TANGAN yang berpasir ditepuk-tepuk, lalu Rina melepaskan nafas lega. Akhirnya berjaya juga dia menarik keluar tayar yang pancit tanpa bantuan sesiapa. Lelaki yang masih sedia menjadi penemannya dijeling tajam.
"Tahniah."
Rina mencebik lalu menolak tayar yang pancit ke bonet belakang dengan kakinya. Baru saja mahu menunduk untuk mengangkat, lelaki tadi sudah mengangkat tayar itu masuk ke dalam bonet.
"Cik nampak penat. Kalau tak kenapa tak angkat awal-awal?"
Jam tangan dipandang. Manalah Qasya ni? Makin lama di sini, makin menyampah dia melihat lelaki itu. Kalau jantan lain sekali kena halau, memang tak akan pusing ke belakang dah. Lelaki pun ada ego. Jangan terhegeh-hegah pada yang tak sudi. Tapi lelaki ini lain. Dalam situasi ini, boleh lagi pamer wajah yang tenang. Macam orang tiada perasaan.
"Ambiklah pakai. Kesian kena gigit nyamuk." Izzhan menghulurkan jaketnya yang diambil dalam kereta. Sampai merah-merah lengan gadis itu. Apabila jaketnya diambil dia mula lega, tapi tak sampai beberapa saat jaketnya sudah ada di tanah. Dia mengeleng perlahan.
"Rina..."
"Qasya, kenapa lambat?" Soal Rina apabila melihat kawan serumahnya muncul.
"Jammedlah. Aku call kau tak angkat. Eh Encik Izzhan?" Langkah Qasya terhenti apabila melihat lelaki yang berpusing itu. Bulat matanya. "Encik buat apa kat sini?"
"Cik kenal saya ke?" Izzhan mengerutkan dahi apabila ditegur.
"Tak payahlah nak berkenalan kat sini. Qasya, buka bonet kereta kau. Aku nak ambil tayar."
Qasya menarik lengan Rina yang memintasnya. "Kau buat apa kat sini dengan dia?" Bisiknya."Buat apa? Lelaki ini yang datang kat aku." Jawab Rina kuat.
"Dia boss akulah. Mesti kau layan dia kasar."
"Boss kau?" Soal Rina sambil mengangkat keningnya. Dipandang Qasya yang mengelabah. Kemudian matanya beralih ke wajah lelaki bernama Izzhan. Oh inilah orangnya. Adalah sekali dua dia dengar cerita Qasha. Kata teman serumahnya, Izzhan seorang yang sangat baik sehingga disegani oleh semua pekerja. "Aku tak heran pun."
"Encik Izzhan, maafkan kawan saya. Dia memang macam ni. By the way saya Qasya, staf Umaru Holdings. Bekerja di bahagian sumber manusia. Encik memang tak kenal saya tapi saya kenal encik sebab encik bos saya." Cerita Qasya untuk menghilangkan tanda tanya di wajah lelaki itu.
"Oh, saya ingat awak. Kita pernah tersermpak tapi tak pernah bertegur sapa." Izzhan memetik ibu jarinya. Patutlah rasa pernah jumpa.
Qasya tersenyum lega. Tak sangka dirinya diingati. Pekerja Umaru Holdings beratus-ratus, tapi bila seorang bos mampu mengenali pekerja terasa diri dihargai. "Saya segan nak tegur encik. Maklumlah saya siapa encik siapa."
"Tak payah segan, tegur je saya okey."
Tidak menunggu lama, Rina merampas kunci kereta yang ada di tangan Qasya. Langsung tidak berminat untuk mengetahui perihal lelaki itu. Tak ada sebab dia perlu berbaik.
"Biar saya angkat..." Entah bila muncul, Izzhan mengambil tayar lalu dibawa ke kereta Rina.
"Biar saya pasang."
Berombak dada Rina saat ini. Sengaja mahu tunjuk baik dan rajin depan pekerja sendiri.
"Siap. Kurang sepuluh minit." Ujar Izzhan lalu bangun. Tangannya ditepuk untuk hilangkan kotoran.
"Hebatnya encik. Sekejap dah siap." Puji Qasya sambil menepuk tangan.
"Qasya, aku balik dulu. Nanti kat rumah aku bayar duit tayar." Rina melangkah ke pintu kereta. Pintu ditutup kuat, tanpa menunggu lama dia meninggalkan Qasya dan bossnya itu. Sudah dia cakap, dia bukan seorang yang kenang budi.
Jangan lupa vote⭐️
Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...