Ya Allah..." Rina meraup rambutnya. Rasa telinganya sudah berdarah. "Lelaki kalau bercakap, manisnya mengalahkan gula. Awak dah salah orang. Saya tak akan tergoda dengan kata-kata awak. Jujur cakap saya dah menyampah dengan awak. Faham?"
Tersentak Izzhan dengan kata-kata spontan Rina. Sungguh dia tidak faham dengan gadis ini. Mengapa sekeras ini hati Rina? Masih tidak nampak keikhlasannya? Dia cuma mahu berkawan.
"Mesti awak fikir saya akan ucap terima kasih. Saya akan terharu dengan apa yang awak buat kemudian terima awak jadi kawan. Lepas tu kita akan rapat lepas apa yang menimpa saya. Awak silap. Saya tetap saya. Simpan semua perangai baik awak untuk orang yang lebih memerlukan. Saya bukan tempat untuk awak buktikan. Saya tak akan hargai. Ini baru sikit awak kenal saya. Saya yang sebenar lagi teruk daripada apa yang awak bayangkan."
Rina melangkah keluar daripada perut kereta apabila dia sendiri yang membuka kunci. Jelingan tajam dihadiahkan sebagai gantian ucapan terima kasih.
Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...