BAB 3 (d) : Balasan Kerana Sound Pelanggan

515 26 2
                                    

TEPAT pukul 9 malam, Rina mula berkemas untuk pulang. Setelah memastikan semua pintu berkunci dia menutup lampu dan penghawa dingin. Hanya lampu belakang yang dibiarkan menyala.

Pintu utama dikunci lalu dia menuju ke kereta. Belum sempat kunci kereta dikeluarkan beg tangannya tiba-tiba rentap. Sepantas kilat dia berpusing lalu menarik kembali beg tangannya. Dia tidak boleh biarkan beg ini jatuh ke tangan peragut kerana ada wang sejumlah RM 4000 secara tunai. Wang untuk membayar sewa kedai esok.

"Lepaslah." Jerit Rina cuba menendang kaki lelaki itu. Tangannya cuba mengagau isi beg untuk mengeluarkan pisau. Memang dia ada simpan satu pisau kecil untuk keselamatan.

Baru saja mahu mencapai, lelaki itu terus memukul tangannya. Tak sampai beberapa saat, seorang lagi lelaki yang menunggu atas motor turut serta. Dengar kasar dia ditolak sehingga terjatuh. Baru saja mahu bangun perutnya ditendang.

Rina mengaduh kesakitan apabila lelaki-lelaki itu pergi. Lambat-lambat dia bangun lalu duduk di hadapan longkang. Tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Semua hartanya ada dalam beg itu. Dia sudah mati akal. Kali pertama diragut. Matanya jatuh pada gugusan kunci atas jalan. Pantas dia ambil. Hanya kunci butik yang selamat. Mungkin jatuh semasa dia bergelut tadi.

Lengannya yang terasa pedih dipandang. Malah tapak tangannya juga luka. Kenapalah dia yang jadi mangsa ragut? Adakah ini balasan kerana sudah menyakitkan hati pelanggannya? Allah balas tidak sampai 24 jam. Sebuah kereta yang berhenti depan butik dipandang. Kereta jenis BMW X6 warna hitam metallic.

"Rina are you okey? Saya nak nampak awak kena ragut tadi. Kenapa awak melawan?" Soal Izzhan risau. Kebetulan dia ada di sebelah jalan, apabila ternampak kejadian itu terus dia buat pusingan U.

Dia lagi. Bosan. "Saya tengah sakit sekarang, baik awak pergi. Jangan nak naikkan angin saya."

"Bagilah saya tolong awak. Awak tengah susah masih nak sombong lagi."

"Saya tak perlu pertolongan awak, faham tak?" Makin tinggi nadanya makin terasa pedih di tangan. Dia mengibas-gibas untuk menghilangkan rasa sakit.

Izzhan memandang tangan Rina. Jatuh kesian dia melihat gadis itu. "Jom saya teman awak pergi ke klinik."

"Tak payah, dalam butik ada first aid."

"Luka macam ni baik pergi klinik terus. Lagipun bukan jauh. Situ je." Mulut dimuncungkan pada sebuah klinik berhampiran Butik Warna.

Rina mengeluh dengan kedegilan Izzhan. Ingat dia yang paling degil , rupanya ada lagi makluk Allah yang lebih degil. Kalau tak mengenankan tangannya yang makin pedih, mahu saja dia halau lelaki itu.

"Kan senang macam ni." Puji Izzhan apabila Rina mengalah. "Lepas pergi klinik, saya teman buat report polis ya."

"Tak payah saya boleh pergi sendiri." Tolak Rina sambil berjalan beriringan dengan Izzhan. Siapa sangka ini boleh berlaku? Orang yang dia benci itulah yang datang menolong saat dia susah.

"Baik pergi malam ni. Bukan apa dalam handbeg, mesti ada semua maklumat tentang diri awak. Mana tahu peragut tu masuk rumah awak pula. Kita kenalah siap sedia daripada awal."

"Peragut tu cuma ada kunci rumah, tapi dia tak tahu saya tinggal kat mana. IC alamat kat kampung." Rina tidak mahu mengalah. Sebaik sampai dia duduk di kerusi yang disediakan.

"Awak duduk dulu, saya pergi daftar."
Izzhan ini buta ke apa? Tak nampak yang dia dah duduk.

"Lepas ni kalau kena ragut, jangan melawan. Terkejut saya tengok tadi. Mujur kena tolak, kalau kena tikam? Lagi teruk." Izzhan duduk sebaik selesai buat pendaftaran.

​Rina hanya diam. Tak suka apabila orang cuba menasihatinya. Lelaki itu tahu apa. Selain menanggung sakit dia turut menanggung rugi. RM4000 dan duit dalam pursenya. Kalau tahu ini yang terjadi, awal-awal dia simpan di biliknya.

"Umar Izzhan bin Umar." Panggil seorang staf sebaik membuka pintu bilik rawatan.

Rina menjeling Izzhan. Sudah giliran dia ke?

"Jom masuk. Saya teman."

"Tak payah, saya boleh masuk sendiri. Awak tunggu je sini." Tegas Rina lalu berjalan masuk.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now