BAB 3 (a) : Muka Memikat Si Idaman Hati

573 27 0
                                    

"SELAMAT pagi..."

Rina berpusing pada suara yang mengucapkan selamat pagi. Bibir diketap geram apabila melihat lelaki yang tersenyum itu. Gugusan kunci disimpan semula ke dalam beg.

"Senyumlah sikit pagi-pagi ni. Nanti rezeki tak masuk." Tegur Izzhan. Suka pula dia melihat Rina berbaju kurung Pahang, rambut disanggul tinggi. Gadis itu nampak manis.
Lelaki itu dipandang. Berpakaian formal seperti mahu ke pejabat. Tetap kemas tapi sakit pula hatinya yang melihat.

"Awak nak apa? Tak puas lagi ke ganggu saya?"

"Saya nak pergi office, kebetulan lalu depan butik nampak pula awak. Tu yang saya singgah. Saja nak tegur. Office saya kat Jalan Indah 7."

"Tak tanya pun." Geram dengan sikap terlebih ramah Izzhan. Butiknya terletak di Jalan Indah 26. Padanlah lelaki itu boleh singgah.

"Awal lagi ni, jom pergi breakfast."

"Kalau saya tak nak?"

Izzhan tersenyum. Cuba untuk tidak ambil hati dengan sikap dingin gadis ini. Tapi dia suka dengan keperibadian Rina yang tegas. Nampak sukar untuk didekati. Pasti ada cara untuk cairkan hati gadis itu.

"Saya tak boleh paksa. Tapi saya harap suatu hari nanti, awak sudi keluar makan dengan saya. Saya ikhlas nak kawan dengan awak."

"Apa bukti awak ikhlas?" Sampuk Rina. Sengaja pagi-pagi mahu dia mengeluarkan ayat-ayatnya yang berbisa.​

Terdiam Izzhan sesaat dua. "Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi."
Itu ayat sindiran atau apa?

"Tak sangka perempuan jahat masih wujud?"

"Bukan itu maksud saya." Izzhan betulkan tanggapan Rina. "Awak bukan macam kebanyakkan perempuan yang ada kat luar sana. Saya nampak sesuatu yang lain pada diri awak. Awak tak terhegeh-hegeh pada lelaki. Awak perempuan yang ada pendirian."

"Kalau tahu saya tak terhegeh-hegeh pada lelaki kenapa sibuk nak dekat dengan saya?"

"Sebab saya nak kawan dengan awak. Saya ikhlas."

Tak habis-habis dengan ikhlas. "Penipu. Saya tak percaya lelakilah. Tolonglah jangan kacau saya lagi. Saya bosan tahu tak?"

"Tapi saya tak bosan. Saya tak tahu apa yang jadi dalam hidup awak sampaikan awak benci pada lelaki. Tapi percayakan semua lelaki tak sama. Saya bukan macam tu." Bersungguh Izzhan beritahu, sebab tu dia berani dekat dengan Rina.

"Ye ke?" Rina mengejek. Papanya dulu macam itu juga. Baik orangnya sebab itu ibu terima. Mereka hidup bahagia tetapi papanya berpaling tadah pada wanita lain. Lelaki yang baik tidak akan menduakan isterinya.

"Awak bagi peluang saya kenal dengan awak dulu. Selepas kita kawan, kalau awak masih tak boleh terima saya, saya janji tak akan kacau awak lagi."

"Peluang? Saya tak berminat."

Izzhan mengeluh kecil. Tak sangka sebegini keras hati gadis ini. Dalam hati dia tertanya-tanya apa yang pernah berlaku dalam hidup Rina sehingga gadis itu membenci lelaki. Pernah putus tunang ke? Atau cinta dipermainkan oleh lelaki? Makin berminat pula untuk dia dekat dengan Rina.

Pintu dibuka lalu Rina melangkah masuk meninggalkan Izzhan. Sepuluh kali lelaki itu cuba dekat, sejuta kali dia akan sombongkan diri. Biar sampai satu tahap nanti, lelaki itu sendiri akan mengalah dengan kesombongannya.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now