BAB 3 (c) : Kena Sound Dengan Perempuan

522 31 1
                                    

JUBAH yang bergantungan dibelek satu persatu. Kemudian disusun mengikut saiz dan warna. Hampir 200 pasang jubah yang dijual.

Sambil melihat tangannya merekod saiz jubah yang sudah kurang. Setiap dua minggu dia akan buat pesanan. Paling awal seminggu selepas buat tempahan, baru pesanannya akan sampai.

Pada pemerhatiannya jubah warna hitam paling cepat laris. Ada sesetengah jubah, diupah sendiri oleh tukang jahit. Kualiti pun lebih baik daripada yang ditempah daripada kilang. Tapi upah tukang jahit agak mahal.

Jadi untuk menstabilkan perniagaan dia terpaksa mengambil separuh daripada tukang jahit, separuh lagi daripada kilang. Hanya harga yang berbeza. Pakaian lain-lain dia hanya tempah apabila kuantiti makin berkurang. Dia tidak suka simpan banyak stok. Pernah terjadi stok pakaiannya digigit tikus.

Banyak dia rugi tapi itulah pengalaman. Dia hanya simpan stok pada baju-baju yang jualan sangat laris seperti jubah dan blouse. Lagipun dia tidak boleh simpan banyak-banyak. Ruang butiknya cukup terhad sampai kadang-kadang stok baju perlu disimpan dalam biliknya.

Tak sanggup dia letak di bilik yang dijadikan tempat solat. Nanti akan mengganggu keselesaan pekerja. Tak apalah, hanya tempat ini yang mampu disewa. Itu pun sudah rasa cekik darah mahu bayar sewa RM 4000 sebulan. Mengenankan ini kawasan strategik iaitu berhampiran jalan raya, itu yang dia beranikan diri menyewa.

Bunyi pintu yang berbunyi, menyentakkan Rina. Masuk satu pasangan sambil berpelukkan. Matanya melilau mencari Kak Isma, tapi tidak kelihatan. Mungkin belum selesai solat. Shifa pula keluar sebentar. Nak tak nak terpaksa dia melayan. Kurang senang pula dia melihat aksi terlebih mesra pasangan itu.

"Bie, biasa-biasa je baju kat sini."

"Kita tengok dulu ya ling. Mana tahu ada yang cantik. Lagipun kat sinikan banyak baju." Pujuk si jejaka.

Mahu muntah hijau Rina dibuatkanya. Bie...ling, meremang bulu romanya. Tengok pada gaya seperti belum bernikah, tapi tak tahulah kalau dia salah tengok. Si gadis asyik memeluk lengan si jejaka. Bercinta sampai tak ingat dunia. Nanti bila lelaki itu tinggalkan kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

"Kak beli kat sini ada promosi tak?"

Rina melangkah ke arah pasangan itu. Si gadis dengan wajah sombong, manakala si jejaka dengan wajah manis. Tapi sungguh dia mahu muntah apabila melihat si jejaka. Apa kau ingat kau handsome? Mahu saja dia hulur cermin. Cantik lagi patung yang ada di butiknya.

"Kalau nak potongan harga, boleh daftar jadi ahli. Pendaftaran hanya sekali dengan bayaran RM20. Kalau sudah jadi ahli setiap pakaian yang cik pilih akan dapat potongan harga sebanyak 10 peratus." Jelas Rina saat si gadis sibuk membelek blouse.

Dia menahan nafas apabila tiba-tiba si jejaka mengenyit mata padanya. Dia sudah agak. Lelaki sekarang memang tidak boleh dipercayai. Girlfriend ada sebelah, siap berpegang tangan tapi mata masih lagi memandang perempuan lain.

Kurang ajar betul.

"Bie yang ni cantik tak?"

"Cantik. You pakai apa pun mesti cantik. Baju tu pun nampak sesuai dengan kulit you. Pandai you pilih."

Tersengih si gadis apabila dipuji begitu. Tambah bangga apabila teman lelakinya tanpa segan silu memuji depan perempuan lain. Terasa bahagia.

"Okey, I pergi try dulu ya."

"Dah lama kerja kat sini?" Soal si jejaka apabila teman wanitanya melangkah ke fitting room.
Tiada jawapan hanya jelingan tajam yang diberi. Rina melangkah ke kaunter pembayaran.

"Tak elok sombong dengan pelanggan. Bos you tak ajar ke cara menghormati pelanggan? Pelanggan yang datang kena layan baik-baik sebab gaji you pelanggan yang bayar." Kata lelaki itu sambil bermain-main dengan bunga hidup yang ada di kaunter.

"Cantik orangnya. Tapi sayang kerja butik. Mesti belajar tak tinggi, kan?"

"Saya belajar sampai SPM je. Encik pulak? Belajar sampai UPSR atau PMR?" Sindir Rina sambil menjeling ke luar kedai. Tepat depan pintu kedainya tersadai sebuah kereta Kancil. Parking yang dikhaskan untuk pelanggan. Siapa lagi pemilik kereta itu kalau bukan si jejaka tak cukup makan ini.

"Panggil bos you, I nak jumpa." Marah lelaki itu apabila dihina. Boleh tahan berbisa mulut gadis itu.

"Kenapa malu ke? Nak tunjuk bergaya, banyak duit, biar gadis-gadis terpaku. Tapi kereta pun setakat mampu pakai Kancil. Baju yang encik pakai sekarang, entah-entah beli kat bundle. 4 helai RM 10. Saja tunjuk banyak duit, belanja awek beli baju kat butik. Tapi apa pun tak ada." Rina tersenyum sinis apabila wajah lelaki itu berubah. Mungkin tak sangka terima ayat pedas daripada seorang pembantu kedai.

"Bie, I sukalah baju ini. I naklah. Betul-betul muat dengan I." Si gadis muncul saat suasana makin panas. "You kenapa ni? "

"Pekerja ni mengurat I. Cakap I tak sesuai dengan you."

Terus Rina buat-buat ketawa. Wah, sengaja mahu cari pasal dengannya

"Eh, perempuan panggil bos kau. Aku nak jumpa. Muka tak tahu malu betul." Baju di tangan dicampak atas kaunter.

"Saya bos kat sini. Butik ni saya yang punya." Jujur Rina beritahu. Nak sangat main-main dengannya. Nampak si lelaki terkejut.

"Untuk mengetahuan cik, saya tak hadap pun dengan boyfriend cik. Sebelah mata pun saya tak pandang. Saya mengurat dia? Sebenarnya dia yang cuba mengurat saya. Nasihat saya, tinggalkan lelaki macam ni. Tak rugi pun. Jadi perempuan jangan bodoh sangat. Gelap mata dengan lelaki sampai tak nampak apa yang dibuat. Depan, pijak semut tak mati tapi belakang entah cik ni cuma stok dia saja."

"Jahatnya mulut kau."

"Saya cuma cakap. Bantu kaum hawa supaya tak mudah terpedaya dengan lelaki." Rina tersenyum jahat apabila si gadis berlari meninggalkan si jejaka. Mungkin sudah terpedaya dengan kata-katanya. Hilang satu pelanggan. Tapi tak apa, sebab dia rasa puas.

Kak Isma muncul sambil mengeleng kepala.

"Sah, lepas ni mereka tak nak datang sini lagi."

"Siap suruh cari pasal dengan saya." Mungkin Kak Isma sudah dengar apa yang terjadi. Disebabkan inilah dia kurang gemar layan pelanggan.

Kadang-kadang Kak Isma menegurnya, sebagai pemilik harus bersikap baik dengan pelanggan. Dia akan baik, jika pelanggan baik dengannya.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now