BAB 4 (b) : Masa Terakhir

508 27 0
                                    

"SORRY, makanan lambat sampai. Orang ramai pulak malam ni." Kak Nanu meletakkan dua pinggan nasi goreng cendawan dan dua gelas air suam.

"Rina jemput makan. Lepas ni saya hantar awak balik terus." Pelawa Izzhan apabila Rina hanya diam. Mungkin terasa apa yang dikatakan sebentar tadi. Tiada niat pun mahu menguris hati gadis itu. Dia bercakap dengan sangat berhati-hati.

"Saya minta maaf kalau kata-kata saya agak lancang. Lepas ni saya tak akan sakitkan hati awak lagi. Saya faham kalau awak tak nak terima pertolongan saya."

Diam.

"Kalau marah saya sekali pun, jangan sampai tak makan. Segan saya nak makan depan awak. Lagipun membazir kalau tak makan." Pujuknya lagi.

"Siapa suruh pandai-pandai order."

"Okey, saya salah sebab pergi memandai. Kalau awak tak nak makan, saya bungkuskan. Awak boleh makan kat rumah."

Sudu dan garpu dibersihkan dengan tisu. Pinggan berisi nasi goreng kegemarannya ditarik. Benci apabila dirinya terus dipujuk. Dengar suara lembut Izzhan pun dia boleh naik angin. Tak habis mahu memaksanya.

"Kak Nanu..." Panggil Rina apabila sudah separuh makan. "Bagi teh o ais. Cepat sikit. Saya dah tercekik ni."

"Tak elok minum air sejuk malam-malam." Tegur Izzhan tanda prihatin.

"Siapa minum air sejuk?"

"Habis teh O ais tu bukan sejuk?"

Rina menolak pinggannya ke tepi. Hilang mood makan. Ada je idea mahu cari salahnya.

"Yang awak nak sibuk sangat kenapa? Saya yang minum, bukan awak."

"Saya tak nak awak sakit."

"Saya tak pernah sakit sebab minum teh O ais. Tak payah nak tunjuk baiklah. Saya tak suka."

Sebaik teh O ais yang dipesan tiba, terus dia mencicip minum. Sekejap saja habis licin. Disedut juga air sampai keluar bunyi tanda tiada lagi air yang boleh disedut.

Air batu diangkat dengan straw lalu dimasukkan ke dalam mulut. Biar terkejut Izzhan lihat aksi kurang sopannya. Nak sangat makan dengannya. Ingat dia nak sopan-sopan masa makan? Oh memang taklah.

Izzhan pula yang sopan. Makan pun kunyah perlahan. Dia, masuk nasi dalam mulut kunyah sekali dua terus telan. Biar lepas ini lelaki itu serik mahu mengajaknya makan. Dipandang Izzhan, lelaki itu hanya selamba. Macam tak ada perasaan pula.

"Dah kenyang?" Soal Izzhan apabila melihat Rina tidak lagi makan. "Saya tak habis lagi. Sekejap ya."

Baru saja mahu kembali makan, telefonnya yang berada atas meja berbunyi. Tidak menunggu lama terus diangkat.

"Waalaikummusalam, ya umi. Izz tak balik lagi. Tengah makan. Makan dengan kawan."
Rina mengetap gigi. Tak habis-habis mengaku aku kawan. Lancar pula tu.

"Dengan Rina. Umi ingatkan. Semalam umi jumpa dia. Izz makan dengan dialah. Lepas hantar dia, Izz terus balik. Lah, keluar makan je. Takkan tak boleh? Lagipun Rina baru kena ragut, Izz tolong. Oh, okey. Nanti Izz sampaikan. Waalaikumusalam." Telefon kembali diletakkan atas meja. "Umi kirim salam. Dia cakap ada masa, suruh bawa awak datang rumah. Dia nak kenal."

Salam dijawab dalam hati. Anak mak rupanya Izzhan ni. Cakap dengan mak pun lembut saja. Balik lambat pun mak telefon tanya ada kat mana. Jujur pula lelaki ini beritahu apa yang terjadi.

"Umi saya memang macam tu. Semua kawan-kawan saya dia jemput datang rumah. Sebab tu semua kawan saya dia kenal. Nanti kalau awak nak jumpa umi saya, saya boleh bawakan."

"Atas alasan apa saya nak jumpa umi awak?"

Izzhan terdiam. "Mana tahu awak teringin nak jumpa. Lagipun tak salah kalau berkenalan, mana tahu umi saya pun suka awak."

"Makan cepat sikit. Saya dah bosan kat sini." Kalaulah rumahnya dekat sudah dia balik jalan kaki. Tapi rumahnya bahagian dalam sana.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now