BAB 11 (b) : Nak Juga Pada Dia

990 49 16
                                    

USAI membeli beberapa barang di Seven Eleven, Rina menuju ke keretanya. Baru beberapa langkah, dia pusing ke belakang. Tiada sesiapa. Entah kenapa hatinya mula rasa tidak enak. Dapat dia rasa dirinya sedang diekori. Dia berjalan semula, tetapi baru beberapa langkah dia kembali berpusing. Tetap tiada orang. Dia cuba menenangkan diri, mungkin perasaannya saja.

          "Izzhan..." Tangannya sudah diangkat tinggi mahu memukul lelaki itu. Terasa lemah semangat apabila tiba-tiba melihat Izzhan muncul depan mata.

"Awak kenapa terkejut sampai menjerit?" Soal Izzhan pelik. Mujur dia sempat menahan tangan Rina, kalau tak lebam mukanya kena tumbuk.

"Kenapa awak ikut saya?"

      "Saya nak jumpa awak?"

Rina mendengus bosan. "Tadi dah jumpa, sekarang nak jumpa lagi. Saya tahu awak tak bosan, tapi saya ni tahap nak muntah asyik tengok muka awak. "

"Saya ada benda nak cakap dengan awak." Petang ini dia kena luahkan apa yang dipendam. Dia tidak mahu buang masa lagi.

"Apa dia? Cakap kat sini je. Jangan ajak saya pergi makan ke minum ke atau keluar pergi mana-mana. Saya tak nak." Tegas Rina lalu duduk di kerusi depan butiknya. Apabila Izzhan turut duduk, dia mengesot. Tak boleh rapat-rapat. Syaitan banyak. "Yang awak diam  ni kenapa? Cepatlah cakap. Saya nak balik pulak ni."

"Saya suka kat awak." Tenang Izzhan berkata. Dipandang Rina yang langsung tidak terkesima dengan kata-katanya. Gadis itu siap mencebik. "Saya betul-betul suka kat awak. Saya tak main-main."

"Dah tu? Apa masalah dengan saya?" Soalnya endah tak endah. Dia tahu lelaki itu suka padanya, kalau tak takkan beria-ria mahu berkawan dengannya yang berhati dingin ini.

"Kahwin dengan saya."

Tajam mata Rina memandang Izzhan. Dia terkejut tapi sehabis mungkin dia cuba mengawal riak wajah. Memang dia tak sangka sampai ke tahap ini. Fikirnya lelaki itu saja-saja mahu berkawan dengannya. "Giler ke apa. Mula-mula nak kawan, lepas tu ajak kahwin."

"Rina, saya serius. Saya tak nak tunggu lama-lama. Saya tak nak awak ingat saya nak main-mainkan awak. Bila saya ajak awak kahwin, ini menunjukkan yang saya betul-betul suka awak. Saya sayang awak. Kalau awak terima saya, saya suruh umi meminang awak secepat yang mungkin. Bulan depan kita kahwin."

            "Awak ni gila tau, dah terdesak sangat ke nak kahwin?"

"Saya terdesak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak mana-mana lelaki yang dapatkan awak. Awak kena jadi milik saya."

Tidak menunggu lama, terus Rina mencapai beg plastiknya. Langkah kaki diatur menuju ke Honda Jazz miliknya. Gila, siuman dan mental. Sah, lelaki itu ada wayar tercabut. Hanya itu tanggapannya pada lelaki bernama Izzhan. Tiba-tiba ajak kahwin.

"Rina..." Izzhan merampas kunci kereta yang baru dikeluarkan oleh Rina. "Dengar apa yang saya nak cakap dulu."

Rina menarik nafas panjang. Bertambah-tambah benci pada lelaki ini. "Kalau awak nak kahwin sangat, pergilah cari perempuan lain. Saya tak nak kahwin, tak kisahlah dengan awak atau mana-mana lelaki. Saya nak hidup macam ni."

"Kalau saya tak kahwin dengan awak, awak ingat ada lelaki lain nakkan awak, dengan perangai awak macam ni."

"Bagus kalau tak ada sebab saya bukan macam awak, kemaruk nak kahwin. Tak kahwin sampai mati pun saya tak kisah. Saya perempuan yang boleh hidup tanpa lelaki. Lelaki jangan kata pandang, jeling pun saya tak ingin." Lantang Rina menjawab.

Izzhan cuba bersabar. Entah kenapa laju saja ayat tadi keluar daripada mulutnya. Itu bukan apa yang mahu diucapkan. Siapa pun Rina, dia tidak peduli. Yang pasti dia suka gadis itu.  "Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak."

            "Awak dah tahu?" Melihat anggukkan Izzhan dia mengeluh geram. "Redza cerita?"

"Saya yang paksa. Saya tak kisah pun pasal keluarga awak tu."

Rina terdiam. Bukan berfikir sama ada mahu terima atau tidak lamaran lelaki itu. Jawapannya tetap sama. Cuma dia kesal, kerana lelaki itu sudah tahu tentang keluarganya. Tentang kebenciannya pada lelaki dan ayah sendiri.

"Apa masalah kisah saya dengan lamaran awak ni? Awak nak buktikan pada saya yang masih ada lelaki  baik dalam dunia ni? Tak payahlah nak mengusahkan diri sendiri. Lamaran awak, saya tolak. Saya tetap tak percayakan lelaki. Sekarang ni memang baik, tapi lima tahun lepas kahwin? Tak mungkin awak tetap macam ni. Saya tak percaya."

"Awak cuma perlu percaya saya. Itu je yang saya nak. Saya tak akan buat apa yang papa awak pernah buat pada ibu awak. Saya akan hargai awak. Please, kahwin dengan saya. Biar saya jadi yang halal untuk awak."

             Rina menelan air liur. Sikit lagi mungkin dia akan muntah. Apa lelaki itu fikir dengan cara berkahwin dapat melembutkan hatinya? Dah tak ada cara lain sampai ajak dia berkahwin? Dapat dia rasa yang Izzhan ada sebab lain ingin berkahwin dengannya.

"Saya tahu awak tak percaya saya. Memang saya mengaku saya terhegeh-hegeh kat awak. Demi Allah, saya betul-betul sayangkan awak, cintakan awak."

"Apa agenda awak sebenarnya?" Rina mula bosan. Ingat dia cair dengan perkataan sayang dan cinta? Sikit pun tak.

"Agenda saya untuk jadikan awak milik saya." Tak kisahlah apa pandangan Rina padanya, yang pasti dia sudah meluahkan rasa hatinya. Biar gadis itu tahu apa yang ada dalam hatinya.

"Bagi balik kunci kereta saya." Rina menadah tapak tangan. Tapi elok saja Izzhan menyimpan kuncinya ke dalam poket seluar.

"Saya bagi masa. Minggu depan saya datang jumpa awak untuk tahu jawapan. Kalau awak tolak, saya tetap akan masuk meminang awak." Kunci kereta dihulurkan. Kemudian dia mengatur langkah meninggalkan gadis itu. Dia serius.

"Gila, siuman, gatal,  kemaruk nak kahwin." Ejek Rina sebaik kelibat Izzhan menghilang. Buat apa bagi masa kalau lelaki itu tetap mahu masuk meminangnya. Dan dia tetap akan menolak. Masuklah meminang sepuluh kali, jawapannya tetap sama. Dasar lelaki tak tahu malu. Dah tak laku sangat agaknya.

*Novel rm 10 sebuah sempena sales. Nak beli boleh pergi ke Shopee KarnaDya

*Nak 20 vote⭐️ baru akan update next teaser😁Dan jangan lupa tambah dalam playlist reading anda😁

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now